Kalau kita tengok resepi2 masakan, kebanyakkannya akan guna sukatan metric (gram/liter/litre) dan ada juga yang guna cawan atau sudu.
Bukan semua orang tahu maksud cawan atau sudu tu. Lagi-lagilah kalau rumah tak ada oven dan belum pernah cuba buat kek.
Memandangkan cawan dan sudu di rumah kita berlainan daripada rumah orang lain (bukan semua rumah pakai cawan Royal Albert terutamanya rumah saya yang takde cawan mahal ni), maka sukatan cawan dan sudu sebenarnya adalah standard.
Maksudnya, anda tak boleh menyukat bahan-bahan masakan menggunakan cawan atau sudu yang ada di rumah anda. Meskipun, cawan atau sudu di rumah anda memang amat mahal daripada jenama-jenama terkenal seperti Royal Doulton, Noritake atau Mikasa.
Ini adalah kerana anda perlu mendapatkan cawan dan sudu yang dikhususkan untuk menyukat. Alat-alat ini boleh dibeli di pasaraya-pasaraya besar ataupun di kedai menjual bahan-bahan kek.
Penyukat untuk cawan |
Sudu sukatan |
Kalau guna cawan pyrex ni ada 2 jenis sukatan iaitu cup (cawan) dan mililiter untuk sukat cecair.
Ini untuk metric - mililiter |
Ini untuk sukatan cawan |
Untuk timbangan pula, anda kena beli penimbang. Penimbang yang digital lebih tepat, tapi saya guna penimbang analog yang comel dan amat biasa. saya sangat suka dengan alat timbang ini kerana ada 2 jenis timbangan iaitu gram dan ounces (auns).
Ada juga periuk yang di dalamnya ada sukatan. Contohnya seperti periuk ini:
Dan tip-tip yang lain:
TIMBANGAN BERAT
600 gm = 1 kati
300 gm = 8 tahil
150 gm = 4 tahil
450 gm = 1 paun
25 gm = 1 auns
UKURAN PANJANG
2.5 cm = 1 inci
5.0 cm = 2 inci
25.0 = 10 inci
600 gm = 1 kati
300 gm = 8 tahil
150 gm = 4 tahil
450 gm = 1 paun
25 gm = 1 auns
UKURAN PANJANG
2.5 cm = 1 inci
5.0 cm = 2 inci
25.0 = 10 inci
ISIPADU
1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar = 15 ml
1 sudu teh = 5 ml
1 liter = 41/2 cawan
250 ml = 1/2 pain
1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar = 15 ml
1 sudu teh = 5 ml
1 liter = 41/2 cawan
250 ml = 1/2 pain
SUHU KETUHAR
Amat panas = 230 - 240 darjah C
Amat panas = 230 - 240 darjah C
Panas = 200 - 220 darjah C
= 400 - 425 darjah F
Sederhana = 180 - 190 darjah C
= 350 - 375 darjah F
Perlahan = 150 - 170 darjah C
= 300 - 325 darjah F
C = celcius
F = Fahrenheit
Semoga info ini dapat membantu anda.