Saturday, October 27, 2012

Step by Step... Lagi Resepi Blueberry Cheesecake..

Saya buka entry ini dengan ucapan Salam Aidiladha buat semua pengikut dan pembaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca blog kerdil saya ni. Extra ucapan terima kasih kepada yang sudi follow blog saya. Saya nak kongsi quote daripada ahli falsafah dari French, Albert Camus:
 
 
 
sedapnya...
 
 
Kali ini saya kongsi resepi Blueberry Cheesecake. Rasanya ini adalah resepi versi ke-3. Versi pertama, sedap tapi kurang cream cheese dan ada guna tepung. Sesuai kepada sesiapa yang nak makan cheesecake yang tak berapa cheezy. Resepi seperti link di bawah:
 
 
 
Versi ke-2 adalah versi dot dot dot yang teramat cheezy. Link versi dot dot dot. Yang ni guna cream cheese tanpa whipping cream.
 
 
 
Maka, versi ke-3 ini adalah resepi pertengahan. Seperti resepi dot dot dot guna banyak cream cheese, cuma kek yang ni ditambah dengan whipping cream. Rasanya lebih halus dan lazat. Tambahan pula, resepi asal saya ambil dari Ummi Kuantan dan ummi buat Oreo Cheesecake. Saya tukar jadi blueberry cheesecake hehehe. Betul kata Ummi, kek ini memang sedap sangat.
 
Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci)
 

Dasar kek:
 
200gm biskut oreo - di buang krimnya - kisar atau tumbuk
50gm mentega cair

Bahan kek:

500gm krim keju
110gm gula kastor
1/2sb esen vanilla
2 biji telur 
150ml whipping krim 
1sb lemon juice
blueberry filling secukupnya


Cara-cara

Dasar Kek : 

Masukkan oreo kisar ke dalam acuan springform.
 
 
 
Cairkan mentega (saya panaskan dalam kuali) dan tuang ke dalam acuan. Gaul oreo yang telah dikisar dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
 
cairkan mentega

tuang, gaul dan padat2kan

bakar
 
 
 
Bahan kek:
 
Putar keju krim dan gula hingga sebati.
 
Kali ni guna jenama Anchor

sedia untuk putar
 
 
Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.

 

 
adunan kek


Masukkan adunan dalam springform yang dah ada dasar tadi.  Masukkan pula bluberry, saya masukkan satu-satu macam saya buat versi dot dot dot. Sebabnya, saya takut kek bertukar jadi biru hehehe. 




Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
 
 
 
Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan (kalau takut, takyah longgarkan, masuk terus dengan loyang dalam peti sejuk). Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
 
Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. Saya tambah lagi blueberry di bahagian tengah kek. Tapi jangan letak banyak sangat, kalau terlalu berat, nanti kek runtuh hehehe.
 
 
 
 
Yippie... Yippie.. Kek dah siap untuk dibawa pulang ke kampung. Belum sempat bawa balik dah sepotong dimakan di rumah akibat permintaan yang tidak dapat ditolak.
 
Rasa manis, berkrim dan sedikit masam.. Gabungan hebat.
 
 
Dan ini pula rupa dah tinggal separuh selepas dikorbankan pada pagi raya korban. Semoga Aidiladha ini bertambah manis dan berkrim dengan kehadiran kek yang lazat.
 
Tinggal separuh
 
 
Selamat mencuba!

39 comments:

Sheeda Minhaj said...

kak, nak tanye, sb tu stand for ape ek? tablespoon ke?

weezana said...

sb tu sudu besar @ tablespoon :)

Annur Shuhada said...

sedapnya nampak resepi ni..nk try la..tq for ur recipe..do follow me..I;m a newbie..I'm done yours..:) tq

weezana said...

Terima kasih Annur. Beri link blog awak sbb saya click pada iD awk, mcm takde link ke blog :)

Unknown said...

Akak..if sy guna springform pan yg 10 inc leh x?

weezana said...

boleh, tapi lagi rendah kek tu nanti.. (tak tinggi).. nanti mcm leper dan x cun.. nipis pula lapisan basenya. apa2pun, rasanya tetap sama.. kalau boleh pakailah loyang 8 inci supaya kek tinggi dan cantik.

Unknown said...

