Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts
Showing posts with label Masakan Cina. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Step by Step... Lemon Chicken (Chinese Style)

Minggu ini memang minggu sibuk. Kesibukan membuatkan rasa malas untuk memasak. Sebabnya, saya sangat penat. Bukan sahaja memasak, untuk menulis di blog inipun, saya terpaksa curi masa tidur saya. Dan, entry yang anda baca ini, saya tulis pada jam 5.30 pagi ;P



Hari ni saya nak berkongsi resepi Lemon Chicken (Mandarin Pinyin,  檸檬雞). Masakan ini amat popular di Restoran-restoran Cina di seluruh dunia contohnya di US, Australia, Kanada, France, Spain dan Italy. Lemon Chicken sarat dengan rasa lemon iaitu masam-masam dan manis-manis sikit. Oleh kerana, masakan ini adalah Chinese Style, maka ayamnya dipotong dadu dan digoreng dahulu dengan bancuhan tepung.

Untuk resepi ni, saya ambil dari blogchef.net. Kuah lemonnya ok, cuma saya lebih suka bancuhan/adunan tepung yang saya gunakan untuk resepi Sweet & Sour Chicken (klik sini untuk sweet&sour chicken). Tapi, ok juga kalau nak cuba rasa yang lain-lain. kalau sama je nanti cepat bosan pula. Untuk sweet&Sour, chicken batter nya guna tepung gandum + tepung jagung. Tapi, untuk resepi lemon chicken ni, cuma pakai tepung jagung.

Apa-apapun, ok je masakan ni untuk dimasak sesekali. Kalau asyik masak kari je, nanti sendiri rasa nak marah sebab dah bosan yang amat hehehehe...

Bahan-bahan

3 keping dada ayam yang dipotong dadu (lebih kurang 400gm)



Perapan
1 sudu makan kicap soya (guna kicap pekat atau kicap manis)
1/2 sk garam

Bancuhan tepung
2 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (kalau cair sangat adunan, tambahlah dalam sesudu sudu makan lagi)
1/2 sk baking powder
secubit lada putih
dan minyak secukupnya untuk menggoreng

Sos lemon
1/3 cawan gula
1/2 kiub ayam dan bancuh dengan 1 cawan air (resepi asal pakai chicken broth)
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan perahan jus lemon
3/4 sk garam
2 potongan nipis buah lemon
2 sudu makan minyak
sedikit pewarna kuning

 
Cara-cara

Perap potongan ayam dengan bahan-bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.



Bancuh bahan-bahan bancuhan tepung sehingga sebati. Panaskan minyak. Salutkan potongan ayam dengan bancuhan tepung. Goreng sehingga masak dan bertukar warna agak perang.





Sediakan sos. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali minyak dan potongan lemon. Gaul sebati.


Masukkan potongan lemon.




Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan sos tadi dalam kuali. kacau seketika sehingga agak pekat.



Tutup api. Tuangkan sos ke atas ayam. kalau tak suka ayam soggy, asingkanlah sos dengan ayam.




Makan time!



Thursday, December 15, 2011

Step by Step... Spicy Crispy Beef (Chinese Style)

Mesti ramai yang suka Chinese Food kan? Kalau di US, Chinese Food memang popular sangat. Semua kaum boleh terima. Sebabnya, Masakan Cina senang dimasak, jadi tak perlu tunggu lama2 di restoran. Cepat dan sedap. Kalau restoran yang besar-besar tu, kebanyakannya ada servis pandu lalu. Lagi memudahkan pelanggan. Tambahan pula, portionnya banyak, harganya pun murah. Ini amat menggembirakan hati omputih, omhitam (perkataan baru) dan omhispanic.




Atas kepopularan Chinese Food, jangan terkejut kerana di US ada fast food makanan cina yang setanding dengan fast food makanan barat. Fast food cina ni namanya Panda Express. Sekarang ni Panda Express ada 1,321 cawangannya di 38 negeri di US dan Puerto Rico. Hebatkan?

Dan hari ini, saya nak berkongsi salah satu masakan yang amat popular di restoran-restoran Cina iaitu crispy beef. Masakan ini sedap, crispy, manis, masin, sedikit pedas dan berempah. Bila kunyah, terasa kerangupannya. Tak rugi mencuba kalau anda memang suka Chinese Food.




Amaran: Kalau lidah anda bukan bersifat international, sila abaikan entry ini :D


Bahan-bahan

350gm daging lembu
2 biji telur (dipukul)
1/2 sk garam
5 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan 5 spice powder
minyak masak (goreng guna minyak banyak, kalau deep frying lagi bagus)


Untuk Sos
Sebiji lobak merah saiz sederhana (potong memanjang kecil2)
Setangkai daun bawang (potong kecil2)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (hiris)
2 cili merah (buang biji dan potong kecil2)
4 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu makan kicap cair (kalau takde, pakai kicap manis pun ok)
1 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan air (gaul dalam mangkuk)
secubit garam

Cara memasak

Hiris daging panjang-panjang dan halus. Gaul dengan sedikit tepung jagung.


inilah cara potongnya, tapi kalau terer, leh lagi nipis.

Dalam mangkuk, satukan tepung jagung, garam, telur dan rempah. Kacau hingga sebati.


