Saya berasal dari negeri di utara tanah air dan dibesarkan di negeri selatan. Melanjutkan pelajaran di USM Penang. Kemudiannya, mendapat MA dari UofA (Razorbacks), US. Sekarang ni berkhidmat untuk negara di Kuala Lumpur.
Mengambil berat tentang hak-hak kepenggunaan (consumerism) dan juga alam sekitar (sustainable development). Saya juga suka melancong, membaca, menonton filem dan memasak.
My passionate about baking and cooking bermula sejak berada di rantau orang. Terpaksa memasak sendiri makanan-makanan yang teringin dimakan, menjadikan saya seorang yang rajin ke dapur. Tambahan pula, apartment yang disewa mempunyai oven yang dipasang siap. Saya amat gembira jika masakan saya dapat menggembirakan hati orang lain.
Oleh kerana pengalaman dan ilmu itu adalah sesuatu yang berharga, maka perkongsian merupakan satu cara untuk mendapatkan keberkatan.
Blog ini ditulis untuk berkongsi perjalanan masam dan manis dalam meniti hari-hari yang mendatang. Semoga, ilmu yang sedikit ini dapat kita kongsi bersama.