Ok..tq akak 4 da infO..tak sbar nak cube..1st time nak wat cheese cake nie..nk wat tOk besday abah sy..dOakn smOge bjye ea..ehehe.. :)

weezana said...

ok.. semoga berjaya. jgn lupa, sejukkan dulu kek dalam peti sejuk baru keluarkan dari loyang. cheesecake memang tak firm kalau tak sejuk.. :)

cik ct said...

salam kak..nak tanya...bluebery filling 2 buat sendri ea?ke ada jual?die mcm jem bluebery ea??

weezana said...

salam dik, bukan buat sendiri.. dia ada jual di kedai yang jual bahan-bahan bakery. di cold storage juga ada jual. boleh juga guna pie filling. beza dengan jem sbb tak selikat jem dan tak semanis jem.. yang lebih cantik kalau ada buah2nya. jem tak ada buah..

Yaati Nor said...

kak weezana,(kakak ke yek?hihihi) mcm mana nak tranfer cheese kek tu ke cake board tu ye?harap dapat membantu..klu ada step by step lg best..heheheh

weezana said...

yaati, x dapat nak step by step sebab masa pindahkan tu memang tense juga. sebabnya ken aperlahan2 tolak dia sikit2 dari loyang ke board. guna loyang yang boleh buka tepi2 dia. tak pun guna baking paper, lebih senang untuk tolak sikit2... :)

Unknown said...

Assalam kak.water bath tu mcm mana?

weezana said...

Wassalam Lylia,

Akak ada terangkan di link ni:

http://emiliaputeri.blogspot.com/2011/12/kaedah-bain-marie-atau-water-bath.html

Unknown said...

kak, saya nak tanyer.. knp blueberry yg bulat2 tu sy buat n buh atas kek, tapi die jatuh atau masuk ke dalam.. xjadi mcm akak buat.. kenapa?

weezana said...

memang kebanyakannya akan turun ke bawah, tapi ada yg akan timbul. letak pelan2..

Unknown said...

Excellent piece of information, I had come to know about your website from my friend kishan, kerala,i have read atleast 8

posts of yours by now, and let me tell you, your site gives the best and the most interesting information. This is just

the kind of information that i had been looking for, i'm already your rss reader now and i would regularly watch out for

the new posts, once again hats off to you! Thanx a lot once again, Regards, bob marley quotes

weezana said...

Hi kalam sai, thank you for following my blog. I deeply appreciate your kindness in reading my blog posts. Your comment make me want to write more.. Thanks again. Regards, wizana.

Fazliana said...

Wahhh, nampak menarik plakk. hehehe. Nanti saya curi sikit ea resepi ni nak try buat sendiri. kihkihkih. Nanti kalau ada masa jemput2 singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

weezana said...

Terima kasih sudi datang sini. Nanti saya melawat blog fazliana :)

Unknown said...

Terima kasih yer...sy dah try resepi ni

weezana said...

sama2 Niza :)

Anis Sofea said...

Salam Akak. Resepi yang Akak buat tu boleh buat 1kg kek kan?

weezana said...

wassalam cik Anese, akak pun tak pasti kek ni berapa kg..

Unknown said...

Salam sis.. kalau x guna lemon juice bley x ??

weezana said...

eyfa, effect dari segi rasa..

mdraze said...

salam emiia.. saya dah cuba cheede cske ni mmg sedap u... thanks for sharing yeah

weezana said...

Wassalam mdraze, sama2.. tq sudi cuba :)

Unknown said...

Dah cuba..mmmg sedap...terima kasih yer sudi kongsi resepi

weezana said...

Sama2 Niza Ramli <3

Unknown said...

Sis , kalo blueberry filling tu tukar jadi blueberry jem ok x ek? Sbb dlm peti sejuk cuma ada blueberry jem je. Ahhahaa

Unknown said...

Alhamdulillah..menjadi itk first trial even blueberry xde, rase still sgt sedap and may officemate kate blh wat jual ni. Thanks kak for the recepi..

weezana said...

alhamdulillah norliza saad :)

NINA FARHANA said...

Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi 😊

weezana said...

Sama-sama Nina :)

Ana Livan said...

salam, bakar dgn api atas bawah atau bawah shj?

Unknown said...

Maaf nk tanya, macam mana puan keluarkan kek dan pindahkan ke atas board tu ye.bahagian bawah tak pecah?

nursuri said...

Suka baca blog Wizana....Akk dh follow...

weezana said...

Terima kasih Puan Nursuri