Showing posts with label Balang Cinta. Show all posts
Showing posts with label Balang Cinta. Show all posts

Saturday, April 2, 2016

Novel Balang Cinta.. (sebuah perjalanan yang panjang...)

Assalamualaikum...

"There is a door we all want to walk through, and writing can help you find it and open it." - Anne Lamott.



Hari ni nak bercerita sedikit tentang Balang Cinta. Sebenarnya, ramai betul yang bertanya sejak bila saya mula menulis manuskrip ini. Lazimnya saya berikan jawapan begini:

"Sebuah perjalanan yang panjang..."

Itu adalah jawapan yang sangat jujur. Namun, apa yang ramai yang tidak tahu, `Balang Cinta' bukanlah manuskrip pertama saya. Balang Cinta ialah manuskrip kedua. Namun, menjadi manuskrip pertama yang dipilih oleh penerbit untuk dicetak. Maka, Balang Cinta menjadi novel pertama saya. 



Manuskrip pertama saya bertajuk "Maple Jingga, I Miss You" (saya pernah tukar kepada "Maple Jingga, Aku Rindu". Mungkin tajuknya nanti akan berubah apabila diterbitkan. Mungkin menjadi "Maple Jingga" sahaja. Saya pun tidak tahu. Terpulanglah kepada penerbit nanti. Tentunya juga penerbit yang sama, Jemari Seni. 

Cover imaginasi


Kepada yang sudah membaca Balang Cinta, cuba anda buka muka surat 284. Semasa Firas membelek surat khabar untuk memilih filem, salah satu filem ialah "Maple Jingga.. I Miss You." Filem itu juga yang ditonton oleh Firas dan Khyra pada malam tersebut:)

Bab 50 pula, cerita tentang buku resepi romantik bertajuk "The Lovely Cakes & Cupcakes" tulisan Hasya Aleesya. Tajuk buku tersebut merupakan nama kafe milik watak utama dalam manuskrip Maple Jingga. Tentunya watak utama tersebut bernama Hasya Aleesya. 

Justeru, persoalannya, bila sebenarnya saya memulakan projek menulis manuskrip pertama ini? 

Ada yang menduga saya memulakan projek ini semasa cuti belajar di United States. Namun, jawapan tersebut adalah salah. Saya mulakan selepas itu. Selepas pulang ke tanah air. 

Cita-cita ingin memiliki novel sendiri, terlalu dalam dan sudah terlalu lama dalam diri. Namun kesibukan menjadi penghalang. Saya tidak ada motivasi diri untuk menulis atas kesibukan yang tiada penghujungnya. 

Profesor Tom Frenz yang mengajar subjek `Autoethnography' banyak membuka mata saya untuk mengumpul kekuatan dalam mencapai impian yang satu ini. Apabila beliau mengajar buku tulisan `Anne Lamott' bertajuk `Bird by Bird', saya terjaga daripada lena yang cukup panjang. 



Apa yang saya lupa selama ini adalah `disiplin'. Untuk mencapai sesuatu impian memang bukan sesuatu yang mudah. Namun, bukan pula sesuatu yang mustahil. Dengan syarat saya harus disiplin. Kerana disiplin inilah saya berjaya menghasilkan manuskrip pertama. 

Sekian.   


Saturday, February 13, 2016

Balang Cinta dah masuk Cetakan Kedua :)

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, meskipun masih terlalu baharu, novel pertama saya `Balang Cinta' telah dicetak untuk kali kedua. Mood: Tentulah happy kan...

Bagi sesiapa yang ingin membeli terus daripada saya (tentunya boleh dapat tandatangan author), boleh hubungi saya menerusi e-mel weezemilia@gmail.com



Balang Cinta juga dah ada di kedai-kedai buku utama di seluruh negara seperti MPH, Popular, Borders, Kinokuniya dan SMO.


Di Popular Bookstores

MPH Amanjaya Mall


Bagi yang nak membeli secara online, boleh beli di laman web Jemari Seni atau di Facebook Jemari Seni. 



Terima kasih tak terhingga kepada yang sudah mendapatkan novel sweet ni ya. Happy reading!

Sekian.

Wednesday, January 13, 2016

Balang Cinta dah ada Front & Back Cover....

Assalamualaikum...



Sebenarnya memang tak tahu nak ungkap perasaan sewaktu tengok front & back cover my first novel ni. Yang paling terasa... Happy sangat! 

Front cover novel memang cantik dan cute. Lukisan balang yang nampak sweet dan romantik. Warna latar pink memang sangat-sangat sweeettttt.....

Back cover ada sinopsis dan sedikit pengenalan novel. Terima kasih banyak-banyak editor Jemari Seni especially Cik Habib yang menulis kata-kata yang sangat tersusun, catchy dan sweet.

Akhir kata, novel Balang Cinta akan menemui semua pembaca penghujung Januari 2016. Boleh jenguk untuk pembelian di Blog Jemari Seni atau FB Jemari Seni.

p.s.: Mood - Sangat-sangat teruja.... 

Sekian.

Friday, December 11, 2015

Balang Cinta (31 Nota Romantik + 31 Hari)

Assalamualaikum...




Novel ini manuskrip pertama saya yang diterbitkan. Terima kasih kepada Jemari Seni atas kesudian menerbitkan karya ini.

Kepada yang suka cerita bergenre romantic sweet, saya syorkan bacalah `Balang Cinta' ni. Kisahnya tentang Khyra yang impikan suami romantik. Malangnya, dia dipertemukan dengan Firas, engineer yang sangat kayu. FYI, engineer memang payah nak cari yang romantik. 

Hampir pula, Khyra tak nak kahwin dengan Firas. Tapi disebabkan tak nak merumitkan keluarga, Khyra teruskan juga. Almaklum, segala-galanya diatur oleh abang ipar dan kakak sepupu Khyra (Shamsul dan Ernieza).

Menyedari Firas memang langsung tak romantik, Shamsul dan Ernieza menghadiahkan `Balang Cinta' sebagai hadiah kahwin buat Firas dan Khyra. Dalam balang tu ada 31 Nota Romantik. Nota tu bukan nota saja-saja. Tapi, Firas dan Khyra kena selesaikan semua tugasan nota tu dalam masa 31 hari.

Tugasan tu kena buat berselang-seli. Kalau hari ni Firas, esok Khyra pula. Jadi, sepanjang 31 hari tu, macam-macam adegan romantic sweet yang berlaku. Yelah, Firas dah ler sengal. Khyra pulak expectation tinggi. 



Novel ni sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak lembutkan jiwa. Harus disimpan di rak buku setiap isi rumah terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kalau gaduh tu memang sesuai pilih salah satu tip untuk pujuk pasangan masing-masing.

Kepada yang jiwa tak romantik tu, dua perkara mungkin akan berlaku pada anda setelah menghabiskan bacaan novel ini:

1. Tetiba je rasa macam romantik.
2. Hairan kenapa mesti jadi romantik

Kepada yang nak bertanya apa-apa, boleh hubungi saya di : weezemilia@gmail.com

Happy reading!


Sekian.