Sunday, December 4, 2011

Kaedah Bain-marie atau Water bath

Entry ni saya buat untuk sesiapa yang nak rujuk apa yang dimaksudkan dengan kaedah pembakaran bain-marie atau water bath.

Bagi pembakaran jenis ini, anda perlukan 2 loyang. Salah satu loyang perlulah lebih besar daripada yang satu lagi. Adunan dimasukkan ke dalam loyang yang lebih kecil. Manakala loyang yang lebih besar perlu dimasukkan air lebih kurang separuh isipadunya.




Sekiranya anda menggunakan Springform (sisinya boleh dibuka), anda perlu membalut loyang dengan menggunakan aluminium foil seperti gambar di atas. Ini bagi mengelakkan air masuk semasa proses pembakaran bain-marie. Namun, sekiranya loyang anda adalah loyang biasa, maka tidak perlu membalut loyang tersebut.


Bain-marie dalam oven

Teknik pembakaran Bain-marie sering kali digunakan semasa membakar kek keju kerana struktur kelembutan kek keju yang mudah retak dan pecah. Kaedah ini dapat mengelakkan daripada retak pada permukaan cheesecake.

Harap info ini dapat membantu. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...