Ramai juga kawan-kawan yang bertanya dengan saya soalan tentang bahan-bahan masakan yang saya guna. Terutamanya bahan-bahan membuat kek. Contoh soalan:
1. Di mana nak beli cream cheese?
2. Cream cheese jenama apa? Bagaimana rupanya? Kenapa tak jumpa di Pasaraya?
3. Apakah strawberry emulco?
4. Mana nak beli tepung Hong Kong?
5. Kenapa tak jumpa pun biskut Tiramisu?
dan sebagainya.....
FYI, anda boleh beli bahan-bahan membuat kek di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan bakery. Di kedai-kedai ini, pelbagai bahan yang aneh dijual. Bahan-bahan yang tidak dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti tepung Hong Kong atau tepung Redrose ada dijual di kedai-kedai sebegini.
Tambahan pula, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah. Contoh: Saya beli sepeket yis Mauripan di Giant 90 sen tapi di Bake with Yen cuma 50 sen. Itu belum lagi harga cream cheese yang sangatlah mahal jika dibeli di Giant. Itupun, stok di Giant kejap ada dan kejap takde.
Kedai-kedai yang saya suka sangat sebab awesome..
1. Bake with Yen
- Ada banyak cawangan. Sila google untuk mengenalpasti cawangan terdekat. Favorite saya cawangan di Bandar Puteri, Puchong. Boleh dapatkan apa-apa sahaja bahan-bahan untuk buat kek dan roti. Harga sangat berpatutan.
2. Bagus
- Kedai ni ada 7 cawangan di seluruh negara: Shah Alam, Melawati, Kajang, Kuching, Permata, Klang dan Kota Damansara. Ini pesaing Bake with Yen. Jadi, kalau nak jamu mata dan dah bosan dengan Bake with yen, saya akan pergi ke Bagus. Cawangan favorite di Shah Alam.
56-58, Jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel:03-5511 0688 Fax:03-5511 0689
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel:03-5511 0688 Fax:03-5511 0689
3. International Centre of Cake Artistry Sdn Bhd (Wisma ICCA)
- Kalau korang suka jenama Wilton, kedai yang supply jenama ni adalah International Centre of Cake Artistry Sdn Bhd (Wisma ICCA). Jenama Wilton memang popular kat US. Oleh kerana di ICCA ni banyak produk Wilton, saya rasa macam berada di Hobby Lobby (kat US selalu pergi Hobby Lobby ngan Nora Ali).
Wisma ICCA,
1, Jalan PJU 5/15,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
1, Jalan PJU 5/15,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Dalam Wisma ICCA |
Anda juga boleh google kedai-kedai lain. Ada banyak lagi kedai-kedai lain seperti Yummie dan Makcik. Semoga info ini dapat membantu anda!