Ini 5 spice powder kalau korang tak tau


anak dara ku sedang mengacau

Masukkan daging dalam mangkuk rempah dan gaul sebati.





Panaskan kuali, letak minyak secukupnya dan goreng daging hingga garing.



angkat dan toskan



Untuk sos

Panaskan kuali. Masuk 1 sudu makan minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan lobak merah. Kacau lebih kurang 3 minit.


potong lobak seperti ini atau nipis lagi


Masukkan daun bawang, bawang putih, halia dan lada. kacau lagi.




Masukkan bahan-bahan lain.



dah pekat ler ni

Apabila sos jadi pekat, masukkan daging dan kacau sebati.



Spicy Crispy Beef sudah sedia untuk dikunyah.




Wednesday, December 7, 2011

Step by Step... Sweet & Sour Chicken (Chinese Style)

Hari ni tekak ada rasa perit sikit. Jadi tak nak masak yang pedas-pedas. Kalau nak makan masakan tak pedas, chinese food ler jawabnya. Malam tadi Mr. Hubby ada request suruh masak Kung Pao Chicken lagi. Masalahnya, saya tak rasa pulak nak makan Kung Pao Chicken. Kita masak Kung Pao lain kali ye Mr. Hubby.




Hari ni saya nak masak masakan Cina yang saya suka iaitu Sweet & Sour Chicken atau dalam bahasa ibunda saya `Ayam Masak Masam Manis'. Nom.. Nom... Nom.. (bunyi orang makan kat Cafeworld- online game dalam facebook tu)....





Bahan-bahan


Untuk Sos Masam Manis (boleh kurangkan jadi separuh adunan kalau tak nak sos banyak)
1/2 cwn sos tomato
1 sk kicap manis
1/3 cwn cuka
1/2 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
3/4 cwn jus nenas (saya guna nenas Ayam Brand)
2 sudu makan tepung jagung
(tambah sesudu lagi kalau suka sos yang lebih pekat)
                                   sebiji carrot (optional)


Untuk Ayam Goreng
5 keping dada ayam (saiz kecil)
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sk gula
1/2 cwn + 2 1/2  sudu makan air sejuk
1/2 sk garam


Cara Memasak

Untuk sos

1. Satukan jus nenas dengan tepung jagung dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.


nenas tu amik jus dia je



2. Bahan-bahan lain satukan dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana sehingga panas.





3. Masukkan adunan jus nenas tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.




4. Masukkan lobak merah yang telah dipotong kecil (saya potong bulat-bulat)




5. Biarkan sos menjadi pekat baru tutup api. Biarkan sejuk ke suhu bilik.




Untuk ayam

1. Ayam potong kecil-kecil.





2. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, baking soda, gula dan air dalam mangkuk. Kacau hingga sebati.



3. Masukkan kepingan ayam dalam mangkuk adunan. Gaul sehingga semua kepingan ayam disaluti adunan.





4. Panaskan minyak (gunakan minyak yang agak banyak) dan goreng kepingan ayam tersebut sehingga berwarna perang. Guna api sederhana sahaja.



5. Angkat dan toskan.



6. Dah siap, untuk dimakan dengan Sweet & Sour Sauce tadi. Itadakimasu! Haih, cakap Jepun pulak sbb tak tau cakap Cina :D



Monday, November 14, 2011

Step by Step... Ayam Kung Pao


Dah nak dekat seminggu, hubby cakap nak makan Kung Pao Chicken. Nak tak nak kenalah membuat eksplorasi resepi lagi, memandangkan resepi ini belum pernah saya cuba sebelum ini.

Kali ini saya memilih Cik Wan Taipei sebagai sifu untuk memasak masakan yang berasal dari Wilayah Sichuan ini. FYI, Kung Pao Chicken ini bukan sahaja popular di negara China tetapi juga popular yang amat di United States dan Canada. Itu yang hubby belajar sebut, "Nak makan Kung Pao Chicken," huiiiiiii.... (keluh dalam hati je hehehe)...

Nama asal masakan ini adalah Gong Bao Chicken. Apabila masakan ini menjadi popular di negara-negara Barat, namanya pun bertukar jadi Kung Pao. Bahan-bahan yang wajib ada adalah kepingan ayam dan gajus.

Projek nak masak Kung Pao ini tergendala kerana rumah kami tak ada stok kacang gajus. Kalau nak ganti ayam kepada daging atau udang pun boleh, tapi gajus tu tak boleh diganti ngan kacang lain.

Mari kita mulakan Step by Step... Ayam Kung Pao...

Bahan-bahan (saya buat 2 adunan)


Bahan perap

Perapkan bersama 15minit:-
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sekeping dada ayam dipotong kecil

Ayam yang siap digoreng

Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:-

Bahan Sos

1/4 cawan air pati ayam (saya pakai satu 1/2 kiub pati ayam maggi)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos bawang putih (saya ganti kepada sos cili Thai, boleh juga guna sos biasa & kisar 2 ulas bawang putih)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudukecil tepung jagung.

 Bahan Tumis:
gajus yang telah dipanggang dan cili kering

Minyak bijan

Bahan Tumis:- 1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa/ 8 biji cili kering/ 2 biji bawang putih*/ Halia muda sebesar ibu jari* dihiris/ 1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.




Cara:- Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan, panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.



Harap-harap Mr. Hubby suka dengan Kung Pao Chicken ni.. :)