Sunday, February 5, 2012

Step by Step... Blueberry Cheese Cake (versi dot dot)

First of all, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ke 1433 H! Kengkawan tau tak apa tema tahun ni? Temanya adalah: Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Oleh yang demikian, janganlah kita asyik selisih faham kerana nanti kita susah nak bersatu-padu. Kepada kengkawan yang tak tau, saya juga ingin bagitau iaitu Maulidur Rasul disambut sempena hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari kelahiran Rasulullah SAW ini jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.




Sempena Hari Maulud/Maulid Nabi ini saya buat cheese cake. Kebetulan pula hari ni saya nak balik Seremban. Boleh jadikan cheese cake nih sebagai buah tangan. Cheese cake ni malam semalam lagi dah siap. Almaklum, kek keju yang firm dan sedap perlu disimpan dalam peti sejuk semalaman. Ini bagi mengelakkan cheese cake anda berderai atau tak cukup firm teksturnya.

Maka, pepagi hari Maulud Nabi ni, saya mula memotong se`slice' blueberry cheese cake. Daripada malam tadi asyik teringat-ingat je kecantikan cheese cake yang dot dot rupanya ini. Hmmmm... memang cheezy dan berkrim sungguh. Sesuai untuk citarasa sesapa yang suka cheese cake yang sangat terasa kekejuannya. FYI, resepi ini saya ambil dari dapur Puan Irma yang sangat pandai membuat pelbagai kek yang cantik. Saya kagum dengan Puan Irma ni sebab meskipun dia jual kek tapi dia tetap berkongsi resepi kek-kek yang dijual tu. Menurut Puan Irma, kepada sesiapa yang malas nak buat kek, boleh tempah sahaja daripada dia. 


FYI juga, saya ni kekadang tu memang suka derhaka pada resepi. Sebabnya, kekadang tu saya tak ada bahan atau tak cukup bahan seperti mana bahan yang ada pada resepi asal. Maka,  resepi blueberry cheese cake ni pun jadi mangsa penderhakaan juga. Ini kerana, Puan Irma cakap "pakai soft cheese Philadelphia" dan Puan Irma sambung lagi, "jangan pandai-pandai nak derhaka." Malangnya, saya terpaksa derhaka sebab saya tak ada soft cheese, kat rumah cuma ada cream cheese hehehe.... Nasib baik rasa kek yang saya buat ni tetap awesome. Saya pasti kek Kak Irma lebih awesome lagi. Lain kali saya cari soft cheese ye kak Irma!

Bahan-bahan

2 cawan biskut digestive/marie yang dikisar (saya pakai biskut marie-lebih kurang 38 keping biskut)
2 sudu makan butter

600gm soft cheese (saya guna cream cheese)
3 biji telur
1 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 sk esen vanilla
1/4 sk almond extract
1 1/2 cawan blueberry


Cara-cara

Kisar Biskut. Cairkan mentega (gunalah microwave atau panas atas api). Campur mentega dan biskut. Kepal-kepalkan. Kalau biskut berderai, tambah butter lagi.


Guna 2/3 bungkus je




Alas loyang dengan baking paper/baking parchment. Tekan-tekan biskut dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk.




Putar krim cheese hingga berkrim.



Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan tepung, putar lagi.




Masukkan telur sebiji demi sebiji putar lagi hingga sebati.



Masukkan vanilla dan almond extract. Putar sebentar.



Tuang adunan dalam loyang (yang dah ada biskut tadi).



Ambil blueberry dan tabur di serata kek. Guna jari je dan kalau guna blueberry daripada filling, ambil buahnya sahaja.




Panaskan oven 150-160 darjah. Bakar guna teknik water bath (klik sini untuk teknik yang betul) selama 55 minit.



Setelah 55 minit. Biarkan sejam dua dalam oven yang telah ditutup api. Kemudian biarkan sejuk pada suhu bilik dan masukkan dalam peti sejuk semalaman. Jangan potong kek sebelum kek betul-betul sejuk. Kalau potong juga, jangan hairan kalau kek anda berderai seperti air mata yang berderai dan bercucuran ke lantai.

Nota: Saya guna loyang 10 inci sebab saya nak kek yang besar dan tak tinggi.




Cantik tak kek ni? Nampak tak dot dot nya.

Pepagi buta ni juga saya bangun sebab saya bake `Butter Blueberry dan Butter Strawberry Cheese Cupcakes' (resepi klik sini). Sekian sahaja, saya nak mempacking kek-kek yang best ni! :)


Buat blueberry & Strawberry filling


2 comments:

Unknown said...

wah...nampak sedap and senang.

mesti try nih..

weezana said...

Kalau suka cream cheese, akan suka kek ni... selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...