Saturday, December 24, 2011

Step by Step... Spaghetti Bolognese with Meatballs



Bueno Sera, hari ini kita mulakan entry dengan Italian proverb:

`ciò che si mangia con gusto non fa mai male'
(what you eat with pleasure can never make you feel ill)

Mi scusi, kenapa pulak cakap Italy ni? Parla Italiano? Parla Inglese? Hmmm... Cakap Melayu je lah yek, baru senang kita belajar masak, meskipun kita hari ni nak masak masakan Italy!




Hari ni kita nak masak Spaghetti Bolognese. Yang istimewanya, kita buat dengan bebola daging. Meatballs tu pulak kita buat sendiri. Susah? Tak susahlah, cuma kena rajinkan diri je. Kalau nak senang memanglah, beli je kat kedai. Takpun pergi makan spaghetti kat Secret Recipe atau Pizza Hut.

Walau bagaimanapun, kita kena belajar buat sendiri. Rugi tak cuba sebab resepi ni sedap tau... Jom tengok cara buat Italian Cuisine ni. Kita buat bebola daging dulu ye.


Meatballs (saya buat saiz kecil jadi dapat 35 biji)

Bahan-bahan

400 gm daging kisar
1/2 cawan bread crumbs
1 sk black pepper (kurangkan sedikit kalau tak suka pedas)
3/4 sk garam
1 sk daun basil (saya pakai dried basil)
1 biji telur


Cara membuatnya

Bersihkan daging kisar dan toskan. Masukkan dalam mangkuk. Masukkan bread crumbs.



Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul sebati.





Bentukkan bulat-bulat. Saiz ikut suka anda. Saya buat kecil-kecil sahaja.



Susun atas loyang pembakar.



Panaskan oven 200 darjah dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.





Bebola daging sudah siap. Mari kita siapkan spaghetti dan sosnya.


Untuk Spaghetti

Bahan-bahan

200gm spaghetti
1sk garam
1sk olive oil


Cara memasak

Panaskan 2.5 liter air dalam periuk besar. setelah mendidih masukkan spaghetti. Masukkan garam dan olive oil.





Rebus sehingga lembut dan kemudian tos kan spaghetti. Ketepikan.




Untuk membuat sosnya

Bahan-bahan

Sos pasta Prego traditional 397gm (sebotol)
1 sudu makan olive oil
1 sudu makan mentega
Seulas bawang besar + seulas bawang putih (dicincang - tapi saya kisar)
200gm daging cincang
sebiji lobak merah (dipotong dadu)
1 tin kecil cendawan butang (saya tak letak)
100ml susu segar
1/2 sk oregano
1/2 sk bay leave
3 sudu makan sos tomato

* sedikit keju Parmesan untuk ditabur masa menghidang


Cara memasak

Panaskan olive oil dan mentega dalam periuk.



Masukkan bawang. Kacau sehingga naik bau.



Masukkan daging kisar. Kacau lagi selama 5 minit.



Masukkan lobak merah dan kacau sehingga lobak masak.



Masukkan susu segar. Kacau lagi.



Masukkan sos prego kacau sebati.



Masukkan bay leave, oregano dan sos tomato. Kacau selama 5 minit lagi.



Tutup api. Sos dah siap.



Cara menghidang

Masukkan spaghetti dalam pinggan/mangkuk. Tuang sos di atas spaghetti tersebut. Tabur sedikit keju Parmesan. Dan letakkan beberapa bebola daging. Dah sedia untuk dinikmati.

Andiamo a mangiare!



No comments: