Showing posts with label Fruits. Show all posts
Showing posts with label Fruits. Show all posts

Sunday, March 25, 2018

Bubur Durian dengan Kacang Hijau

Assalam,

Dah lama betul tak ada entry baru. Hari ni saya rajinkan diri juga. Rupa-rupanya apabila saya tidak memblogging, saya tak update resepi. Akibatnya, ada resepi yang saya lupa. Jadi, kalau nak ulang resepi, tetiba saya blur.

Maka, hari ni saya nak kongsi resepi `Bubur Durian dengan Kacang Hijau'. Mesti ramai peminat bubur yang manis berlemak ni.




Bahan-Bahan

10 ulas durian
1 cawan kacang hijau
1/4 cawan sagu (tak letakpun takpe)
400gm gula melaka
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan sedikit kalau tak suka manis sangat)
2 cawan air
2 cawan santan
2 helai daun pandan
1/2sk garam


Cara-Cara

Rebus kacang hijau dengan 3 cawan air. Setelah hampir empuk, masukkan sagu. Rebus sehingga kacang hijau dan sagu lembut dimakan. Toskan, buang airnya.



Dalam periuk berlainan, rebus 2 cawan air, gula melaka, gula pasir dan dauh pandan. Kacau sehingga gula larut. 




Masukkan kacang dan sagu tadi. Kacau sebati.



Masukkan durian. Kacau lagi.



Masukkan santan, kacau kerap sehingga mendidih. Masukkan garam. Dah agak pekat, bubur pun dah siap.



Boleh makan begitu sahaja atau cicah dengan roti.



Sekian.


Saturday, July 16, 2016

Banana Fritters Rangup

Assalamualaikum...



Kalau anda ada membeli pisang, apa kata cuba buat `banana fritters' guna kulit popia. Anda akan dapat merasa banana fritters yang rangup dan manis. Malah kalau suka, boleh makan banana fritters ni dengan aiskrim. 



Resepi ni mudah dan lazat.

Bahan-Bahan

4 biji pisang cavendish (cth: montel, cabana, sun king)



8 keping kulit popia saiz besar 
Gula perang secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-Cara

Pisang dibelah 2.



Letakkan pisang atas kulit popia. Letak 1/4sk gula perang (lebih kurang).




Lipat kulit popia macam lipat popia. 





Panaskan minyak. Kalau minyak banyak, lagi bagus. Saya ni mengamalkan penjimatan minyak, jadi tak letak banyak. 



Goreng banana fritters sehingga garing. 



Tos dan makan panas-panas. Kalau suka boleh letak aiskrim. Dan drizzles dengan coklat cair. 



Sekian.

Thursday, August 27, 2015

Jus Epal Hijau yang sedap (diet ke?)

Assalamualaikum...



Bukan semua orang suka makan epal hijau kan? Yelah epal hijau rasanya masam tak macam epal merah yg manis dan gebu. 

Tapi, epal hijau memang banyak khasiat. Katanya juga, mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Jadi, saya nak berkongsi resepi Jus Epal Hijau yang sedap untuk sesiapa yang kurang suka rasa epal hijau yang masam ini. 


Bahan-bahan

Sebiji epal hijau
1 kotak kecil susu segar
1sk susu pekat manis
Sedikit kiub ais


Cara-cara

Potong epal hijau. Buangkan bijinya. Potong kepada beberapa bahagian. Masukkan ke dalam pengisar. 



Masukkan susu segar dan susu pekat manis.



Masukkan ais.



Kisar sehingga sebati dan hancur. 



Dah siap dan boleh dinikmati dengan segar dan berkrimnya...



Sekian.

Friday, May 9, 2014

Pisang Goreng Cheese di Petang Hari.. (versi buat sendiri)



Tak tahu kenapa jarang nak berjumpa Pisang Goreng  Cheese di KL ni. Last sekali menjamah Pisang Goreng Cheese ni pun di Kuching, Sarawak. Kadang-kala tu, bila dah lama tak makan, kita akan lupa. Dan bila pula tengok kawan-kawan post foto dorang makan Pisang Goreng Cheese, tetiba je teringat dan ada rasa nak makan juadah petang yang satu ni. 

