Thursday, December 22, 2011

Step by Step... Kek Puding Caramel

Hari ni saya belajar sesuatu. Bukan semua kek boleh suka-suki pakai springform. Terutamanya `kek puding'. Ini kerana adunan puding sangatlah cair yang akan menyebabkan adunan tersebut mengalir di celah-celah springform.  Kecuali kalau springform anda jenis mahal dan ada ditulis 'no leaking' huhuhu....

Akibatnya, saya terpaksa buat 2 kali gula caramel dan membuat pemindahan emergency adunan puding ke loyang yang tak springform. Akibat yang lain juga, saya kebetulan takde loyang bukan springform yang bersaiz kecil. Ini menyebabkan lapisan kek saya nipis dan tidak menampakkan kehebatan warnanya.



Kalau saya tahu, saya bakar je dalam loyang-loyang lain yang tahan panas (corningware dan apa2ware yang patut). Dan kalau saya tahu juga, mungkin saya akan gandakan adunan untuk kek sekiranya saya masih mahu menggunakan loyang 9 inci. Tapi itulah, saya tak tahu.. Sekarang baru tahu.... :P



Walau bagaimanapun (hehehe), daripada segi rasa dan struktur kek puding caramel yang saya buat ini, tidaklah gagal sama sekali. Sebagai sebiji `kek' dan `puding' ia akan menambat hati sesiapa yang menikmatinya. Kerana kesejukan (setelah disejukkan dalam peti sejuk) puding caramel tersebut yang ditambah dengan rasa kek yang sedap, akan menyebabkan anda tersenyum sewaktu makan dessert ini.



Marilah kita lihat cara nak buat kek puding yang sejuk, manis dan berkrim ini. Resepi saya ikut dari blog ijayuji.

Bahan-bahan


Karamel

2sb gula + 1sb air

Puding

2 biji telur
400ml susu cair/segar
35g gula
sedikit esen vanila

Kek span (sila gandakan adunan untuk lapisan kek yang lebih tebal) 

70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara membuatnya


Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.






Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.





Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.



Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.



Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.




Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.




Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.




Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.



Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)



Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.


Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.




Selamat mencuba!

2 comments:

Dijah ZaLy said...

kak maaf nk bertanya..
kalau nk explore or search resepi2 akk kt blog ni mcm mn?
saya ni budak baru nk belajar selok belok blog ni hihi.. TQ

weezana said...

sebelah kanan skrin ada tool: Nak cari apa tu?

boleh masukkan kata carian yang Dijah nak cari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...