Friday, April 19, 2013

Step by Step... Tomyam Putih Sotong (Macam Kat Kedai)

Selalunya kalau makan tomyam, kuahnya berwarna kemarah-merahan. Masak tomyam merah ni bukannya susah. Masuk sekiub dua, kiub tomyam Knoor, dah jadi dah tomyam anda. Tapi ada juga restoran yang menyajikan kuah tomyam berwarna putih. Kuah yang warna putih ni pun sedap juga. Jadi, nak cuba masak sendiri tomyam putih. 

Tapikan, semakin banyak pula blog yang saya baca bercerita tentang `kalau makan, jangan campur makanan laut dengan makanan darat'. Kebetulan pula 2 minggu lepas semasa berkursus, fasilitator pun beri nasihat yang sama. Malah dia beri contoh pula. Katanya, tomyam adalah masakan kegemaran rakyat Malaysia yang paling berbahaya. Sebabnya, kita campur semua benda, tak kira laut dan darat dalam tomyam tu (maka, jadilah tomyam campur). 




Atas kesedaran untuk mengamalkan diet yang lebih sihat tanpa mencampurkan ion-ion positf dengan negatif ini, maka saya masak Tomyam Putih Sotong. Hah, ada sotong je. Jadi, takde bercampur-baur. Tapi saya pakai sekiub pati ayam Maggi. Kira macam taruk ayam juga ke tak? Ke kiub ni macam perisa je? hehehe.... 

FYI, resepi diadaptasi dari Miss Cha Cecite Belog.

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan)

4 ekor sotong saiz besar (cuci dan potong bulat)
Air Rebusan kulit ayam - saya guna 1 kiub pati ayam
2 Batang serai
1 Biji Bawang Holland (dihiris) - saya guna bawang merah besar
Daun Ketumbar - hiris halus
3 biji Cili Padi
1 Biji Tomato - potong 4
2 sudu besar Sos Ikan
1 Biji Limau Nipis (Potong 2)- saya pakai separuh je
2 Tangkai Daun Limau - saya guna 5 helai (hiris nipis)
Gula secukup rasa - saya letak 1sk
Garam secukup rasa (tak perlu byk sebab sos ikan dah masin)


Cara masak

Rebus kulit ayam terlebih dulu sampai minyak ayam keluar. Nota: Sebab saya tak pakai ayam, jadi saya panaskan 3-4 cawan air dan masukkan 1 kiub pati ayam. Saya masukkan juga 1sk minyak masak. 


Setelah mendidih, masukkan bawang, serai , sos ikan , daun ketumbar (kebetulan takde stok, saya guna ketumbar flakes), cili padi, garam dan gula, 1/2 biji limau nipis diperah.




Masukkan sotong.




Pastikan gula, garam dan masam dah cukup. 
Masukkan tomato, daun limau.




Rasa2 dah ok, tomato dah lembik sikit boleh tutup api.





Hidang dan sungguh sedap dimakan dengan nasi putih. 





Betullah rasa macam makan kat kedai. 

No comments: