Showing posts with label Appetizer. Show all posts
Showing posts with label Appetizer. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Step by Step... Chicken Meatloaf Pastry

Pagi ni Mr. Hubby takde di rumah. Dia berkursus di Bukit Kiara. Jadi, hari ni kena buat breakfast untuk saya dan Hasya sahaja.


Buka peti sejuk ternampak pula meatloaf. Tetiba je, dapat idea untuk buat Meatloaf Pastry. Kebetulan pula ada slices cheese. Oleh kerana saya buat sarapan untuk 2 orang sahaja, maka kuantitinya sedikit. Sila gandakan bahan-bahan sekiranya anda nak menghasilkan `Chicken Meatloaf Pastry' dalam kuantiti yang banyak. Jom main masak-masak.


Bahan-bahan

4 keping puff pastry (saiz kecil jenama kawan)
2 keping chicken meatloaf
2 keping keju keping (slices cheese)
sedikit keju Parmesan dan Parsley flakes untuk ditabur atas puff.

Cara-cara

Rebus dahulu chicken meatloaf dalam 4-5 minit. Toskan dan potong 2.



Atas papan pencanai, canai puff pastry supaya nipis sedikit.



Letak meatloaf atas puff.



Letak pula keju keping atas meatloaf.



Lipat dua puff pastry tadi. Tekan-tekan sedikit tepi-tepinya supaya melekat. Kelar permukaan puff.



Susun dalam loyang yang telah digris.



Tabur sedikit Parmesan dan Parsley.


Panaskan oven 200 darjah. Bakar sehingga puff berwarna keperangan permukaannya.


Dah naik cantik

Dah siap sarapan pagi ni.


Hasya kata sedap sangat. Dia makan 2 keping, saya makan 2 keping.



Cheezy!

Yummy tau!

Saturday, June 2, 2012

Step by Step... Pastry Crabstick

Weekend. Bangun je kena fikir nak buat sarapan apa. Sebabnya, Mr. Hubby akan ke kelas dan Hasya apabila bangun akan tanya, `Nak makan apa?'.

Oleh itu, dalam peti sejuk kena standby makanan-makanan yang senang dimasak seperti nugget, hotdog dan sebagainya. Tapi kalau selalu sangat hidang nugget dan hotdog, bebudak dan bapak budak takkan teruja. Jadi, kenalah invent sesuatu yang baru dan terbaik dari oven.



Maka, pagi ni saya cipta Pastry Crabstick hehehehe.....


Bahan-bahan

3 keping pastry puff jenama kawan yang saiz kecil (4 in x 4 in)
6 batang filament crab
Sedikit serbuk lada hitam, parsley flakes dan keju Parmesan.


Cara-cara

Ambil sekeping pastry puff. Potong dua, bentuk segitiga.



Ambil sebatang crabstick dan letak di tengah-tengah segitiga pastry tadi.



Tabur sedikit serbuk lada hitam, daun parsley dan keju parmesan.



Lipat pastry. Tekan-tekan sedikit supaya tidak terbuka. Kelar tengah-tengah pastry.

Lipat ke kiri

Lipat ke kanan
kelar tengah pastry

Susunkan atas loyang yang telah disapu sedikit mentega.


Panaskan oven 200 darjah. Bakar pastry sekitar 10-15 minit. Jangan sampai hangit sudahlah.
Dah masak

Siap. Hidang panas-panas. Minum dengan air panas. Saya buat Teh O berperisa Mango.



Sebenarnya teh tu untuk saya, tapi Hasya yang minum.




Cicah Teh O?

Sekian.

Wednesday, May 2, 2012

Breakfast Pek Nga Panas! (Hurm....Pek Nga?)

Pagi semalam sebelum bertolak balik ke Ibu Kota, saya ajak Mr. Hubby untuk cari sarapan pagi. Sasaran kami adalah untuk mencari `Nasi Lemak Daun Pisang' yang sedap. Mr. Hubby ajak round di sekitar kawasan Sungai Layar. Dan kami akhirnya berhenti di hadapan deretan gerai makan beratap zink. 


Makanan-makanan yang dijual di sini sama sahaja seperti yang dijual di mana-mana negeri di Pantai Barat Semenanjung. Ada nasi lemak, roti jala, mi goreng dan kuih-muih. Tapi, ada sesuatu yang luar biasa.

Pada banner di salah sebuah gerai, ada tertulis perkataan `PEK NGA'.

Hurmmm... `Pek Nga'? Apakah Pek Nga? Maka saya pun memberanikan diri untuk bertanya.

Saya: Pek Nga tu apa?
Tokey: Tepung campuq nyiok. Sedap.
Saya: Hmmm (nada blur)
Tokey: Makan dengan kari ayam.
Saya: Berapa harga?
Tokey: Seringgit sekeping.

Tetiba je saya pun order 2 keping Pek Nga walaupun saya masih tak dapat nak membayangkan apa itu Pek Nga. Maka, tokey gerai tadi mengeluarkan alatan memasaknya dan terus memasak Pek Nga untuk saya.



