Tuesday, December 20, 2011

Step by Step.. Cucur Roti Udang (elak drpd membazir roti)




Kalau kita beli roti Gardenia ke, High5 ke, atas ngan bawah roti selalunya keras sikit (warna coklat). Rupa dia macam tepi-tepi roti, ada orang panggil kulit roti.

Mr. Hubby dan Hasya memang tak suka makan kulit roti. Nak makan yang bahagian lembut je. Kalau ikutkan, Mr. Hubby tak suka pun dengan kulit roti yang keliling setiap keping roti tu. Cuma saya selalu cakap, makan jelah, takkan nak buang, membazir tu. Jadi, dia pun dah biasakan diri makan kulit roti.

Walau bagaimanapun, untuk mengelak pembaziran sekiranya anda tidak makan kulit roti ataupun roti di rumah anda akan expired keesokan hari, mari saya kongsi resepi yang mudah ini.



Selalunya kita buat cucur udang pakai tepung kan? Hari ni kita belajar buat cucur udang pakai roti. Faedahnya: 1. Dapat mengelak daripada pembaziran roti dan 2. Dapat mengurangkan penggunaan tepung gandum.

Rasa cucur ni sedap. Saya tak buat bentuk bulat-bulat sangat (leper sedikit) supaya sekeliling cucur tu garing. Bila makan cucur ni, saya tak rasa pun macam makan roti. Rasa macam makan cucur biasa je. Saya cuba jugalah belek-belek cucur roti nih, tapi memang tak boleh trace yang sebenarnya cucur ni dibuat pakai roti.


Bahan-bahan

4 keping roti jenama apa-apapun boleh
4 sudu makan tepung gandum
1 cili merah (kecik je)
2 biji cili padi
3 ulas bawang merah 
Beberapa ekor udang segar (saya guna 8 ekor je)
Boleh letak daun kucai kalau suka (saya tak suka)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara Membuatnya

Kisar atau tumbuk cili dan bawang merah. Kalau suka, anda boleh juga hiris halus. Saya kisar sahaja bahan-bahan ini.


Bahan-bahan untuk dikisar

Masukkan roti dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Carik-carikkan roti. Jangan masuk banyak sangat air, sekadar yang cukup untuk adun cucur.



Masukkan tepung gandum.




Masukkan bahan-bahan kisar tadi. Gaulkan.



Masukkan udang. Masukkan garam. Gaul hingga sebati. Kalau adunan terlalu lembik sebab anda terlebih air, tambah tepung atau roti lagi.



Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, sudukan adunan cucur tadi. Goreng hingga cucur berwarna perang.




Selamat minum petang. Sila cicah dengan sos cili. Insyaallah dapat pahala sebab tak bazir roti hehehehe :D



No comments: