Thursday, December 8, 2011

Step by Step... Scottish Shortbreads (Classic, Chocolate Dipped & Lovely Heart)



Hari ini saya nak ke Scotland dan makan biskut klasik Scottish iaitu Shortbread. Oleh kerana nak ke Scotland melibatkan perbelanjaan yang besar, saya ambil keputusan untuk buat sendiri la biskut Scottish nih.

Biskut ni mempunyai sejarah yang sungguh panjang iaitu sejak dari kurun ke-12. Shortbread bukan sahaja klasik tetapi dihidangkan pada perayaan tertentu saja seperti Krismas, Hogmanay (Scottish New Year's Eve) dan majlis perkahwinan.


Classic Shortbreads


Shortbread yang klasik ni ada 3 jenis bentuk dan saya buat bentuk jejari. Saya buat pendek-pendek sedikit, sebab mudah dimakan dan tak membazir. Biskut ini rapuh dan sedap rasanya.

Saya buat shortbread ni tak ada kena mengena dengan apa-apa perayaan. Sesaja je nak makan cookies.





Mari kita mulakan Step by Step... Scottish Shortbread...


Bahan-bahan (kalau guna dalam ounces lagi tepat)

7oz (200gm) tepung gandum
4oz  (110 gm) gula kastor
2oz (60 gm) tepung jagung
6oz (170) mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
1sk esen vanilla


Cara membuatnya

Tepung gandum dan tepung jagung diayak bersama. Ketepikan.



Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan berkrim.




Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga doh jadi sebati.




Ambil adunan dan masukkan ke dalam plastik. Biarkan selama 20 minit.




Sediakan tempat mencanai. Dan canai doh (ambil sebahagian) sehingga ketebalan 0.5 cm (kalau suka tebal, boleh buat tebal lagi).



Potong guna pisau 6 inci X 1 inci (saiz shortbread). Saya suka yang lebih comel jadi saya potong  separuh iaitu 3 inci X 1 inci.





Susun dalam loyang yang telah digris.




Tekan garfu pada permukaan setiap shortbread untuk menghasilkan corak seperti gambar di bawah:





Bakar shortbread pada suhu 160 darjah selama 30 minit atau sehingga warnanya perang muda.




Sekiranya mahu mencelupkan coklat. Cuma perlu double boilkan coklat masakan dan celuplah sebahagian shortbread tersebut.


Chocolate Dipped Shortbreads


Shortbreads dah siap. Sempena Krismas Party di Hogwarts, saya pun hidanglah biskut ni. Jadi Hasya dapat menikmati shortbreads dengan Harry Potter dan Hermione.


Hasya, Harry & Hermione (3H)



Lebihan sedikit doh, saya buat version `Dalam Hati Ada Taman'. Shortbread bentuk hati ni sesuai dinamakan Lovely Heart Shortbread.

Lovely Heart Shortbread sebelum dihias


Lovely Heart Shortbread telah ditambah nilai

Jimat sungguh belanja kerana saya tak perlu ke Scotland untuk makan sekut ni.

No comments: