Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Saturday, October 8, 2016

Broccoli Shrimp Goreng Kicap

Assalamualaikum,



Hari ni memang masak simple je. Kira macam resepi campak-campak. Dan saya letak cili besar supaya pedas sikit. Jom tengok resepi.

Bahan-Bahan

I biji brokoli (potong kecil)
12 ekor udang saiz sederhana (buang kepala)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili besar (hiris)
1sb sos tiram
2sb kicap manis
garam dan gula secukup rasa (rasa dulu takut, kalau dah cukup rasa, takyah la letak)


Cara-Cara

Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau. 

Masukkan udang. Kacau sehingga udang masak. Masukkan brokoli. 

Masukkan sos tiram dan kicap manis. Tumis seketika. Kacau-kacau selalu. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 



Dah siap. Sedap sungguh dimakan dengan nasi putih.

Sekian.

Wednesday, December 30, 2015

Masak Simple je.. Kacang Buncis, Udang & Telur

Assalamualaikum.. 



Hari ni saya nak share resepi sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk orang malas dan tak berapa ada masa (macam saya). Disarankan, gunalah udang saiz besar untuk rasa yang lebih wow.

Bahan-bahan

5-6 ekor udang saiz besar
2 biji telur ayam (kacau dalam mangkuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
15 - 20 batang kacang buncis (potong pendek dan serong)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa


Cara-cara 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris sehingga berbau wangi. 



Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.



Masukkan kacang, kacau lagi. Goreng kacang tu ikut kadar yang disukai. Kalau suka makan lembik, goreng le lama sikit. 



Masukkan telur, kacau. Masukkan garam dan serbuk perisa. 



Senang kan?

Sekian. 

Tuesday, September 23, 2014

Tauhu Sumbat Berinti Ayam

Sana-sini tengok kengkawan makan dan buat Tauhu Sumbat, maka saya pun jadi teringin nak makan tauhu sumbat. 

Malangnya, saya ni kurang makan sayur. Justeru, tauhu yang disumbat sayur-mayur itu, tidak akan saya beli atau buat sama sekali. 



Pilihan yang seterusnya ialah tauhu yang disumbat dengan daging ataupun ayam. Nampak awesome sungguh resepi tauhu ni. Tapi, bila belek-belek resepi, blogger-blogger sekalian alam suka makan bawang dan lada yang dicincang. Maka, saya buat resepi saya sendiri. Saya guna bahan berkisar. Yang penting sedap dan menepati citarasa diri sendiri.



Bahan-bahan

4 keping tauhu
2 keping ayam bahagian dada (bahagian lain pun boleh, ambil isinya) -cincang atau potong kecil-kecil
2 ulas bawang merah + 3 tangkai cili kering (kisar)
sedikit daun sup (cincang)
garam dan gula secukup rasa
sebiji telur


Cara-cara

Potong dua setiap tauhu (potong segitiga).



Panaskan minyak dan goreng tauhu tadi, jangan garing sangat. Ketepikan.



Panaskan 2sb minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 



Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 



Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau seketika. Tutup api.



Tauhu tadi, keluarkan sebahagian isinya di bahagian tengah (tujuan untuk letak inti). Lepas tu, letak inti ayam yang dimasak tadi. Lagi banyak letak inti, lagi sedap. 



Pukul telur dalam mangkuk, celup tauhu dengan telur. Goreng sehingga tauhu berwarna kuning keemasan.



Boleh makan dengan sos pencicah atau sos cili. Saya tak sempat nak letak sos, dah habis dimakan anak-beranak.



Sekian.

Tuesday, August 19, 2014

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku

Salam Aidilfitri 2014. 



Hari ni saya nak berkongsi resepi Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku. Resepi ni My Mom yang masak. Saya cuma snap2 foto je. Memandangkan saya tak pernah cuba buat sendiri, maka kenalah rajin snap2 foto. Takut terlupa step-by-step nya.

My Mom guna ikan bilis untuk menyedapkan masakan ni. Kalau nak ganti, boleh ganti dengan udang. Sukatan untuk sayur pucuk paku tu pula, silalah agak-agak. Sebabnya kalau kita beli di pasar pun, sukatannya main ikat je. 

