Tuesday, May 27, 2014

Kek Butter Marble Moist with Pineapple Flavor!

Kek Butter yang satu ni memang sedap sangat. Sebelum ni saya dah pernah buat versi plain, versi Chocolate Marble dan juga versi Pandan Marble



Oleh kerana kami sekeluarga memang suka kewangian dan rasa moist kek ini, maka saya percaya kepelbagaian perisa tidak akan mencacatkan Kek Butter yang satu ini. Malah, penambahan atau pengubasuaian sedikit, akan menghasilkan Kek Butter yang menawan hati dan selera. 

Maka, kali ini saya persembahkan Kek Mentega Marble Moist ini dengan perisa Pineapple (Nenas gitu). Dan untuk menambahkan kejelitaan kek yang sedap ini, saya marblekan dengan warna Copper (fleshtone). Ala-ala warna oren tapi tak berapa oren gitu. Hasilnya memang marvelous sangat. Saya akan repeat buat kek ni sebab memang sangat-sangat best dan mudah dibuat. 




Bahan-bahan

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila

&

1sk esen perisa pineapple 
2-3 titik pewarna copper (fleshtone) - tak pun guna je la warna kegemaran anda


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Putar sehingga sebati.



Masukkan satu persatu telur dan esen vanilla. Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat, cukuplah 3-4 minit je. Lepas tu masukkan esen pineapple dan putar seminit bagi sebati. 

esen pineapple sedang dimasukkan


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Salah satu bahagian masukkan pewarna copper. Gaul sebati.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Loyang 8 atau 9 inci adalah loyang paling sesuai. Adunan tu senduk berselang-seli.


Camni jadinya


Bakar dalam 50-60 minit atau sehingga atas kek keperangan sedikit dan dalam kek sudah masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi). - Saya bakar lebih kurang 56 minit.  



Jeng, jeng, jeng aroma yang sungguh harum. 

moist dan harum

Kek yang dipotong. 



Memang awesome sangat. Sila cuba sebab tak susah mana buat kek ni. Sesuai untuk new beginner. 

Sekian. 

2 comments:

Sweet red cherry said...

gebunya kek..

weezana said...

kan... memang awesome kek ni.. :)