Oleh yang demikian, resepi hari ini ialah Pisang Goreng Cheese yang menggunakan pisang tanduk. FYI juga, resepi ni saya buat last weekend, bukan hari ni. 


Bahan-bahan

Sebiji Pisang Tanduk (kalau buat 2 biji, gandakan adunan2 di bawah)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur (saiz kecil)
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning (untuk adunan warna kekuningan)
1sk mentega
Air secukupnya (jangan cair sangat dan pekat sangat)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Parutan Keju Cheddar secukupnya
Susu Pekat Manis secukupnya
Parutan coklat atau coklat rice secukupnya


Cara-cara

Gaulkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, mentega, telur dan air sehingga sebati (air masuk sikit-sikit, takut terlebih cair).




Potong pisang mengikut ketebalan yang anda suka. Gaulkan pisang ke dalam bancuhan tepung.




Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sehingga agak garing (suka hati anda).




Angkat dan toskan pisang goreng . Susun dalam pinggan.




Tuang susu perlahan-lahan atas pisang goreng. 




Taburkan Keju Cheddar (kalau guna cheddar yang putih, goreng pisang akan lebih terserlah).




Dan taburlah sedikit parutan coklat atau choc rice.




Minum petang yang indah.





Sekian.

Thursday, September 5, 2013

Cempedak Goreng Rangup.. (dah musim cempedak kot hehehe)



Minggu lepas ada orang hantar cempedak kat Pejabat My Bos. Oleh kerana insan yang baik hati tu hantar beberapa biji cempedak, maka, dapatlah kami beberapa orang ni bawa balik sorang sebiji cempedak.

Saya memang tak tahu nak masak apa cempedak ni kecuali goreng je. Jadi, goreng cempedak jelah ye. 





Bancuhan tepung untuk gorengan ni saya ikut resepi dari  ez_2901 di My Resepi. Memang rangup cempedak goreng saya. 

Bahan-bahan

Cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1sk garam
1sk serbuk kunyit
air secukupnya (guna air dari peti sejuk)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Masukkan tepung, garam dan kunyit dalam bekas adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.




Ambil 2 sudu besar minyak panas dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.




Masukkan cempedak. Celup supaya disaluti bancuhan tepung.



Masukkan satu persatu ke dalam minyak. Goreng sehingga garing. 



Angkat dan toskan. Dan silalah makan panas-panas.



Puas makan cempedak.




Sekian.


Wednesday, July 17, 2013

Puding Susu Buah-buahan (versi yang lebih buah-buahannya)



Sempena berbuka puasa ni memang sesuai sangat kalau dapat makan puding. Puding yang sejuk dan mendamaikan tekak. Sebelum ni saya pernah post entry berkenaan Puding Susu Buah-buahan yang cantik. Leh tengok resepi di  link ni. 

Semalam saya buat lagi puding ni. Tapi kali ni saya nak lebih buah dan kurang puding. Jadi untuk puding, saya kurangkan bahan-bahannya. Dan kali ni juga saya guna susu segar (susu kotak dutch lady tu). Menjadi je puding ni. Dan banyak buah-buahannya. Best2... 

Bahan-bahan 

1/2 paket serbuk agar-agar (guna lebih kurang 6gm je)
1 biji telur
2 cawan air
250ml susu segar (sekotak kecik susu dutch lady)
1/2 cawan gula
2sb tepung kastard
1 tin fruit cocktail (saiz besar) - ambil buah-buahan nya sahaja

Cara-cara

Panaskan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk. Kacau sehingga agar-agar dan gula larut.


haih, kenapa serbuk agar-agar ni susah nak larut hehehe


Masukkan susu segar. Kacau hingga mendidih.




Pukul telur dengan tepung kastard. Masukkan bancuhan ke dalam periuk. Kacau seketika. 




Masukkan buah-buahan, kacau seketika dan tutup api.





Masukkan dalam bekas-bekas comel atau loyang yang besar. Suka hati ok. 






Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.  Bila dah sejuk, boleh makan begitu sahaja.




Dan boleh juga ditambah susu untuk kesan yang lebih awesome.





Sekian.