Bahan-bahan

2 ikat sayur pucuk paku
santan 1 biji kelapa
segenggam ikan bilis
15 - 20 cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit serbuk perisa (ajinomoto atau tumix)


Cara-cara

Bersihkan pucuk paku dan potong lebuh kurang 1 inci. Jangan ambil bahagian yang keras.



Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit.



Masukkan ikan bilis dan bahan kisar dalam kuali/periuk. Panaskan kuali/periuk.



Masukkan santan. Kacau sebati dan selalu. Kalau tak kacau, nanti berketul.



Setelah santan mendidih, masukkan pucuk paku. Kacau lagi sehingga sayur lembut.



Masukkan asam keping, garam dan perisa.



Dah siap untuk dihidang.



Sekian.

Sunday, November 25, 2012

Step by Step... Sup Daging Bersayur

Kadang-kala tu memang malas nak masak 2-3 jenis masakan. Kepada anda yang ada anak kecil, anda mesti menghadapi masalah yang sama dengan saya. Tambahan lagi apabila anak kecil tu tak makan masakan pedas atau belum boleh lagi makan masakan pedas.
 
Oleh yang demikian, kena berfikir untuk masak sejenis dua masakan yang boleh dimakan seisi rumah. Tak pedas tapi sedap dan boleh diterima oleh semua peringkat umur. Satu perkara lagi adalah kena masak masakan berkhasiat. Maklumlah masakan untuk budak-budak, kalau tak berkhasiat, kesian pulak dengan budak-budak yang belum tentu makan makanan berkhasiat pada hari-hari biasa.

 
 
Maka hari ni, saya masak masakan yang sesuai untuk semua orang. Saya masak Sup Daging Bersayur. Jom tengok bahan-bahannya.
 
Bahan-bahan
 
 
200gm daging (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 ulas bawang (hiris nipis)
1/2 inci halia (hiris nipis)
1 batang cili merah (saiz kecil sahaja, hiris nipis)
6 batang jagung muda (hiris memanjang)
sedikit kobis bunga (potong kecil)
sebiji kentang (potong 8)
sedikit daun sup (hiris halus)
1/2 kiub pati ayam
3 cawan air (tambah atau kurangkan pun boleh, suka hati nak kuah berapa banyak)
garam secukup rasa

Nota: Boleh juga tambah sayur lain seperti lobak merah.


Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan halia dan cili merah, tumis seketika lagi. Kemudian masukkan air. Biar mendidih.



Masukkan daging dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan kentang. Kacau sekali-sekala dan biar lebih kurang 5 minit (sehingga kentang masak).



Masukkan jagung muda dan kobis bunga. Masukkan garam secukup rasa. Biar seketika.



Akhir sekali, masukkan daun sup.



Tutup api dan boleh dihidangkan.



Sup-sup kurang pedas begini, amat sesuai dimakan dengan nasi dan ikan masin. Hari ni saya goreng terubuk masin. Kebetulan memang ada stok hehehehe...



Perrggghhh memang sedap.

Gandingan yang terangkat!


FYI, kalau goreng terubuk masin, gorenglah sehingga garing betul supaya dapat dimakan rangup seperti keropok dan boleh dikunyah tulang-tulangnya sekali.

Terubuk masin goreng garing


Menghasilkan bunyi Kruuppp... Krapppp... Kruppp.... Krapppp...

 


Sunday, September 30, 2012

Step by Step... Roasted Eggplant with Marinara Sauce

Mr. Hubby kata dia nak makan terung. Seumur hidup saya memang tak pernah cuba masak terung. Malah saya tak tau pun apa rasa terung. Ramai yang kata terung sedap dimakan. Ntahlah, saya memang tak lalu nak makan sayur.
 
 
 
Walau bagaimanapun, oleh kerana Mr. Hubby teringin makan terung, maka wajarlah buatkan juga. Kesian ngan dia hehehe.. Lagipun, inilah masanya nak mencuba resepi baru. Seperti biasalah, apabila tak tahu nak masak, kenalah rajin mencari resepi. Biasanya saya akan tertarik hati melihat foto-foto makanan yang cantik. Kalau barisan bahan-bahannya tak sesusah mana, maka saya akan cuba. Dipendekkan cerita, hati saya terpikat dengan resepi `Roasted Eggplant with Marinara Sauce' dari blog What's Cooking America. Jadi saya cuba resepi ni dengan mengubah sedikit sebanyak mengikut kesesuaian.
 
menarikkan?
 
