Saturday, December 17, 2011

Step by Step... Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Udang



Weekend tiba lagi. Tapi mood hari ni adalah 'mood tak berapa nak rajin'. Jadi, saya ambil keputusan untuk masak `brunch' je iaitu breakfast + lunch (2 in 1). Menu pilihan untuk brunch adalah nasi lemak dan sambalnya adalah udang! Yum..yum..yum...

Resepi nasi lemak yang saya nak kongsi ni memang sangat simple tapi rasanya sedap. Kalah nasi lemak, makcik2, kakak2 dan adik2 yang jual kat tepi-tepi jalan tu (kecuali kalau dorang memang terer dan dalam hati ada taman).



Selalunya kalau kita beli nasi lemak kat tepi jalan, nasinya tu payah betul nak rasa lemak, harap namanya aje nasi lemak.



Kalau anda cuba resepi ni, anda akan terpesona dengan keharuman nasi lemak dalam rice cooker anda semasa nasi sedang masak. Memang wangi sungguh.. Membuatkan anda tak sabar untuk merasai keenakan nasi lemak tersebut. Dan pastinya anda tidak akan kecewa sekiranya anda menurut perintah dan tidak derhaka kepada resepi ini (kecuali kalau anda memang seorang yang kreatif dan ada instinct ala-ala chef).

Mari kita lihat Step by Step...

Bahan-bahan untuk nasi lemak (makan 3-4 orang)

2 cawan beras (seboleh-bolehnya gunalah beras wangi, cap apa pun boleh)
100 ml santan (separuh kotak santan segera)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 cm halia (dihiris nipis dan panjang)
1/4 sk halba
1/4 sk garam
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara Memasak

Cuci beras dan bilas hingga bersih. Masukkan air macam nak masak nasi. Agak-agak la airnya untuk masak 2 pot nasi.





Masukkan bahan-bahan lain ke dalam periuk dan gaul guna sudu untuk sebatikan bahan.






Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah masak, gaul nasi lemak tersebut untuk mensebatikan santan dan juga memastikan tidak hangit di bahagian kerak. Tutup periuk kembali, biarkan selama 15 minit sebelum dihidang.





Nasi lemak wangi sudah siap. Sekarang buat sambal tumis udang pulak.


Bahan-bahan sambal tumis udang

Udang 250gm (saya guna udang besar jadi cuma ada 6 ekor sahaja)
10 tangkai cili kering (dibuang biji, direndam air panas, dicuci dan ditos)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5cm belacan
1 sk asam jawa + 2 sudu mkn air
garam dan gula sekucup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Memasak

Bersihkan udang dan buang kepalanya. Kalau suka buang kulitnya.




Kisar bahan-bahan berwarna merah.



Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.



Masukkan air asam jawa yang telah dibancuh dengan air dan kacau lagi hingga agak kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


ambil air je tau

dah kering

Akhir sekali masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.




Sudah siap dan untuk pelengkap sila:


goreng ikan bilis dan hiris timun

Dan boleh dilengkapkan lagi dengan telur rebus atau telur goreng atau telur dadar. Ikut selera anda. Semuapun boleh.



Hari ni makan nasi lemak ngan milo panas. Lepas ni boleh sambung tido. Hehehehe....


3 comments:

Unknown said...

kalau guna santan kelapa (bukan santan kota), santan tu kna masak dulu sebelum gaul dgn nasi atau tak perlu.

saya buat nasi lemak ni selalu hangit tau. sedeyyy

Unknown said...

plz email ekk untuk comment. tq sis

weezana said...

Santan x perlu masak dulu.. guna periuk nasi ke? Kalau masak nasi x hangit, spttutnya nasi lemak pun x hangit.