Friday, December 23, 2011

Step by Step... Butter Wild Blueberry Cheese Cupcakes



Lewat petang semalam saya tetiba jadi sibuk sekejap. Sibuk sebab tetiba nak buat cupcake. Kerajinan secara tiba-tiba ini bukan disebabkan saya rasa nak makan cupcake tapi sebab ada kawan nak datang rumah.

My colleague yang nak datang ni bawah sampul surat yang tertulis `urusan seri paduka baginda' hehehe.. FYI, semua sampul surat rasmi gomen memang bunyi camtu. Sebenarnya dia tolong ambilkan saya borang opsyen SPBA.

Oleh yang demikian, saya rasa nak buatkan dia cupcakes. Tapi cupcakes apa ek? Tengok dalam refrigerator ada sebuku lagi cream cheese. Kebetulan pula ada `wild blueberry filling'. Hah, rezeki my colleague lah nampaknya...

Dipersembahkan kepada kawan ku yang baik hati.. Butter Wild Blueberry Cheese Cupcakes (resepi lebih kurang Butter Cherry Cheesecake).





Bahan-bahan (22 biji menggunakan casing seperti saya)

200 gm butter
250 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sk baking powder 

Wild blueberry filling/jem untuk topping (juga boleh diganti dengan perisa lain)
22 cupcake casings


Cara membuat Cupcakes ini

Pukul butter, krim keju dan gula hingga sebati dan berkrim.


Dah berkrim

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla. Pukul lagi.





Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.


adunan dah sebati

Susun cupcake casings dalam loyang. Sudu atau paipkan adunan ke dalam cupcake casings lebih kurang 2/3 isipadu casings. Jangan isi penuh sebab cupcakes akan naik.



Sudukan atau paipkan pula filling/jem kira-kira 1/4 sk (terpulang kepada kesukaan anda nak lebih sedikit pun takpe). Saya pakai Wild Blueberry Filling.





Panaskan oven 165 darjah. Bakar cupcakes selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Masa mula2 masuk oven

Dah masak. tengok cupcakes dah naik



12 biji untuk my colleague dan 10 biji untuk saya!




9 comments:

nurulhaiza said...

Kak.... Bkn ke kena amik borang tu sendiri??? Sbb nurul tgh MC diaorg suruh nurul pegi amik sendiri, tkleh wakilkan org... :(

weezana said...

sbb akak dah pergi hari tu tapi belum print lagi. jadi tu yg leh amikkan.

Effa Kelly said...

kak wee... effa nak tanya, bawah dia nak letak biskut oreo tak?

weezana said...

Effa, yang ni tak payah letak biskut :)

Effa Kelly said...

ok kak wee tq!

cik ieza said...

Salam...guna api atas bawah ke?

weezana said...

haah guna api atas bawah:)

Huda Lee said...

bakar sampai 45-50 minit ke ??

weezana said...

haah huda, 45-50. saya dah betulkan nombor dalam entry ni. tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...