Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

Nasi Kabsah Kambing.. (guna Rempah Kabsah Chef Ammar)



Assalamualaikum...

Hari tu kan masa pergi Pasaraya Giant, mata saya tertarik dengan susunan botol-botol rempah. Yelah sebelum ni tak pernah nampak pun botol-botol rempah macam tu. Maka, saya pun mulalah membelek botol-botol rempah tersebut. Rupa-rupanya, inilah rempah Chef Ammar.



Kenal ke tak kenal?

Ok kalau tak kenal, saya kenalkan sedikit. Sapa-sapa yang rajin tengok Al-Hijrah, pasti kenal dengan Chef Ammar ni. Sebab ada program masakan Arab/Mediterranean yang bertajuk, "Masak dari Hati, Masak dengan Iman'.

Saya ada tertengok juga program ni. Tapi, bila dengar Chef Ammar ni sebut bahan-bahan yang digunakan, kepala saya jadi pening. Yelah, kat mana pulak saya nak cari bahan-bahan yang complicated dan berbunyi Arab tersebut. Maka selalunya, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Dalam hati pula, berangan-angan nak buat pelbagai resepi masakan Arab yang nampak awesome sungguh!

Justeru, apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pelbagai botol rempah Chef Ammar, apa lagi yang perlu ditunggu?!

Selepas membelek-belek dan membulatkan hati (tak tahu nak pilih yang mana satu!), akhirnya sebotol rempah Kabsah Chef Ammar saya ambil dari rak. Bayar dan bawa balik. Jeng.. Jeng.. Jeng...



Bahan-bahan

500gm beras basmathi
700gm daging kambing
3 1/2 sb rempah kabsah Chef Ammar 
(rempah ni ada lebih banyak, boleh repeat banyak kali)
1/4 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2sb tomato paste
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
2sb minyak sapi 
2 cwn air


Cara-cara

Masak nasi dalam periuk nasi (macam masak nasi biasa ler...)

Dadukan bawang besar dan bawang putih (saya kisar sebab tak suka bawang cincang hehehe). Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, tumis bawang sehingga naik bau. 



Masukkan rempah kabsah, gaul sebati sehingga naik bau.



Masukkan daging, kacau dua minit. Masukkan air, kacau sebati dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging masak (empuk). 




Masukkan tomato pes, kacau seketika. 




Masukkan garam secukup rasa (biar masin sedikit sbb nanti nak gaul dengan nasi) dan biarkan kuah menjadi pekat dan agak kering.

Dah nak kering

Just nice lerr ni


Nasi yang dah masak tadi, titik-titik sedikit pewarna kuning. Gaul sebati pula dengan minyak sapi.



Lepas tu masukkan nasi dalam periuk kambing. Letak daun ketumbar yang telah dihiris dan gaul sebati.



Dah siap


FYI, selain daripada rempah kabsah, Chef Ammar juga ada keluarkan rempah-rempah lain seperti Mandy, Bukhari, Briyani dan Bukhara. Ada juga pilihan rempah, yang dijual bersekali dengan beras basmathi. 

Nasi Kabsah Kambing :)


Selamat mencuba! Masak dari Hati... Masak dengan Iman... <3

Sekian.  

Wednesday, December 12, 2012

Nasi Goreng Udang Galah



Saya ada terbeli beberapa ekor udang galah. Masa beli tu saya asyik teringat nak buat mee udang. Terbayang betapa bestnya kalau dapat buat mee udang guna udang galah. Malangnya, kemalasan terus menjadi penyakit utama diri saya. Malas nak buat itu, malas nak buat ini. Si kecik Khayra tu pun semakin pandai merengek-rengek. Asyik nak minta didukung. Oleh kerana tak tau bila nak buat mee udang, saya buat Nasi Goreng Udang Galah je la dulu ye. Saya tak guna banyak udang, guna 3 ekor je hehehehe....



Bahan-bahan (2 orang)

5 tangkai cili kering (buang biji, rendam air panas, tos dan kisar)
2 ulas bawang merah -kisar
2 ulas bawang putih - kisar
secubit belacan - kisar
2-3 cawan nasi putih
3 ekor udang galah (kalau nak letak 6 ekor pun takpe) - bersihkan
sebiji telur
1 sb kicap manis
garam secukup rasa

Nota: Boleh letak sayur seperti sawi atau kangkung, kalau suka. 

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jangan banyak sangat minyak, nanti nasi goreng anda berminyak2). Tumis bahan-bahan kisar sehingga kering dan naik bau. Masukkan udang galah dan goreng seketika sehingga udang masak.



Masukkan telur. Kacau di dalam kuali sehingga telur masak.



Masukkan nasi dan kicap.


Masukkan garam secukup rasa. Kalau letak sayur, boleh masukkan di sini. Goreng sebati. 


Tutup api. Boleh dihidang. Makan dengan senyuman. 


  

Tuesday, July 31, 2012

Nasi Ayam Penyet & Lime Assam Boi Mocktails... Catatan Ramadhan 2012



Ramadhan ke-9 Ahad lalu, saya masak special sikit untuk berbuka puasa. Atas permintaan Mr. Hubby, saya masak Nasi Ayam Penyet. Ini adalah kali kedua saya masak Nasi Ayam Penyet. Mr. Hubby dengan hasya memang suka nasi ni.



Ayam berempahnya pun memang sedap. Sambalnya pun cukup rasa. Kali ini juga saya tak buat ayam quarter tapi goreng ayam yang bahagiannya lebih kecil. Saya juga buat separuh adunan untuk sambal nasi ni.Untuk resepi lengkap boleh ke link ini.



