Friday, December 16, 2011

Perkhidmatan Interaktif di HyppTV

Pernah dengar tentang HyppTV? Mesti ada yang pernah dan ada yang belum pernah kan? Lagi-lagilah kalau anda ni seorang peminat tegar ASTRO, mesti langsung tak pernah dengar tentang perkhidmatan TV yang terbaru di Malaysia ni.


logo HyppTV

Baru tak barupun, pada 6 Mei lalu, HyppTV ada buat party untuk blogger sempena ulang tahun pertama TV Internet tersebut. TV Internet? Ya, betul tu TV Internet. Meskipun saya bukan salah seorang blogger yang berparty di Tamarind Hill tapi takpelah hari ni saya bagi jelah positive review untuk TV ni... :D




HyppTV dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad. TV Internet ni merupakan perkhidmatan TV berdasarkan Internet Protocol TV (IPTV). Perkhidmatan ini menggunakan talian broadband.

Anda boleh melanggan HyppTV dengan melanggan pakej Unifi iaitu TV+Internet+phone. Secara automatik 12 saluran akan diberi percuma iaitu semua FTA channels (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) dan 6 channels lain iaitu Bloomberg TV, Bernama TV, Channel NewsAsia, DW-TV Asia+, Australia Network dan Euronews.

Yang bagusnya, untuk saluran-saluran lain, anda boleh melanggan dengan memilih saluran mana yang anda mahu. Tidak seperti ASTRO yang dipakejkan saluran-salurannya. Contoh: Jika anda nak langgan NickJr, anda perlu tambah RM6 sebulan.



Entry ni sebenarnya saya nak cakap tentang Portal TryMasak yang boleh ditonton menerusi lama interaktif HyppTV. FYI, di rumah saya ni dah 3 bulan langgan Unifi. Jadi kami dah lama buat farewell party untuk ASTRO. Dan semenjak itu, kalau hujan lebat, siaran HyppTV ini tidak tergendala mahupun sebentar...

Semalam sebab tak tau nak buat apa, saya pun cuba-cuba click sini dan click sana. Terjumpa pula dengan Portal TryMasak. Ada banyak resepi...





Bagus juga portal ni. Boleh tonton resepi masakan menerusi video yang disediakan. Selain menerusi HyppTV, portal ini juga boleh diakses menerusi laman sesawang seperti web2 lain juga. Menarik sungguh portal ini.

Berbalik semula tentang TV Internet HyppTV, selain daripada Portal TryMasak, perkhidmatan interaktif HyppTV membolehkan anda main game, tengok YouTube, Tengok Waktu Solat dan Tengok Hihglights Berita. Anda juga boleh akses ke akaun Facebook anda menerusi HyppTV. Hebatkan!


Facebook di HyppTV

p.s. rasa macam nak claim je kat TM sebab buat iklan tak berbayar kat entry ni muahahaha :D

3 comments:

fatimah zahrah hashim said...

bagaimana caranya jika saya hendak menggunakan HYPP TV dengan menggunakan rangkaian internet selain UNIFI??

weezana said...

salam fatimah, sejauh yang saya tahu, perkhidmatan ni adalah pakej. tapi boleh cuba bertanya ke TM.

Amal Jamil said...

Skrg siapa guna Streamyx 8Mbps dan 4Mbps dah boleh subscribe kepada HyppTV.

Tapi kalau nak standalone HyppTV memang x ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...