Hujung minggu....
Pagi Sabtu atau Ahad mesti ramai yang bangun lewat. Kalau dah bangun lewat tu, janganlah harap nak beli nasi lemak atau kuih-muih kat warung-warung tepi jalan. Selalunya memang dah habis dijual. Kalau ada pun, tinggal yang tak berapa menyelerakan jelah.
Maka, haruslah belajar buat sarapan pagi yang sedap. Meskipun sedap, tapi biarlah mudah dibuat. Kalau remeh sangat, nanti tak larat pula nak masak untuk makan tengah hari. Almaklum, penat satu badan.
Pancake whipped cream & chocolate |
Hari ni saya nak kongsi resepi pankek yang mudah. Saya tak terfikir pun nak buat pankek hari ni. Tetiba je Hasya cakap nak makan pankek. Dah ler takde maple syrup kat rumah. Takpe, mari lihat macam mana kita hebatkan pankek yang mudah untuk dibuat ni.
whipped cream & strawberry jam |
Bahan-bahan (boleh dapat banyak, kalau nak makan 2-3 orang, buat separuh adunan sahaja)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sb gula
1sk soda bikarbonat
1 biji telur
200ml susu segar/susu cair
1 cawan air
3sb minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
secubit garam
Cara-cara
Panaskan kuali leper non-stick anda. sapu sedikit minyak. Senduk adunan ikut saiz kesukaan. Saya buat saiz kecil, comel-comel je.
Sekian.
15 comments:
Tanx sis....menjadi laaa....sy buat tuk burfday papa Saya pagi Ni....happy sangat....
Terima kasih....
sama2 Nurain! :)
salam singgah weezana...
gugel2 resepi utk penkek mudah terjumpa blog yg ohsem ni. izan terus cuba buat sbb bhn2 pun mmg ada. Anak2 suka sgt. mohon share resepi kat blog ye. izan sudah kredit ke blog ni... TIA~
wassalam izan. saya pun dah follow blog izan.. salam perkenalan. tq sudi cuba resepi :)
Nampak macam sedaapp !
salam kenal sis
gembira jumpa resepi ni...esok ada tetamu nk dtg nk makan pancake utk bekpes....
arap jd la bakal pancake sy..
tq
Wassalam Rossa. Salam perkenalan juga. Selamat mencuba.
kalau buat atas kuali biasa boleh x agak2? huhu
boleh. tapi penkek awak nanti tak rata. dan mungkin tebal di tengah2.. rupanya nanti tak macam penkek.
saya pun suka pancake..best kan pancake ni,mudah je nak buat
haah pankek ni agak senang dibuat:)
cm sedap jer...esok ahad ahaha elok sgt la bwt nie..mudah je nampaknye
mudah je ni masirah.. boleh buat topping apa2 je yg suka.
wah... nampak muda la.. nak cuba esok sarapan pagi untu suami tercinta... hihihihi.. Thanks for sharing. kalau free sila berjalan-jalan ke blog saya pula ya...http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/ TQ
memang mudah buat pankek ni. nanti saya lawat blog alicia. tq
Post a Comment