Rupa-rupanya `Pek Nga' adalah sejenis lempeng. Digelar `Pek Nga' hasil singkatan perkataan `tempek atas belanga'. Kira shortform ler nih. Nak buat Pek Nga tak sesusah mana pun, anda cuba perlu adun tepung gandum, kelapa, air dan garam. 



Tapi yang saya beli kat gerai ni memang best lah. Mana taknya, ditempek semasa order dibuat dan dimakan panas-panas. Kari ayamnya pun banyak isi ayam dan kentang. Harganya cuma RM1 sekeping + kari ayam. 


Then apabila balik kat rumah My Mom, terus je My Mom tanya `beli apa?'. Saya jawab `beli Pek Nga'. My Mom cakap, `Masa dulu Mak selalu buat Pek Nga.' Malangnya, saya dah tak ingat langsung bila masanya My Mom buat Pek Nga. Nampak sangat itu suatu masa dahulu kala hehehehe...    

Sunday, April 1, 2012

Step by Step... Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap



Sebenarnya, tajuk `Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap' ni memang tajuk catchy. Kerana ke`catchy'an nya, mesti ramai yang baca akan terasa kecur tiba-tiba. Terutamanya, bagi sesapa yang memang suka makan tempe.

Tempe adalah sejenis makanan yang diproses dari kacang soya. Asal-usul tempe adalah dari Indonesia. Tempe dah jadi popular bangat di Malaysia kerana dipopularkan oleh orang Malaysia yang berketurunan Jawa. Lagipun, kita kan serumpun, apalah yang nak dihairankan.

Kepopularan tempe menyebabkan anda senang untuk mendapatkan produk ini tidak kira di pasaraya, kedai runcit atau pasar malam. Masa saya sekolah dulu, ada member sekelas yang jual tempe kat sekolah. Almaklum, saya ni sekolah kat Johor. Ramai geng2 yang mak bapak dorang memang terer wat tempe, orang Jawa la katakan.



Hari ni saya takdela nak ajar cara-cara buat tempe. Tapi saya nak berkongsi cara-cara buat tempe goreng yang awesome. Amatlah sesuai dijadikan snek. Penyediaannya juga mudah dengan bahan yang tak banyak. Resepi bukanlah ciptaan saya sendiri, memandangkan saya ni takde gen Jawa. Saya copypes dari dapur Hana6877 di MyResepi.

Bahan-bahan

5 keping tempe (saya guna 2 keping tempe seperti gambar di bawah)


1 cawan tepung gandum
1 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
serbuk kunyit
sedikit garam dan air


Bahan untuk Sambal Kicap

Segenggam cili padi (saya pakai 8 batang saiz sederhana)
2 ulas bawang putih
gula
kicap manis


Cara-cara

Potong serong tempe nipis-nipis supaya rangup.



Tumbuk bawang putih dan ketumbar.


         
Campurkan tepung dengan bahan tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam sikit. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nak goreng pisang (tapi saya tak buat cair sangat sebab saya suka tepung tu tebal sikit).




Panaskan minyak. Dah panas minyak boleh la goreng hingga kekuningan.  




Angkat dan toskan.             

Utk sambal kicap - Tumbuk cili,bawang putih dan gula. 



Masukkan dalam mangkuk dan letak kicap. Gaul sebati.



Dah siap. Boleh cicah dengan tempe goreng. Sesuai dijadikan snek atau dimakan dengan nasi. Apa pun boleh.

            

Sunday, March 18, 2012

Step by Step... Crab Stick Crackers (Snek mudah!)



Tajuk entry hari ni: `Mari belajar buat Snek'.

Kekadang tu kalau nak layan movie best kat TV, lagi best kalau dapat kunyah kudapan/snek. Kalau di US, kudapan paling syok adalah popcorn atau Nachos. Oleh kerana saya berpijak di bumi yang nyata, maka marilah kita membuat snek yang mudah diperolehi di Malaysia. Bukan sahaja bahan-bahannya mudah diperolehi, malah snek ini juga mudah disediakan dan murah pula harganya.



Diingatkan juga, kalau anda super malas, tak perlu bersusah payah nak buat snek sendiri. Anda boleh beli Mamee atau Twisties yang sangat sedap dan rangup rasanya. Ini kerana, kalau anda super malas, anda akan rasa terbeban untuk menghidupkan api pada dapur anda.

Walau bagaimanapun, kalau anda terajin sedikit (seperti saya) dan mampu untuk menggoreng snek, marilah kita mulakan membuat Crab Stick Crackers ini.


Bahan-bahan

Filament Crab Sticks secukupnya, kalau lebih boleh simpan dalam bekas.
Minyak untuk menggoreng.

Nota: 2 bahan ni je memandangkan filament ni dah ada perisanya yang tersendiri.


Cara-cara

Potong filament kepada 2 bahagian (secara memanjang) dan asingkan lapisan-lapisannya.



Panaskan minyak dalam kuali, goreng filament sehingga garing.




Dah siap pun keropok saya.




Sedap dikudap begitu sahaja. Mr. Hubby kata, "Lain kali kita beli crab sticks dan buat keropok lagi."