Ini adalah entry saya yang ke-100...
Lebih setahun membloging, baru capai entry ke-100. Kesimpulannya: Lambat, lembap dan lemah hahahaha...
Sempena entry ke-100 ni saya tulis sajak je lah... enjoy....
Aku & Blogku
Aku ingin membloging seperti orang lain
Kerana aku ingin menulis
Aku ingin membloging seperti orang lain
Kerana aku ingin menyampai
Aku ingin membloging seperti orang lain
Kerana aku ingin berkongsi
Aku mula menulis blog ini
Kerana aku ingin mencatat
Perkara-perkara yang ingin aku ingati
Pada sepanjang perjalanan yang telah kutinggalkan
Pada sepanjang perjalanan yang sedang aku tempuhi
Pada sepanjang perjalanan yang akan aku lalui
Lihat kisah Julie dan Julia
Hanya dengan periuk belanga
Julie jadi ternama
Jadi blogger yang berjaya
Namun, bukan itu yang kumahu
Blogku bukan untuk nama, bukan untuk sesuatu
Cuma kerana....
Aku ingin membloging seperti orang lain
Dan aku akan terus membloging seperti orang lain
Meskipun dalam kesibukan yang tidak menentu hala
Kerana perjalanan ku ini sangat jauh
Meski kebosanan dan keletihan itu sering mengganggu
Namun aku harus tabah
Dan terus membloging seperti orang lain
Kerana aku punya cita-cita
Untuk menjadi seseorang
Yang aku impikan....
Dec 14, 2011 sempena entry ke-100 blog Life is Colorful
4 comments:
tahniah....janji ikhlas membloging...
terima kasih mas...
Keep it up kak! (;
Terima kasih Nurul.
Post a Comment