Tuesday, December 13, 2011

Step by Step... Marble Cheese Brownies



Dalam peti sejuk dah takde dessert. Oleh yang demikian, kenalah tinjau resepi desserts. Nak buat pudingkah? hmmm tak rasa pula nak makan puding. Kek? Idea yang bernas. Tapi asyik buat kek je. Apa kata kita buat sedara kepada kek iaitu brownies.




Menurut Encik wikipedia, brownie (atau coklat brownie) diperkenalkan di United States pada penghujung kurun ke-19. Chocolate Brownie ini menjadi popular pada awal kurun ke-20. Tekstur brownie adalah di antara tektur kek dan biskut. Kecelaruan identiti: Nak kata kek, macam rasa biskut. Nak kata biskut, macam rasa kek (mungkin filem Dr. Rozmey, 2 Alam dapat inspirasi daripada kejadian Brownie!)

Brownie yang saya nak buat ni saya rasa takde kaitan dengan Dr. Rozmey atau filem 2 Alam tu. Saya nak buat Marble Cheese Brownies yang cantik, sedap, cheezy dan mewah dengan rasa coklat. Resepi dari Fotopages Rinn Chan.






Bahan-bahan Brownies :


250gm mentega
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:


1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.






2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.





3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.




4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.






5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies (saya tak guna, jadi memang susah saya nak keluarkan brownies).



6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.




Bahan-bahan lapisan cheese:


250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:


1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.



2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.






*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.




Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya seperti gambar di bawah. Buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.



pipe cam ni dulu sebelum tarik selang-seli


Ini dah siap tarik-tarik

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



NOTA: Masa pukul adunan brownies tu, takyah guna mixer, sbb brownies saya naik terlebih. Patutnya guna tangan je huhuhu.






Walau apa-apapun, brownies saya telah siap dan rasa sedap je. Tapi kalau buat kali kedua, akan lebih baik. Bak kata pepatah omputih: Practise makes perfect.







35 comments:

Just Dila79 said...

terima kasih....saya akan follow blog ni untuk rujukan....resepi MCB saya akan cuba....

http://tong-gas79.blogspot.com/

weezana said...

sama-sama.. terima kasih juga sbb sudi melawat.

Lily said...

wahhhh cam best jer.....nak cuba la...

weezana said...

Cubalah. sedap rasanya. rasa coklatnya pun chocolatey! :)

dapurCikWan said...

thanks tau. brownies ni sangat sedap.. ;)) dan salam kenal drpd CikWan

weezana said...

Salam kenal juga. brownies ni memang sedap.. saya pun nak buat lagi, cuma takde masa. hehehe.. Salam kenal ye CikWan.

RoslizaCheRahim said...

Nak try buat utk open house nnti!:)

weezana said...

Semoga menghasilkan brownies yang comel dan lazat ye Rosliza.. good luck.

RoslizaCheRahim said...

Weezana..tqsm tau. Hasil resepi nie mmg awesome. Simple yet yummy!

weezana said...

Sama2 Rosliza. Dah lama saya tak buat brownies ni... rindu pulak tiba2.. haha

nurul.kamarul said...

Salam kak..

Bp & sb tue ape ye kak? (;
Sy suka sgt bc blog akak.
Step by step mmg membantu sy..
Terima kasih kak..

weezana said...

salam Nurul,

Terima kasih sudi baca blog ni. BP tu baking powder dan SB tu soda bicarbonate. :)

Maria Alkiftiah said...

salam kak..
baru terjumpa blog akak.teruja sangat sbb akak wat step by step. Sgt2 membantu saya.sy dah cuber marble cheese brownies akak. memang sedap.sy link akk dekat blog saya k. sudi2 jengah blog saya kak. tq =)
http://mariyaalicious.blogspot.com

weezana said...

salam Maria, terima kasih sebab sudi baca blog ni. akak dah melawat blog maria, rajin2 tulis ye, boleh kita kongsi2 resepi.

~AtiQaH~ said...

akak... x sabarnye nak buat resepi2 akk wt ni... nampk sdap sume..
jom follow blog sy... sy pn ske nak tlis psal mkanan ni... http://eqataurusgurl91.blogspot.com/

weezana said...

terima kasih, nanti akak melawat blog AtiQah.

syazana akma ahmad fadzli said...

Agak2 klu serbuk koko gantikan dgn milo bole x ye ?

weezana said...

mungkin boleh kot. ntahlah, saya tak pernah cuba. :)

Embok Bert said...

Dh try wat...mmng sdp...

weezana said...

Embok bert, tq sbb sudi cuba.

Norazua Dahlan said...

Salam wan..selamat hari raya..dah try resepi ni mmg sedap..mohon share boleh.

weezana said...

Wassalam Zua.. Selamat hari raya to you too.. Takkan tak boleh. Mestilah boleh:) miss u so much!

Norazua Dahlan said...

wan...thanks..miss u so much jugak larrr

weezana said...

Ya zua.. <3

Diyana Naqiuddin said...

TriMe kasih sbb provide step by step cara utk buat kek ni.

weezana said...

Diyana.. sama2..

nazma abyana said...

Mohon amik resepinya kak..😍

weezana said...

Boleh nazma:)

ummi.milk.in said...

sis,
menarik & npk sedap..thanks ye..
insyaAllah will share the result lps try resepi ni..
feel free to visit my blog for lactation recipe..
http://ummimilkin.blogspot.my/

Maizura Mat Desa said...

Share ya

weezana said...

Maizura, boleh... :)

Unknown said...

Klu nak ganti susu cair tu dgn susu kotak full cream boleh x? Sukatannya sama?

weezana said...

Boleh. Sukatan sama.

Mordiah Bujang said...

Terimakaseh atas resepi yang sangat complete n clear tq 4sharing

weezana said...

Sama2 Mordiah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...