Monday, December 5, 2011

Step by Step... Kek Chocolate Cheese Comel


Kek ini memang comel. Kecomelannya kerana gabungan coklat dan cheese. Tambah comel pula dengan bunga-bunga lukisan hiasan pada permukaan kek.



Kali pertama saya lihat kek ini di blog cantik Azlita Masam Manis. Azlita memang terer bab2 decoration. Resepi asal kek comel ini pula datangnya dari blog E-na Lovely Kitchen. Kek yang dibuat E-na pun cantik. E-na buat kek 4 segi, manakala Azlita buat guna loyang bulat.

Bila baca blog Azlita, saya cuba bayangkan cara nak lukis bunga seperti yang Azlita beri panduan. Tu yang tak sabar-sabar nak buat kek ni. Dah lama tak melukispun hehehe..


FYI, menyiapkan kek ni agak memakan masa juga. Ada kecerewetannya yang tersendiri. Namun, hasilnya memang memuaskan hati. Membuatkan hati saya berbunga-bunga (maklumlah dalam hati ada taman) secantik bunga-bunga atas kek ni. Tapi bunga yang saya buat tak secantik tulip-tulip yang Azlita buat. Boleh ke blog Azlita Masam Manis untuk melihat hasil lukisan tangan Azlita yang memang WOW...



Kek ini juga sangat sedap. Mr. Hubby sangat suka dan saya sangat bangga. Saya kongsi di sini bukan untuk beriak-riak tapi untuk berkongsi resepi supaya anda juga dapat membuat kek ini dan menghasilkan bunga yang lebih cantik daripada yang saya buat (kalau dalam hati anda ada taman).

Step by Step... Kek Chocolate Cheese Comel kita bermula di sini (saya copy paste dari lovely kitchen E-na):

Loyang 18cm segiempat (saya guna loyang bulat)
Bahan-bahan untuk Coklat
  • 150 gram butter
  • 150 gram gula halus
  • 125 gram tepung gandum (E-na pakai tepung kek, tapi saya pakai tepung gandum)
  • 30 gram serbuk koko
  • 50 gram milo
  • 2 biji telur 
  • 70 gram susu pekat manis

Cara-cara:
Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.


Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.  





Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak, milo, serbuk koko dan susu, gaul rata.







Panaskan oven 170 degree. Sapu dasar dan keliling loyang 18cm dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan cooking sheet.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 degree sehingga masak (lebih kurang 30 minit).






Setelah kek  hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.

Bahan-bahan untuk Cheese:
  • 400 gram cream cheese
  • 120 gram gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.



Masukkan telur satu persatu, esen vanila pukul sebati.








Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.







Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.


saya balut loyang sbb pas ni nak bakar waterbath


Ini lorekan bunga ala E-na:

Titikkan 1 titik adunan merah dan 2 titik adunan hijau selari denga titik merah tadi.

Tarik pengcungkil gigi dari atas titik warna merah hingga  melepasi titik warna hijau untuk menghasilkan lorekan seperti setangkai bunga. Buat mengikut citarasa anda.

Yang ni cara Azlita: (saya ikut ini)

Ita gunakan cotton bud yang bersih ye!
Ita sediakan 3 warna semua hanya 1 sudu besar aje
Warna yang diperlukan merah, hijau dan warna adunan asal.
Celupkan cotton but dalam warna merah
Calitkan bentuk kelopak tulip tarik dari tampok bawah ke atas layang perlahan sahaja
Celup lagi dan buat calitan kedua pula hingga seterusnya menjadi sekuntum bunga tulip.
Kemudian celupkan warna putih pula atau adunan warna asal, dengan cotton but yang lain pula ye! untuk mencorakkan bayang kelopak
Dotkan pula atau titik warna hijau pada tampuk bawah bunga
Dengan cotton bud yang lain celup warna hiju pula.
Sentuh pada titik hijau tadi dan terus tarik ke bawah dengan lembut untuk membentuk tangkai.
Ulang proses yang sama sehingga berapa kuntum bunga yang kita kehendaki.


Bakar menggunakan kaedah double boiler (klik sini jika tak faham teknik pembakaran ini) di dalam oven dengan suhu 170 degree (40-45 minit). Bakar sehingga cheese tidak melekat di hujung jari apabila disentuh.


Inilah taman hati saya


siap sedia untuk dibakar


setelah 40 minit
cantik walaupun sudah dipotong


Bite size memudahkan Mr. hubby ngapp kek ni

Kek yang sangat comel ini dah siap. Sejukkan kek dalam peti ais, baru potong kek.

Terima kasih kepada E-na dan Azlita atas tunjuk ajar. Anda semua cubalah kek ini. Meskipun agak renyah tapi berbaloi-baloi... :)

2 comments:

Faza said...

Telan air liur saya malam2 ni =)

weezana said...

Dah lama saya buat ni.. nak buat kena ada extra rajin :)