Wednesday, April 3, 2013

Little Big Club.. Riang Ria di Johor Negeriku! (Part III)

Bersambung dari Part II.

Nampaknya lebih 3 jam juga kami berada di Hello Kitty Town. Keletihan mula terasa, namun pengembaraan di dunia fantasi kanak-kanak harus diteruskan di Little Big Club pula.







Maka perjalanan kami teruskan ke Aras 2 Bangunan Little Red Cube untuk meneroka keseronokan di Little Big Club.



Taman Tema Little Big Club ini bertemakan watak-watak kegemaran kanak-kanak seperti Barney, Thomas & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Bob the Builder.



pintu masuk

Tiba sahaja di Little Big Club, kami terus ke pentas utama yang mana persembahan Thomas & Friends baru sahaja bermula.









Selepas menonton keretapi yang boleh bercakap, kami melawat ke Barney's Play House. 






Sambil dengar lagu Barney, sambil menari




Kebetulan juga Barney si dino kaler ungu ni ada di hadapan rumah dia. Jadi amiklah gambar ngan dia. 




Selepas itu kami ke Antartika untuk melawat rumah igloo si Penguin Pingu. Dalam igloo Pingu ni ada beberapa permainan yang boleh dimain berulang kali.













Kegembiraan Hasya berterusan apabila kami masuk ke kelab tarian ballet Angelina.









Dan bermain-main lagi di tapak pembinaan Bob the Builder.







Penat dan penat namun Kelab Kecik Besar ni baru kami tamatkan pada Aras 2, jadi kami ke tingkat yang seterusnya. Di Aras 3 ini ada banyak permainan (rides) ala-ala funfair.



Ramai orang 




Hasya naik heli dengan Mr. Hubby.





Di Knapford Station, gembira betul Hasya dapat duduk di kepala keretapi!



Choo Choo...



Akhir sekali, pengembaraan telah pun selesai. Jadi, bolehlah ke Kedai cenderahati kalau berminat nak jadikan kenang-kenangan kunjungan anda ke kedua-dua taman tema ini.





Bersambung di Part IV.


No comments: