Sunday, April 21, 2013

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes.. (Sangat Suka!)

Dah lama saya cari resepi kek cawan Vanilla yang lazat. Masa di US dulu ada sekali saya buat Vanilla Cupcakes ikut resepi di MyResepi. Tapi kek cawan tu tak moist, tak gebu dan biasa-biasa sahaja. Bila makan seketul, tak rasa nak makan ketul yang kedua. Hmmm.....




Saya mahukan kek cawan yang bukan sahaja gebu, malah moist, manis, terasa vanillanya, sedap dan berkrim. Saya tak nak kek cawan yang rasa biasa-biasa sahaja. Saya nak yang luar biasa. Biarlah semasa gigitan pertama, saya akan berasa kagum. Come on, surprise me!





Apabila saya terjumpa resepi Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes di blog Azie Kitchen, saya amat teruja nak mencuba resepi ini. Saya amat berharap agar kek cawan ini dapat menepati citarasa saya. Dan hujung minggu ini saya gunakan untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah, kek cawan ini amat lazat. Memang menepati citarasa saya dan saya sangat suka!

Bahan-bahan

3/4 cawan  butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 170C. 

Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.





Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.


adunan dah siap

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.





Nota: Saya bakar 20-22 minit. Masa bakar adalah bergantung kepada saiz cup dan kepanasan oven masing-masing.




Kalau suka boleh letak frosting, tapi saya rasa kek cawan ini telah sempurna. Maka, frosting hanya akan menyebabkan rasanya kurang sedap. 

Oleh kerana dapat banyak, saya bakar 2 kali. Untuk pembakaran kali kedua ini saya tambah 1sk serbuk koko dalam lebihan adunan untuk buat choc cupcakes. 





Bahagian atasnya saya letak sedikit biskut oreo yang dah dihancurkan.




Si Vanilla kini bergabung dengan Si Coklat...






Suka sangat!


71 comments:

Unknown said...

Salam kak wan...saya merupakan silent reade kak wan selama.ini...hahahahha...selain utk mengubat rindu pada kak wan..chewah...saya juga sangat suka mencuba resepi kak wan yang sgt owesome....dan utk sekian kalinya...resepi ini sgt menariks tertariks...tnx kak wan

weezana said...

Salam Nida, nida mana ya ni? Nida Rahimkah? :) Terima kasih sbb sudi cuba resepi2 ni.. Saya pun bukan pandai, cuba2 cuba...

Unknown said...

Ye la kak wan...adik ida la nih..hehe...aku bnyk try resepi dlm blog ni sbb simple n sodap...xsangka ku ko dh terer masak...psssstt ank ko comei:)

weezana said...

haha.. kalau ko rindu, ko leh jenguk aku kat sini. aku rindu, tak tau nak jenguk ko kat ner.. takde la terer, aku pun baru belajar dan cuba2 je.. :)

Unknown said...

Nak cubala :-)

weezana said...

norzalina, cubalah. berbaloi:)

shahalham said...

Salam..nak tya..kek ni tahan lama tak?nak wat raya ni..heehee..

weezana said...

salam shahalham, saya nak cakap pun x berani sebab saya sempat simpan dalam 3 hari je. dah abis dimakan. mungkin boleh sampai seminggu dan 2 minggu kalau dalam peti sejuk. wallahualam..

Unknown said...

Sedappp..simple..nak cuba;-)

weezana said...

Cubalah.. sedap :)

Unknown said...

kak wee... ini effa da buat tapi effa buat guna paper cup yg orang buat kuih raya tu.. comel lote jadinye. tq kak wee!.

weezana said...

effa, rajinnya dia.. :)

Siti azlina said...

Salam...nk tanye skit resepi ni mmg x gune telur ye

weezana said...

wasalam. Siti Azlina, ada guna telur. bahan2 tu kan ada guna 3 biji telur.

Lyana Apai said...

Salam.. Nk tnya. Satu adunan tu dpt brp cup saiz yg mcm dlm gmbr tu ye?

weezana said...

wasalam lyana. lebih kurang 40 cup.

Unknown said...

Salam..akak...agak2 klo skali bakar 20 bijik kn...bpe minit ea....

Adam said...

kalau kukus guna resepi ni boleh x ?

weezana said...

wasalam nuraishah, akak pun x pasti sbb bergantung kepada oven dan saiz cup tu. jadi bila cupcake dah berbau harum dan naik, kena rajin tengok2 (test cucuk guna lidi).

ahmad adam, saya tak pernah cuba kukus. jadi, saya tak pasti sama ada boleh atau tidak.

adzhar said...

salam nk tanya..sy da cube resipi ni...masa dlm oven mmg naik cntek..tp ble kua kn...n tgu sejuk..cupcake turun mendadak??knp ek???blh tlg sy x??

weezana said...

wassalam adzhar,

saya pun sebenarnya susah nak cakap kenapa cupcake tu turun mendadak. tapi selalunya berkemungkinan masa putar mentega dan gula, tak cukup putar gebu. tak pun sama ada terlebih atau terkurang mana2 bahan.

Azie said...

Wan, bila tengok kek ni, dah menelan nelan air liur teringin nak makan kek. Apakan daya, doktor menasihati supaya mengelakkan makanan dari tepung gandum buat sementara waktu.

Salam
Azie Kitchen

weezana said...

Pn Azie Kitchen,

Saya pun dah jarang2 baking kek. Rasa mcm naik pulak badan & takut juga nak ambil gula banyak2 ni.. tu terbantut nak cuba banyak lagi resepi. Dari blog puan pun banyak resepi menarik yg saya belum sempat lagi dicuba.

terima kasih sudi jenguk sini.

wizana

Unknown said...

gula tu kalau x ltk gula kastor boleh x ...kite ltk gule biase

weezana said...

guna gula biasa pun boleh, cuma putar lama sikit sbb gula biasa kasar sikit.

Unknown said...

kalau guna tepung berserbuk penaik (self raising flour), perlu tambah serbuk penaik lg ke?

weezana said...

Martha, selalunya tak perlu. tapi saya tak pernah cuba guna self rising flour utk resepi ni.

Unknown said...

mohon share untuk mencuba resepi ini.....

weezana said...

Noraini, boleh. terima kasih sudi baca.

UmiMaira said...

Sy da cuba...marvellous sgt hasilnye..baru buat utk bday anak baru2 nie..thanx for the recipe eh..

weezana said...

Umimaira, sama2 dan tq juga sbb sudi cuba.

MutRa MiQi said...

Slm akakk saya dh cube dh mmg mnjdi sgt n sdp!! Die mmg x gebu ekk kt atas tu..

weezana said...

Wassalam. Atas dia moist gitu :)

Iman_damia said...

Nak ty cup utk cake tu awk guna size yg mana?..size s or m..

weezana said...

siti sabariah,

cup 38 X 30mm

darkofnight said...

Resepi adunan ni, bole buat untuk brape cawan ye?

weezana said...

Lebih kurang 60 biji. Saiz mcm yg saya buat.

Unknown said...

Akk...nak tye ..vanilla tu esen vanilla ke..maaf..sy bdk bru belaja.

weezana said...

adik nur ezwa,

yup, vanilla tu esen vanilla.

Unknown said...

Thanks akak.....pasti akan try..

nur7 said...

Kakak.. klu nak lebih rasa coklat letak 2cup akan ada effect x? Tq in advance.. suke blog ni..

weezana said...

Nur7, akk letak 1sk je. tapi, kalau letak 2sk, mungkin ok juga. rasa choc akan lebih. tapi jgn letak lebih daripada tu, takut adunan jadi x moist :)

Elly said...

hai..nak tanya, telur tu guna gred apa ye?

weezana said...

Hai Elly, selalunya telur saya guna gred A. Saiz besar.

