Colorful sungguh... |
Hari tu kan sakan cari acuan nak buat Biskut Lidah Kucing. Sekarang ni bila acuan dah ada, masa pula takde nak memulakan projek buat biskut. Melihat kepada kepelbagaian warna, saya dah dapat bayangkan keremehan nak menyiapkan biskut ni. Namun, segala perasaan negatif yang boleh membatalkan hasrat, saya tolak dulu ketepi. Biskut secantik ini, harus dicuba buat supaya hati terasa puas:)
Saya pun tak tahu dari mana biskut cantik colorful ini berasal. Menurut beberapa blog, Biskut Lidah Kucing ni berasal dari Indonesia. Katanya juga, menjadi biskut yang popular di Hari Raya yang lalu. Saya juga mendapati ramai blogger menggunakan resepi dari blog Kak Wan Citarasawan. Saya pun guna resepi dari blog Kak Wan juga. Di blog Kak Wan, ada beberapa resepi Biskut Lidah Kucing yang lain seperti perisa keju dan coklat.
Untuk percubaan pertama ni, saya buat yang versi Pelangi. Dulu-dulu, cikgu saya pernah bagitau yang pelangi ada 7 warna. Saya tengok kebanyakkan blogger buat biskut ni guna 6 warna je. Oleh kerana saya malas, saya guna 5 warna. Dan, warna yang saya pilih sememangnya bukan warna pelangi. Rainbow Cookies saya guna warna pastel.
Paling penting, cantik di mata serta rangup dan sedap bila dimakan. Dan jangan lupa, harga biskut ini di pasaran agak mahal berbanding dengan biskut-biskut lain.
Nota: Sila bersabar dengan remeh-temeh semasa pembahagian warna hendak dilakukan.
Bahan-bahan (boleh dapat 100-120 keping)
250gm mentega
175gm gula kastor
100ml putih telur (lebih kurang dari 3 biji telur, sila sukat ye)
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4sk emplex
Pewarna: warna yang disukai. Asalkan hati gembira.
Gris loyang lidah kucing
Cara-cara
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Masukkan tepung. Kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka (saya bahagi 5 bahagian sebab 5 warna). Letak pewarna berlainan bagi setiap bahagian.
Biru dulu |
Masukkan adunan dalam piping bag.
Dan kemudian sila pipe kan seperti gambar di bawah.
Buat sewarna dulu |
Ini hasilnya |
Panaskan oven 150 darjah dan bakar selama 15 minit. FYI, saya guna suhu 160 darjah.
Biskut ni pandai bercantum dan meleperkan dirinya sendiri |
Biskut dah masak.
Sungguh cantik biskut ini hehehehe :) |
Jangan lupa sila simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Nota: Biskut anda akan rangup apabila ianya sejuk. Sekiranya, biskut anda tidak rangup selepas sejuk, sila bakar biskut tersebut lagi. Sila bakar lagi juga, sekiranya biskut anda masuk angin (lemau).
Sekian.
20 comments:
Kita pon beli jugak loyang ni.nt nk buat.hikhik.
Cik Puan Rara, buat tau jgn tak buat. Rugi x buat kalau dah ada loyang. Pas ni kita buat choc ngan cheese pulak :)
sedapnya tengok kak...tapi M besar sudah mariiii...dah xrajin nak buat....hehehe
akak pun tunggu mood R. kalau x, tak buat juga:)
Loyang ni apa namanya ek. Emplex tu apa dan nak beli katne..
Loyang ni memang loyang `lidah kucing'. kalau google cari la `loyang atau acuan lidah kucing'. rasanya ada org jual secara online pun.
emplex tu kena beli kat kedai jual bahan-bahan bakery macam `bake with yen'. ini perangup biskut.
Nak tanya lg..loyang ni mmg saiz dia standard besar camtu ke. Coz kalau pakai oven yg 19L ni sure x muat....ok..thnks for sharing.dah jumpa emplex ;)
Ulfah, ada loyang yang lagi kecik. cuma saya suka yg besar sbb lagi cepat siap:)
I dah try buat at 150 degree for 15 mnutes tp dia mcm perang2 hangus. Pastu try for 12 mnutes pon sama... so what do u suggest ea to improve? Thanks :)
Syasya, oven u panas. Mungkin tak sesuai dengan kepanasan yang dicadangkan. mungkin perlu kurangkan masa pembakaran.
Thanks I will try it soon.
you're welcome.. good luck!
Xpakai loyang pun bleh jgak kan
Yusrena, boleh. cuma kena buat sama besar :)
Salam maaf bertanya . knapa saya buat dia cair ek . bercantum hbis dgn yg sebelah2 dia . mcm mna nk buat bg tak cantum ?
wassalam nieynaa chumell, sepatutnya tak cair adunan tu kalau ikut sukatan. adunan ni agak firm, jadi dia x bercantum.
Sy dah cube knp ye kueh sy melekat pd acuan..sblm letak mmg sy dah glis dahulu
Sis.. sepatutnya tak lekat. senang je keluarnya..
Thank you for the recipe dah bnyk Kali buat menjadi 😍 love sangat , thanks akak
Sama-sama.. thank u sudi cuba :)
Post a Comment