Minggu lepas ada orang hantar cempedak kat Pejabat My Bos. Oleh kerana insan yang baik hati tu hantar beberapa biji cempedak, maka, dapatlah kami beberapa orang ni bawa balik sorang sebiji cempedak.
Saya memang tak tahu nak masak apa cempedak ni kecuali goreng je. Jadi, goreng cempedak jelah ye.
Bancuhan tepung untuk gorengan ni saya ikut resepi dari ez_2901 di My Resepi. Memang rangup cempedak goreng saya.
Bahan-bahan
Cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1sk garam
1sk serbuk kunyit
air secukupnya (guna air dari peti sejuk)
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Panaskan minyak. Masukkan tepung, garam dan kunyit dalam bekas adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Ambil 2 sudu besar minyak panas dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau rata.
Masukkan cempedak. Celup supaya disaluti bancuhan tepung.
Masukkan satu persatu ke dalam minyak. Goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan. Dan silalah makan panas-panas.
Puas makan cempedak.
Sekian.
6 comments:
Mmg menjadi...puas mkn :)
Terima kasih sudi cuba iFah:)
10q..cucur rangup.. :-D
sama2 Nona
Proven.. 1st time try mmg rangup ank2 pn suka hihi..Tq for the info.
sama2 afurt turbo:)
Post a Comment