Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Saturday, October 17, 2020

Kek Butter Jelita Roses

 Assalamualaikum..


Hari ni saya nak share cara nak buat kek butter sedap dan cantik dengan corak roses.. Resepi sebenarnya sama aje dengan Kek Butter Jelita yang saya buat sebelum ni. Cuma hari tu kek bulat. Hari ni kek petak. Saiz loyang petak ni, 9 x 9. 



Bahan-Bahan

125gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
75ml susu tin
1/2 sk esen vanilla
2 pewarna (merah dan hijau)


Cara-Cara

Putar mentega dengan gula sehingga kembang (berkrim). Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati. Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Putar lagi. 
Campurkan susu dan esen, putar lagi hingga sebati. 



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan yang tidak berwarna ke dalam loyang. Ambil 1 sudu besar adunan. Separuh warnakan merah dan separuh lagi warnakan hijau. Bolehlah melorek bunga dengan daunnya. 



Adunan yang siap dilorek.



Bakar lebih kurang 1 jam. Bergantung kepada saiz loyang dan suhu oven masing-masing. Kalau dah cucuk, tak lekat tu maksudnya dah masak.



Sekian. 

Saturday, May 30, 2020

Kek Butter Jelita Moist

Assalamualaikum..

Salam Syawal penuh kemenangan.



Hari ini saya nak berkongsi resepi Kek Butter yang cantik jelita. Dahlah cantik jelita, rasanya sedap dan moist pula. Saya buat untuk 1 Syawal hari tu. Baru sempat nak berkongsi. 

Kek Butter ni memang jelita sangat dan menjadi penghias meja makan. 




Bahan-Bahan

125gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
75ml susu tin
1/2 sk esen vanilla
4 pewarna pilihan (1/4 sk bagi setiap warna)


Cara-Cara

Putar mentega dengan gula sehingga kembang (berkrim). Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati. Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Putar lagi.



Campurkan susu dan esen, putar lagi hingga sebati. 



Adunan akan gebu seperti ini:




Ambil 4 senduk adunan. Setiap senduk masukkan dalam mangkuk berbeza dan letak 4 pewarna berlainan. Gaul sebati setiap adunan.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan yang tidak berwarna ke dalam loyang. Manakala adunan 4 warna tadi bolek tompok-tompokkan seperti di bawah:

 

Lorekkan mengikut kreativiti.


Hasil lorekan

Bakar lebih kurang 1 jam. Bergantung kepada saiz loyang dan suhu oven masing-masing. Kalau dah cucuk, tak lekat tu maksudnya dah masak.

Tambah gula manik untuk lebih jelita


Alhamdulillah, Kek Butter saya sangat jelita.



Tuesday, June 7, 2016

Marble Cake Moist... resepi drpd buku lama..

Assalamualaikum...

Saya ada sorang aunty yang pandai sungguh buat kek. Tiap-tiap tahun, my aunty akan buat kek signature dia yang cuma dia sendiri je tahu bahan-bahannya. Setiap kali tanya, dia macam tak nak cerita je. Balik-balik dia kata, macam biasalah, letak tepung, mentega, telur... Hmmm....

Maka, nak dijadikan cerita, pada satu hari yang baik, entah macam mana, my aunty tetiba je bermurah hati nak kongsi resepi kek dia. Rupa-rupanya memang betullah kata dia, bahan-bahannya memang biasa-biasa je. Dan rupa-rupanya juga, dia pelbagaikan kek-kek yang dia buat berdasarkan resepi asas tersebut. Macam-macam kek yang dia buat, antaranya marble dan vanilla.

Yang paling ironinya, my aunty siap cakap dengan my mom, "hang pun ada resepi tu"... Oh, rupa-rupanya, resepi kek tu my aunty guna daripada buku resepi lama yang depa adik-beradik ada sorang satu hehehehe...

Disclaimer: kalau tak faham cerita poyo di atas, harap maaf ya.





Oleh kerana saya ni pelupa dan pelbagai kejadian berlaku (yang menyebabkan saya lupa). Maka, baru last weekend tetiba je tergerak hati nak buat kek ni. Nasib baiklah, ada lagi resepi ni saya simpan. Kalau nak minta semula kat my aunty, ntah dia bagi, ntahkan tidak. Makanya, projek membuat kek marble moist ini pun bermula. Jeng.. Jeng.. Jeng.. memang hasilnya, best giler. 

FYI, saya gandakan adunan sebab tamak. Nak dapat banyak kononnnya. Dan memang saya dapat banyak, selain daripada 9 biji mini kek, dapat sebiji kek panjang. 


Bahan-Bahan

125gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
200gm tepung naik sendiri
75ml susu tin
1sb serbuk koko
1/2 sk esen vanilla


Cara-Cara

Putar mentega dengan gula sehingga kembang (berkrim). Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.



Ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit. Putar lagi.



Campurkan susu dan esen, putar lagi hingga sebati. 



Adunan akan gebu seperti ini:




Ambil 1/3 adunan. Masukkan serbuk koko dalam adunan 1/3 tadi. Gaul sebati.



Panaskan oven 160 darjah. Masukkan adunan anda dalam loyang pilihan. Saya buat mini kek + sebiji kek rectangle. Cara buat mini kek seperti di bawah:





Lorekkan guna lidi :)

Kek rectangle pula macam ni:



Bakar lebih kurang 40-60 minit. Bergantung kepada saiz loyang dan suhu oven masing-masing. Kalau dah cucuk, tak lekat tu maksudnya dah masak.



