Thursday, April 4, 2013

Damai Seafood Village... Riang Ria di Johor Negeriku! (Part IV)

Bersambung dari Part III.

Selesai beriang ria di Hello Kitty Town dan Little Big Club, perut kami memang terasa lapar sungguh. Nak makan di Puteri Harbour, terasa macam tidak berbaloi. Lagipun saya dan Mr. Hubby dah rancang untuk makan seafood di Damai Seafood Village. 

Pernah dengar tak tentang restoran ni? Sebenarnya saya pun baru-baru ni je dengar. Itupun hasil tanya kengkawan dan blog walking mencari makanan sedap di Johor Bahru. Sebelum ni saya tak tahupun wujudnya Kampung Sungai Danga di mana terletaknya restoran ini. Oleh kerana review yang bagus daripada most of bloggers, maka saya pilih untuk makan di sini.



Nasib baik guna GPS, jadi tak ler susah nak cari restoran

Perjalanan dari Puteri Harbour ke Kampung Sungai Danga ni pun tak la jauh sangat. 



Hadapan restoran


Pemandangan juga cantik di sini. 






Ada pelbagai menu menarik di sini. Terdiri daripada menu masakan Melayu dan Cina. Harganya pun sederhana sahaja. 





Jom layan perut lapar.



Udang goreng butter dengan crispy sotong






Lala

Ayam Goreng Lemon (sos diasing)

Siakap stim ala nyonya

Tentunya kami makan terlebih apabila makanan yang lazat + suasana yang tenang dan permai.



si kecik sibuk belek kad aktiviti Hello Kitty Town

Selepas makan kami pusing-pusing sekejap di sekitar Danga Bay dan sepanjang pantai Lido. Cepat sungguh Johor Negeriku ini berubah. Terlalu pesat pembangunannya. 

Bersambung di Part V.

2 comments:

Maznah Osman said...

harga nya mcm mana? cthnya ayam goreng lemon..

weezana said...

Salam Maznah, dah setahun saya ke sana. Saya dah lupa dengan harga. Tapi rasanya pada kadar yang sederhana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...