Thursday, December 8, 2011

Step by Step... Fruit Salad with Cool Whip



Kalau anda rasa super malas tetapi nak makan dessert. Dan super malas nak start enjin kereta untuk keluar beli dessert, jawapannya adalah anda kena buat sendiri lah dessert tu. Kecuali kalau anda boleh lupakan hasrat dengan pergi tido atau main facebook.



Resepi hari ni sesuai untuk penggemar dessert yang tengah super malas. Walau bagaimanapun, dalam peti sejuk anda perlulah ada sekurang-kurangnya sejenis buah (lebih baik kalau berjenis-jenis) dan ada stok krim. Krim yang dimaksudkan adalah whipping cream atau thickened cream atau yogurtpun boleh.

Simple dan mudah. Step by Step... bermula di sini...

Bahan-bahan

1 kotak whipping cream/thickened cream/yogurt
(yang mana ada atau anda suka - saya pakai thickened cream sbb tu yg ada stok).

Apa-apa sahaja buah-buahan yang anda suka. Saya guna:

1 biji epal hijau
1 tin kiub nenas Ayam Brand
8 slices buah peach (juga dari dalam tin)
2 biji jambu air (barulah tak western!)
1 biji pisang kaki (persimmon)

whipped cream (dalam tin) untuk topping (jika suka- tak letakpun takpe)


Cara Penyediaan

Potong kecil-kecil buah-buahan tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk besar.



Masukkan whipping/thickened cream ke dalam mangkuk dan gaul rata.




Masukkan sedikit kiub ais (dalam 8 ketul) untuk kesan sejuk yang lebih. Tuang ke dalam mangkuk kecil atau cawan.



Paipkan whipped cream (optional kalau suka)



Dah siap pun. Walau bagaimanapun, kalau anda super-duper malas (malas nak potong buah), anda tidak akan berjaya menyediakan dessert ini. Sekian. :D


sejuk berkrim

p/s: Mr. Hubby kata, "kenapa ada rasa kaki dalam ni?"
       Hurmmmm, rupa2nya dia tak suka buah pisang kaki tu hehehehe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...