Semalamkan lepas buat kek, Mr. Hubby ada cakap:
"Awak ni asyik buat kek."
Aik, dia komplen la.. mesti sebab dia risau kalau berat badan naik hehehe... Masalahnya, sebab saya selalu buat kek yang dia suka dan jarang-jarang yang saya suka (ye ke?). Dan hari ni, saya nak buat puding yang Mr. Hubby suka sangat iaitu Puding Jagung Manis.
Ini dah buat kali kedua dalam tempoh saya bercuti ni. Puding ni manis seperti namanya dan wangi bau jagung sungguh. Bukan sahaja disebabkan oleh jagung yang berada di dalamnya, juga disebabkan tepung kastard jagung manis yang digunakan. Kalau sesapa suka berpantun, maunya boleh berpantun 4 kerat lepas makan puding ni. Memang sedap dan rasa macam makan aiskrim jagung.
Sila gunakan tepung kastard seperti di bawah untuk mendapat hasil puding yang sungguh harum.
Setelah berlengah-lengah sebentar tadi, sekarang kita mulakan projek membuat Puding Jagung Manis....
Bahan-bahan
Bahan A
250 ml susu cair (saya guna krimer sejat F&N)
130 gm tepung kastard jagung manis
Bahan B
750 ml susu cair
140 gm gula
1 tin jagung manis (saya guna jenama Ayam Brand)
Cara Menyediakan
Didihkan Bahan B dalam periuk dengan api kecil sahaja. Dan kena selalu kacau.
Agak-agak dah hampir mendidih, masukkan jagung. Tinggalkan sedikit jagung tersebut untuk ditabur atas puding.
Bahan A perlu digaul dalam mangkuk hingga sebati.
Kemudiannya masukkan ke dalam periuk yang ada Bahan B tadi. Kacau dan kacau lagi. Biarkan adunan menjadi pekat dan berkilat baru tutup api.
Masukkan ke dalam loyang, bekas atau cawan yang bersesuaian. Saya letak dalam cawan kecil2 supaya senang makan.
Sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Taburkan lebihan jagung pada atas puding sebelum makan puding.
Puding Jagung Manis sudah siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment