Tuesday, November 8, 2011

Step by Step... Pau Sambal




Pau sambal merupakan salah satu jenis kuih-muih tempatan yang amat saya gemari. Kalau dapat makan pau sambal yang gebu, rangup diluar, lembut di dalam dan inti sambal yang pedas-pedas manis, barulah nikmat rasanya. Susah juga nak dapatkan pau sambal yang cukup sifatnya. Jadi, apa kata kita belajar buat pau sambal.

Kali ini saya beri panduan untuk buat pau sambal secara Step by Step (Langkah demi Langkah).

Bahan-bahan (25-30 biji pau sambal)

A)
1 peket yis kering (11 gm)
1/2 sudu teh gula
1 cawan air suam

B)
5 cawan tepung gandum = 500 gm
2 biji telur gred B/ C
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus
sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang

Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.
2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.
3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.
**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.
4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)
5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap.
6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal.

Terap bulat doh yang dicanai tadi. Saya gunakan botol air sahaja sebagai alatan penerap.


Saya guna botol Tupperware je

Ini adalah contoh doh yang diterap.



Susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di bawah. Buat sehingga doh habis.





Biarkan lebih kurang 15 minit atau sehingga naik seperti ini


7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,




Bahan inti:
10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.
segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus
5 sudu besar minyak masak
5 sudu besar gula pasir++
garam secukup rasa
1 sudu teh air asam jawa
1 keping asam keping

1 biji timun

Cara membuatnya:
1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.
3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.
Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.


2 comments:

Hamba ALLAH said...

Sedapnya... One of my peberet..

Abang Dan, kk

weezana said...

favorite saya juga.. belajar resipi di Internet, first time buat masa kat Fayetteville, almaklum time tu lama tak makan pau sambal.