HanaHoney said...

Salam, saya di Australia sekarang, saya nak cuba resepi awak (and kak azie kitchen) untuk birthday anak saya akan datang. bulan 6 ni. maklumlah culture kat sini, anak kalau hantar sekolah, bila birthday nak kena buat kek... awak ada x resepi2 buttercream yang nak buat topping kek ni.. yang mudah.. hehehe... banyak resepi guna shortening and krimwell, nak beli kat Aussie ni mcm risaunya.. please help.

weezana said...

Salam HanaHoney, cuba buat topping creamcheese mcm dalam resepi bwh ni:

http://emiliaputeri.blogspot.com/2014/06/cotton-soft-japanese-cheesecake-with.html

Insya-Allah sedap.

Unknown said...

Assalamualaikum Kak
Ella nk tnye nape kek ni bola dh msk naik cantik tp bola dh sejuk dia turun blik pstu renggang dr cup dia. Esoknye bila nk letk buttercream Ella tgk permukaan dia brrkilat bila dsentuh dgn jari melekat pulak! Nape ek Kak? Tolong...

weezana said...

Wassalam ella,

Memang begitu. berkilat dan melekat sebab dia moist (tak kering).

senamu76 said...

Bakar guna api atas ke bwh kak? Br bljr...

weezana said...

senamu76, bakar guna api atas dan bawah:)

kaktus. said...

Alhamdulillah jadiii.best sgt lembut je hehe

weezana said...

kaktus.. alhamdulillah.. happy for u:)

Unknown said...

Tq share...tergoda la nak cuba...sedapnya...kanak2 mesti suka.

Unknown said...

Salam akak , nk tnya 3/4 cwan tu agak2 brape gram ehh ? Sbb sy guns sukatan gram huuu ..akak boleh email sy achposta09 @gmail.com

weezana said...

Wassalam Nur Arryyani, boleh guna converter measurement. Ada banyak web yang boleh convertkan sukatan-sukatan.

Nina said...

Assalamu'alaikum sis, saya dah try resepi ni, mmg s edap sangat. Minta izin share resepi ni ye. Tq..!

weezana said...

Waalaikumsalam.. silakan Nina :)

Unknown said...

Salam.saya nk buat doorgift utk my sis ujung minggu ni.bolehke kalau saya ikut adunan ni tapi saya tambahkan pisang.(dihancurkan).ala2 jadi cupcake pisang.terjejas tak kelembutan dia nnti sis?

Unknown said...

Sebelum tu saya dah cuba rwsepi ni.mmg lembut.very nice😙😙

weezana said...

Sis, boleh kot letak pisang.. saya pun tak pernah cuba. Tapi, idea tu memang menarik :)

Unknown said...

Tq for reply😄

Nana said...

Salam kak, boleh tak kalau saya bakar guna microwave? Agak2 jadi tak mcm ni?

weezana said...

wassalam nana.. rasanya tak boleh. takut tak naik cantik.

Ash said...

Kalau butter dan telur sejuk (sebab simpan dlm fridge) boleh tak?ape kesan kalau pakai bukan suhu.bilik?

weezana said...

telur sejuk tu ok lagi. Tapi kalau butter sejuk, susah nak sebati.

Unknown said...

Assalam sukatan diatas tu dpt brapa BIJI CUPCAKE?😊blh tau x

weezana said...

Wassalam Faridatul,

Ikut saiz cupcakes. Kalau macam kat atas tu, memang banyak. seperti dalam foto.

Unknown said...

Salam akk nak tanye
Telur guna gred A kan kalau sy nk guna gred b perlu boleh ke sebab kat rumah banyak gred b heheh

Unknown said...

Salam akk nak tanye
Telur guna gred A kan kalau sy nk guna gred b perlu boleh ke sebab kat rumah banyak gred b heheh

iza82 said...

assalamualaikum nak tny klu kita nk bt topping dia cmn ya

Unknown said...

Izin share sis tq