Rugi tak cuba, memang moist sangat (dinasihatkan simpan semalaman dulu pada suhu bilik untuk hasil yang sangat awesome).



Sekian.

Sunday, May 15, 2016

Chocolate Brownies Kedut (terasa sungguh coklatnya!)

Assalamualaikum..



Dah banyak kali juga sebenarnya saya buat brownies coklat. Katanya brownies yang paling popular ialah brownies kedut. Kedut-kedut pada permukaan brownies tulah yang menjadikan brownies tersebut tempting untuk dimakan. 



Jadi, saya pun googlelah resepi brownies kedut ni. Jumpa resepi mudah di Blog Azlita Masam Manis. Kebetulan pula semua bahan ada kat rumah, kecuali tepung naik sendiri. Tapi, itu bukan masalah. Guna jelah tepung gandum. Lepas tu, tambahlah sikit baking powder hehehe...

Bahan-Bahan

400 gm coklat masakan/coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter (saya pakai salted butter, tu je yang ada)
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1/4sk baking powder)
30 gm serbuk koko 


Cara-Cara

Cairkan coklat dan butter. Guna kaedah double boiler atau panaskan atas api kecil. 



Dalam mangkuk adunan, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau pakai spatula pun dah okey sangat. 



Masukkan coklat + butter yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.




Ayak tepung dan serbuk koko bersekali.



Masukkan tepung + serbuk koko tadi di dalam mangkuk adunan. Kacau sebati.




Panaskan oven 160 darjah selsius. Lapik loyang dengan baking paper. Atas baking paper sapu dengan mentega. Masukkan adunan ke dalam loyang. Azlita pakai loyang 10X10. Saya pakai loyang 9X9 (itu je yang ada). Jadi saya masak brownies ni lama sikit. Nak dekat sejam juga. Apa-apapun, masak jelah brownies anda sampai tengah-tengahnya boleh dicucuk dengan lidi (tak cair). 



Selepas brownies masak, matikan oven. Biarkan 15 minit brownies tersebut di dalam oven. Renggangkan sedikit pintu oven.



Selepas itu, akan terhasillah brownies yang berkedut-kedut. Sila potong dengan kemas. Brownies anda sangat terasa coklatnya. Sungguh sedap dimakan begitu sahaja.




Sekian.


Saturday, April 23, 2016

Menghias Cantik Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum...



Minggu lepas saya buat dua biji Cottonsoft Japanese Cheesecake. Satu untuk hari jadi bff, satu lagi untuk Encik dan Cik dalam rumah ni. Yelah, kalau buat sebiji je, nanti Encik dan Cik dalam rumah ni, terliur pula.

Untuk resepi kek yang lembut dan cheezy ini boleh klik sini. Saya gunakan topping yang sama iaitu cream cheese dan almond. Tapi kali ni saya piping cantik-cantik (cantiklah sikit daripada kalau main sapu je). Untuk kek hari jadi, saya tambah pula hiasan berbentuk hati merah untuk menaikkan kemeriahan kek. Hasilnya, memang awesome. 

Pipe kan cream cheese.



Tabur almond. 



Kek hari jadi tambah hiasan hati.





Sekian. 

Sunday, March 6, 2016

Triple Chocolate Brownies.. (Sangat mewah dengan rasa Coklat!)

Assalamualaikum...

Akhir-akhir ni entah kenapa ada je kengkawan yang post gambar brownies. Macam-macam jenis brownies.. Berkedut-kedutlah, chewylah, mewah coklatlah, nutella lah... Hish.. memang geram tengok brownies ni!

Lepas tu, dari sehari ke sehari, saya rasa macam nak beli je brownies ni. Entah kenapa, tak tahu nak beli kat mana. Lepas tu, malas nak pergi ambil brownies tu kat penjualnya. Kebetulan brownies yang saya minat tu, semuanya takde delivery.. Hmmm...



Akhirnya, saya terpaksa juga rajinkan diri yang tak berapa nak rajin ni. Maka terhasillah brownies mewah dengan coklat. Resepinya saya adaptasi daripada resepi eny abdullah. Saya ubah sikit-sikit berdasarkan bahan-bahan yang saya ada. Memang yummy, chewy.. gooey... dan chocolatey...



Bahan-bahan

300gm Dark Chocolate (coklat gelap)
100 gm butter (salted) 
80 gm gula perang 
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips (saya pakai yg marble)
Jika suka boleh tambah almond (sangai terlebih dahulu ya) ke dalam adunan.

Cara-cara
Panaskan oven suhu 160C.

Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Kalau tak double boil pun boleh, cairkan guna api yang cukup kecil dan kena selalu kacau. Angkat dari api. Masukkan ke dalam mangkuk adunan.



Masukkan gula, kacau sebati.



Masukkan esen vanilla. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.



Masukkan tepung. Kacau rata tapi jangan over mix.



Masukkan chocolate chips dan kacang. Tinggalkan sedikit kacang untuk ditabur di atas adunan. 




Tuang dalam acuan yang digris. Acuan 8 X 8 inci yang paling sesuai. Saya punya ni 9 X 9 jadi browniesnya kurang tinggi. 



Tabur lebihan almond.


Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap.




Lepas tu bolehlah drizzle dengan coklat cair dan letaklah coklat apa-apapun sesuka hati. Nampaklah mewah dengan coklat. 




Sekian.