Wednesday, December 14, 2011

Step by Step.. Pulut Kuning & Rendang Ayam (versi cepat & mudah)



Pulut oh Pulut. Lamanya tak makan pulut kuning. Last makan pulut kuning rasanya masa bercuti di Kuching. Mak mertua buat special (atas permintaan saya).

Masa Hari Raya Aidiladha hari tu, My Mom kan buat ketupat palas. Sebab daun tak cukup, jadi ada lebih 5 cups beras pulut. My mom kata, daun palas kat KL ni tak sama macam kat Kedah. Daun tak berkualiti.

Sebab ada beras pulut lebih kat dapur, jadi rasa cam nak buat pulut kuning. Tapi 5 cawan beras pulut tu banyak, jadi kena buat separuh jelah. Kang membazir pulak. Kat umah ni ada 3 orang je tukang makan (termasuk saya). Tupun, kalau sorang tak makan (sebab merajuk atau tak sedap), dah tinggal 2 orang je untuk perabih makanan.



Oleh sebab-musabab yang demikian, saya buat 2 cups je la. Lebih tu nanti kita buat lain hari dan mungkin lain resepi.

Mari kita mula masak. Ini resepi mudah dan ekspress. Resepi pulut, saya adaptasi daripada resepi as75 di MyResipi. Terima kasih as75 kerana memang mudah resepi ni.




Step by Step... bermula di sini:


Bahan-bahan untuk pulut kuning (4-6 orang)

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas (santan pekat tu saya pakai yang dalam kotak, 200ml)
1 sk garam
1 helai daun pandan
1 sudu makan minyak masak
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih.



Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik anda.






Tekan butang periuk nasi macam masak nasi biasa.



Setelah mendidih. Gaul pulut supaya tidak berkerak. Kemudian tutup semula periuk dan biarkan hingga masak.




sudah masak

Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam/daging, kurma dan sambal ikan bilis.

Sekarang kita buat rendang ayam pulak. Resepi ni mak saya ajar dan agak mudahlah juga. Saya ada ganti 2-3 bahan supaya jadi lebih mudah. Meskipun mudah tetapi rendang ini memang sedap. Tak caya, leh tanya Mr. Hubby hehehe...




Bahan-bahan (Rendang ayam)

400 gm ayam (dipotong, dibersihkan)




10 tangkai cili kering (dibuang biji, direndam air panas dan ditos)
3 batang serai
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 asam keping (yang kecik je)
1 cawan air
100ml santan (guna yang dalam kotak je, jadik 1/2 kotak)
1 paket kerisik
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar bahan-bahan berwarna merah.




Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan-bahan kisar sehingga masak dan berbau wangi.



Masukkan ayam, gaul seketika.





Masukkan santan dan air. Gaul lagi. Masukkan asam keping. Kacau sehingga ayam masak.






Masukkan kerisik, garam dan gula. Kacau sehingga kering sedikit.




Nota: Rendang ayam saya warna merah sangat sebab lada kering ni jenis yang merah tak hingat!

Dah siap. Mari makan rendang ayam dengan pulut kuning.



1 comment:

umiza said...

Ta sharing. Halal yea