 
Meskipun rupa terung panggang ala Western ini memang mengagumkan, tapi saya tak rasa walaupun sedikit. Entahlah, saya memang tak makan sayur. Mr. Hubby kata sedap, dia dan Hasya jadi tukang perabis terung ni. Roasted Eggplant with Marinara Sauce ni boleh dimakan dengan nasi atau pun dimakan begitu sahaja. Sosnya juga boleh diubah kepada sos-sos lain mengikut kegemaran anda.
 
 
Bahan-bahan
 
Sebiji terung saiz sederhana
1/2 cawan mentega
3/4 cawan serbuk roti
1/4sk garam
sos marinara secukupnya (saya guna tomato puri)
1sb oregano flakes
keju mozarella secukupnya
 
 
Cara-cara
 
Hiris terung lebih kurang 1cm tebal.
 
 
 
Cairkan mentega dalam kuali leper. Celupkan terung yang dihiris tadi.
 
 
 
Satukan serbuk roti dan garam dalam mangkuk. Celup sebelah sisi terung yang dah dicelup mentega tadi dengan serbuk roti.
 
 
 
Susun terung atas loyang yang telah dialas dengan aluminium foil.
 
 
 
Sudukan sos atas terung.
 
 
 
 
Tabur sedikit oregano.
 
 
 
Tabur pula keju Mozarella atas terung.
 
 
 
Bakar 10-15 minit pada suhu 220 selsius.
 

 
 
Senangkan? Terung lazat ala Western dah siap. Mari makan.
 
 
 
 
 


Friday, July 27, 2012

KFC & Step by Step.. Kangkung Goreng Belacan dengan Udang

Membloging setiap hari memang sesuatu yang sukar untuk dibuat. Namun, saya gagahkan juga sempena mendisiplinkan diri untuk menulis Edisi Catatan Ramadhan 2012. Dan entry nak tak nak kena tulis juga ni adalah mengenai Hari ke-5 berpuasa hehehe...

Ramadhan hari ke-5, tekak saya mula terasa nak makan fast food. Jadi saya cadangkan kepada Mr. Hubby untuk beli KFC atau McD. Biasalah kan, bila tekak hari-hari tradisional, memang tiba-tiba akan terasa nak jadi omputih.



Maka, iftar Ramadhan ke-5 ini dirasmikan dengan juadah daripada KFC. Macam-macam ada; Ayam Goreng Original, Crunchy Spicy, Zinger Burger dan Cheezy Wedges. 

Mesti korang pun suka Cheezy Wedges ni kan?


Oleh kerana berbuka puasa sudah Western, maka untuk sahur kenalah masak nasi. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi resepi yang simple tapi sedap iaitu Kangkung Goreng Belacan dengan Udang.




Bahan-bahan

Satu ikat kangkung (potong-potong ler seperti biasa)
beberapa ekor udang (suka hati nak saiz apa, lagi besar lagi awesome)
Sebiji bawang merah besar atau 4 ulas bawang merah
Sebatang cili merah
2 batang cili padi
1 inci belacan (kalau tak resdung, lebih sikit pun ok)
Garam secukupnya

Nota: Kalau ada udang kering kat rumah, bolehlah kisar satu sk ngan bawang.


Cara-cara

Kisar bawang, belacan dan cili. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga berbau wangi dan agak kering.



Masukkan udang. Biarkan udang sehingga masak.



Masukkan kangkung dan tambah garam. Kalau suka manis sedikit, boleh tambah secubit gula. Goreng seketika.




Dah siap pun. Simple kan? Tapi rasanya sedap dan pasti digemari seisi keluarga kecuali bagi individu yang tak makan kangkung, alergik kepada udang atau menghidap resdung.



Kami makan nasi dengan lauk kangkung dan ikan selar goreng. Almaklum kena rajin sikit sebab Hasya dah mula berpuasa.

Sekian.