Saturday, May 18, 2013

Hazelnut Chocolate Cheese Cupcakes untuk Hari Guru..

Sejak-menjak ada anak bersekolah ni, makanya tiap-tiap tahunlah saya kena menyiapkan hadiah + makanan untuk sambutan Hari Guru di sekolah. Eh bukan makanan katering tapi pot luck untuk Hasya berparty dengan rakan-rakan sekolahnya. Jadi, tiap-tiap tahun juga kena fikirkan menu pot luck yang hebat supaya hati Hasya, hati rakan-rakan Hasya dan hati Cikgu Hasya gembira. Hmmm... hebatlah sangatkan....

Maka, untuk menghasilkan menu yang hebat, terpaksa saya merajikan minda. Fikir-fikir nak masak apa ye? Cuba jadi kreatif dan belek-belek blog resepi. Akhirnya, minda saya berjaya membentuk sebuah resepi yang awesome... Jeng3x, jom buat `Hazelnut Chocolate Cheese Cupcakes!'




Kek cawan ni bukan sahaja cantik (penat fikir camner nak mencantikkannya), malah sedap dimakan. Rasa coklat yang mewah dan ditambah pula dengan rasa krim keju. 




Sedap, manis dan berkrim.. Kacang hazel yang ditabur atas kek pula memberikan kesan kemewahan berganda. Bahaya-bahaya.. kalori tinggi hehehe....





Bahan-bahan (saya dapat 19 cupcakes kecil)

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum (saya guna tepung kek/superfine)
1 sudu kecil baking powder             


Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boil. Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Tutup api. Ketepikan.




Dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Saya pukul pakai spatula je.




Masukkan coklat cair tadi dalam mangkuk telur. Kacau sebati lagi. Panaskan oven 170 darjah.




Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.






Saya sudukan adunan dalam bekas comel untuk cupcakes. Saya letak 1/3 isipadu bekas. Susun atas loyang pembakar. 




Bakar sehingga masak tapi jangan terover baked. Saya bakar cuma 14 minit. Kena agak-agak kerana bergantung kepada saiz cup. Dah siap. Ketepikan ye.





Untuk topping krim keju pula:

Bahan-bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

dan kacang hazel (hancur kasar) + coklat cair (boleh cairkan coklat masakan atau guna coklat cair Hershey) untuk topping atas krim keju


Cara Penyediaan

Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen. Putar lagi sehingga sebati. Dan adunan cream dah siap.




Sudukan krim keju dalam cup choc cakes tadi. 




Pastu saya hiaskan dengan taburan hazelnut dan paipkan sedikit coklat cair.





Panaskan oven 170 darjah dan bakar selama 5 minit. Dah siap.. Jom try sebijik....





Packing untuk dibawa ke tadika.



Siap dalam bekas


Hasya teruja nak berparty.




Dan katanya cupcakes abis diserbu peminat.

Sekian. 

Thursday, May 16, 2013

5S lagi. Kali ini di Legend Resort Cherating...

Nampaknya rajin juga saya menulis tentang Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). Mana taknya, amalan 5S ini merupakan amalan yang berterusan. Justeru, sekali-sekala tu haruslah diadakan bengkel atau seminar untuk memastikan amalan ini terus subur di Jabatan. Untuk jadikan 5S ni satu budaya, maka kali ini nak cerita tentang Bengkel Pembudayaan 5S di Cherating, Pahang. 


Legend Resort Cherating

Edmund di hadapan resort


Mula-mula nak kongsi foto-foto pantai Cherating. Ni betul-betul di Belakang Legend Resort.




Ketam buat corak


Pemandangan hotel dari pantai

Cantikkan?  Tapi pantai ni tak ada sangat orang mandi sebab ombak besar dan obor-obornya yang aneh. Dan mungkin juga obor-obor dan ombak besar ni terlalu independent hehehe. Baca papan tanda ni...




Resort ini juga ada kolam renang yang cantik dan luas. 






Dan bilik yang luas dengan pemandangan di balkoni yang mendamaikan jiwa.







Makanya, atas faktor persekitaran resort yang indah di mata, kenalah saya memberi tumpuan sepenuhnya dalam bengkel pembudayaan 5S ni.





Encik Anuar dari MPC


Selama 2 hari 2 malam berbengkel, perjalanan pulang pula tidaklah lengkap sekiranya tidak disusuli dengan buah tangan pantai timur yang popular seperti keropok lekor. 





Yang bestnya, boleh makan keropok lekor panas-panas atas bas. 




Akhir kata, terima kasih pada urusetia yang bertungkus-lumus menggembirakan kami semua. Semoga RTM dapat memperbaharui sijil 5S untuk tahun yang kedua :)

Sekian.

Saturday, May 11, 2013

Egg in a Basket... Breakfast yang Mudah!

Lama juga saya tidak menulis. Sekali lagi faktor yang paling mempengaruhi sepinya blog ini disebabkan oleh kesibukan PRU-13. Meskipun begitu, kesibukan sebenarnya bukanlah satu halangan untuk saya memasak, menikmati makanan yang lazat serta menulis di blog ini. Hari-hari tanpa entry adalah kerana saya berasa takut... Saya takut sekiranya penulisan saya boleh menyinggung perasaan mana-mana pembaca. 

Yelah kan, dalam ada pihak meraikan kemenangan, ada pihak pula yang sedang kesedihan. Kecewa, rasa tertipu dan perasaan-perasaaan yang melankolik. Justeru, tidaklah saya mahu menambah luka sahabat-sahabat saya, pengikut blog serta pengunjung-pengunjung Life is Colorful ini, meskipun saya ada banyak cerita untuk dikongsikan. Saya ambil keputusan untuk berdiam sehingga keadaan sedikit reda. Politik sebenarnya telah menjadi makan, minum, tidur, kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Hari ini Sabtu, sudah hari ke-7 kita berada dalam pemerintahan berterusan Barisan Nasional. Berkemungkinan masih ramai yang belum move on, tapi marilah kita sama-sama lupakan dahulu sebarang perbezaan kerana penyatuan antara rakyat adalah penting untuk keharmonian serta pembangunan tanah air. 




Justeru, hari ini saya nak kongsi resepi sarapan pagi yang mudah sangat. Resepi Western ni namanya `Egg in a Basket'. Simple, mudah dan sedap. Cuba buat dan hidangkan, lepas tu tengok ekpresi muka suami, anak atau sesiapapun jua yang anda jamu. Mereka pasti suka. kecuali kalau mereka itu tidak suka makan telur atau alergik telur.





Bahan-bahan

Sekeping roti
sebiji telur
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
mentega secukupnya

kalau suka tambah parutan keju Parmesan

Cara-cara

Lubangkan tengah-tengah roti dengan apa jua bentuk yang anda suka. Boleh guna cutter, pisau, gelas atau apa-apa acuan yang anda ada. Saya lubangkan bentuk bulat guna acuan donut hehehe...




Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti.




Panaskan kuali (non stick) dan kemudian letak roti atas kuali panas sehingga agak perang.




Terbalikkan roti. Masukkan 1/2sk mentega di tengah-tengah lubang roti dan pecahkan telur. 




Taburkan garam, lada hitam dan keju Parmesan atas telur. Biarkan sehingga telur agak masak.




Oleh kerana saya tak suka makan telur yang tak berapa nak masak sangat, jadi saya terbalikkan roti sekali lagi. Tada, inilah hasilnya.




Sarapan yang membuatkan anda tersenyum. Selamat menjamu selera!




Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...