Wednesday, December 30, 2015

Masak Simple je.. Kacang Buncis, Udang & Telur

Assalamualaikum.. 



Hari ni saya nak share resepi sangat simple tapi sedap. Sesuai untuk orang malas dan tak berapa ada masa (macam saya). Disarankan, gunalah udang saiz besar untuk rasa yang lebih wow.

Bahan-bahan

5-6 ekor udang saiz besar
2 biji telur ayam (kacau dalam mangkuk)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
15 - 20 batang kacang buncis (potong pendek dan serong)
Garam dan serbuk perisa secukup rasa


Cara-cara 

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris sehingga berbau wangi. 



Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.



Masukkan kacang, kacau lagi. Goreng kacang tu ikut kadar yang disukai. Kalau suka makan lembik, goreng le lama sikit. 



Masukkan telur, kacau. Masukkan garam dan serbuk perisa. 



Senang kan?

Sekian. 

4 comments:

Rizziela said...

sedap makan dgn nasi panas2 kan

weezana said...

betul tu Rizziela :)

Deera Adeera said...

Assalammualaikum..suka baca blog akak macam2 resepi ada dari semudah resepi sampai yg susah saya boleh follow..sbb ada step by step..semoga akak bertamabah maju dan berjaya dunia akhirat dan bahagia bsama keluarga tercinta ;-)

weezana said...

Waalaikumsalam Deera Adeera,

Waalaikumsalam. Terima kasih sudi baca. Akak buat step by step sebab senang untuk rujuk semula. Juga untuk kongsi dengan sesiapa jua yang nak cuba resepi-resepi yang lain. Senang untuk jadi panduan. Terima kasih atas doa:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...