Selain daripada Nasi Ayam Penyet, saya juga buat mocktails. Kali ini Lime Assam Boi Mocktails.



Minuman yang sungguh lazat dan segar ni adalah gabungan Sprite + Perahan limau nipis + Asam boi. Boleh cuba sebab memang sedap.



weekend, sempatlah nak masak yang rumit-rumit. Weekdays tak larat. Selamat berpuasa dan membuka puasa!


Monday, July 2, 2012

Apabila Timur Bertemu Barat.. One-Pan Chicken dgn Nasi atau Pasta!

Kali ini saya tambah hati ayam & sedikit Chicken seasoning


One-pan Chicken memang sangat sedap. Menyediakannya mudah dan rasanya sungguh menawan selera. Oleh kerana masakan ini digemari oleh seisi rumah saya, maka selalulah ada permintaan untuk memasak masakan ini.

Oleh kerana kekerapan penyediaan One-pan Chicken, di sini saya ingin kongsikan alternatif penyajian masakan ini. Pilihannya adalah Timur dan Barat. Sama ada anda ingin jadikan One-pan Chicken ini sebagai lauk-pauk kepada nasi atau sebagai sides untuk hidangan ala Barat.


One-pan Chicken menjadi lauk yang lazat jika dimakan dengan nasi. Tidak terasa janggal pun untuk makan dengan gembiranya.




Manakala, anda juga boleh jadikan one-pan Chicken sebagai sides untuk hidangan spaghetti. Antara spaghetti yang amat sesuai dimakan dengan One-pan Chicken ialah Aglio Olio.



 
Untuk resepi One-pan Chicken, sila ke link ini.

Selamat menjamu selera. Ilmu memasak adalah sesuatu yang istimewa kerana anda akan dapat rasa makanan yang berbeza dengan mengubah hanya satu bahan. 

Monday, February 20, 2012

Step by Step.. Nasi Briyani Kambing



Hari tu kan saya dah kongsi cara nak masak Nasi Briyani Ayam (klik sini untuk Briyani Ayam) . Kali ni, mari kita buat Nasi Briyani Kambing pula. Sedap tau Nasi Briyani Kambing. Tapi, kalau anda tak suka makan kambing, maka anda akan rasa tak sedaplah nasi briyani ni.

Masa kat US, selalu juga saya beli dan masak daging kambing. Sebabnya, daging kambing halal lebih senang didapati daripada daging lembu halal. Daging kambing halal dari Australia ada dijual di Sam's Club.



Kat KL ni pun tak susah nak cari daging kambing. Saya beli kat Giant je. Ada jual kat tempat daging-daging frozen. Kalau tak silap, datang dari Australia juga ni. Harganya pun biasa-biasa je. Lebih kurang harga ayam juga. Dagingnya pun lembut. Jom kita mulakan. Kali ni masak 2 cawan nasi je sebab untuk makan anak-beranak je. Inipun banyak portionnya, cukup untuk lunch dan dinner sekali.


Bahan-bahan (untuk 2-4 orang)


Nasi
2 cawan beras basmathi (saya pakai yang super panjang)
1 batang kulit kayu manis (saiz kecil je)
2 sudu makan minyak sapi
1 biji buah pelaga
sekuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
secubit jintan manis
5 biji lada hitam (yang sebiji-sebiji)
1sk garam

Kambing
300-400gm daging kambing (potong kiub besar-besar sikit - saya beli yang dah dipotong dan ada tulang sikit)
 
 
1/3 kotak rempah Shan (sekotak 60gm, pakai le 20gm tapi kalau memang suka super pedas, boleh tambah sedikit lagi)
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 tangkai daun kari
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

1 tangkai daun ketumbar (cilantro)
Pewarna merah dan kuning
 
 
Cara-cara

Basuh beras dan kemudian sukat air seperti nak masak nasi. Letak semua bahan-bahan kecuali minyak sapi je letak 1 sudu makan dulu (1 sudu makan lagi letak kemudian).
 
 
Masak nasi seperti biasa (guna rice cooker). Apabila nasi masak, masukkan 1 sudu makan minyak sapi lagi, gaulkan sebati.
 
 
 
Masak kambing pulak: Kisar bawang besar, bawang putih dan halia (kalau nak cincang pun boleh). Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga berwarna perang dan naik bau. Masukkan rempah Shan, kambing dan air. Biarkan kambing masak dan air kering. Kacau sekali-sekala. Kalau tak berapa masin kena letak garam, tapi selalunya rempah ni memang dah masin.
 
Sebelum kering

Dah kering
 
Setelah kambing masak dan agak kering, tutup api. Potong daun ketumbar kecil-kecil.
 
 
 
Sediakan bekas/loyang sederhana besar yang boleh dibakar dalam oven. Mula-mula letak 1/3 nasi dalam bekas.
 
 
 
Lepas tu letak 1/2 kambing. Tabur 1/2 daun ketumbar dan letak beberapa titik pewarna di sekitar permukaan.
 
 
 
Kemudian, letak 1/3 lagi bahagian nasi. Letak 1/2 lagi ayam dan 1/2 lagi ketumbar (dah abis tau kambing n daun). Letak lagi beberapa titik pewarna.
 

 

Akhir sekali letak 1/3 nasi (bahagian terakhir nasi). Dah abis pun.
 
 
 
Panaskan oven suhu 160-170 darjah. Masukkan bekas tadi selama 20-30 minit. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.
 
 
 
Keluarkan nasi dari oven dan gaul-gaulkan guna senduk supaya sekata dan sebati.
 
 
 
Dah siap. Tambah telur rebus hehehe :)