Sunday, December 11, 2011

Step by Step... Asam Pedas Ayam (ala Johor)





Assalamualaikum..

Memandangkan hari ni hari Ahad, kita masak lebih sikit. Oleh kerana hari tu dah terbeli daun kesum, kenalah masak asam pedas. Kalau sebut daun kesum je, terus ingat asam pedas. Tak tau lah saya, masakan apa lagi yang pakai daun kesum. Kalau saya ada masa nanti saya google ok.

Kengkawan yang orang Johor dan orang Melaka mesti terer masak asam pedas ni. bak kata orang, leh masak sambil tutup mata gitu hehehe. Tapi saya nak buat jugak entry ni untuk bagi peluang kat kengkawan Sabah dan Sarawak belajar masak asam pedas (terer kan saya cari excuse?).

Nak bagi background tentang asam pedas, asal-usul dan sejarahnya, saya tak taulah pulak. Kena melawat kat muzium Johor atau perpustakaan kot untuk tau pasal asam pedas ni. Yang saya tahu, masakan ni memanglah sangat popular dan menambat hati jutaan penduduk di selatan tanah air.




Kalau tanya pemuda2 Johor yang ganteng2, apakah masakan yang paling mereka suka, nescaya ramai antara mereka yang akan sebut: Asam Pedas. Disclaimer lagi: Kecuali kalau pemuda yang ganteng itu sudah lupa asal usulnya. Maka jawapan mereka berbunyi begini: "Saya suka makan Chicken Chop" wakaka.... :D


Bahan-bahan

600 gm ayam (lebih kurang 1/2 ekor ayam saiz sederhana)
8 tangkai cili kering saiz besar (dibuang biji, direndam dengan air panas dan ditos)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci belacan
2 batang serai (yang kecik je) dititik
segenggam daun kesum (dengan batang sekali, tapi akar dia sila buang)
air asam jawa (saya pakai asam jawa ADABI, letak 2 -3 sudu kecil)
3 cawan air
1 sk lada hitam (kalau nak lebih pedas)
* sekuntum bunga kantan (tapi saya tak letak)


Cara penyediaan

Ayam dicuci dan dipotong kecil (potong 8 atau 16)




Sila kisar (bahasa omputihnya blender) bahan-bahan yang berwarna merah. Kemudian panaskan minyak dalam periuk.




Masukkan bahan-bahan kisar dan serai ke dalam periuk setelah minyak panas. Tumis sehingga bau wangi dan bahan-bahan tersebut masak.




Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan 3 cawan air dan daun kesum. Kacau sebati. Tambah lada hitam jika suka pedas.




Masukkan asam jawa. Kacau lagi dan biar sehingga kuah pekat sedikit dan sehingga ayam masak.






Sudah siap masakan hari ini.




Asam pedas ayam ini akan saya makan dengan puyuh goreng berempah. Puyuh tu ready-made rempahnya, saya balik tinggal goreng je. Step by Stepnya begini... Hidupkan enjin, pandu ke pasar tani, cari gerai jual puyuh berempah, tanya berapa harga... wakaka... cukuplah mengarut...

Selamat mencuba!

No comments: