JOHOR. Negeri Darul Takzim ini amat dekat di hati saya. Inilah negeri saya dibesarkan. Dari tidak kenal ABC sehingga habis zaman persekolahan, di negeri inilah segala pahit dan manis meniti alam kanak-kanak dan remaja. Dan, hujung minggu yang baru sahaja berlalu ini saya kembali ke negeri yang penuh nostalgia ini.
Johor, saya datang!
Perjalanan ke Selatan tanah air tidak begitu mencabar berbanding dengan perjalanan ke Utara tanah air yang mana terpaksa menempuh bentuk muka bumi berbukit-bukau, berliku dan kesesakan trafik yang luar biasa. Kurang 4 jam kami telah menyusur keluar lebuh raya menuju ke rumah My Sis di Senai, Johor.
Banyak sungguh perubahan di negeri tempat saya bermain ini. Kalau tak kerana bantuan GPS, pastinya saya akan menempuh kesukaran untuk mencari rumah My Sis. Sedangkan 5 tahun yang lalu saya masih mahir lagi selok-belok jalan di daerah Senai. Mana tidaknya, Johor sekarang sudah ada pelbagai tarikan baru. Ada Bandar Nusajaya dan Puteri Harbour. dan esok pagi (Sabtu 30 Mac 2013) kami akan ke Puteri Harbour.
Pagi Sabtu, Hasya amat teruja sekali untuk ke Puteri Harbour. Pagi ini kami akan ke destinasi Riang Ria yang pertama iaitu ke Little Red Cube, Puteri Harbour yang mana terletaknya Taman Tema Hello Kitty Town dan Little Big Club. Perjalanan dari Senai ke Puteri Harbour hanya memakan masa kira-kira 30 minit.
Sebaik sahaja tiba di Puteri Harbour, kami ambil kesempatan untuk melihat-lihat sekitar kawasan tersebut.
Seterusnya, kami menuju ke Bangunan Little Red Cube untuk ke taman-taman tema yang terletak dalam bangunan tersebut.
Saya tidak pasti bangunan ini berapa tingkat sebenarnya. Yang saya diberitahu, Hello Kitty Town berada di Aras 1 bangunan manakala Little Big Club di Aras 2 dan 3. Sebaik sahaja menaiki eskalator, pandangan kami tertumpu kepada Restoran Lat's Place.
FYI, restoran ini tidak menawarkan hidangan sepanjang masa sebaliknya hidangan dibuat secara berjadual. Ini kerana pengunjung akan dihiburkan semasa makan. Justeru, restoran ini dibuka untuk makan tengah hari (hujung minggu sahaja) dan makan malam. Kami tidaklah terasa untuk makan di sini, cuma lukisan-lukisan Dato' Lat pada dinding luar restoran ini begitu menarik perhatian Hasya dan Khayra.
Juga decor yang bermotifkan tradisional dan kampung.
Terdapat juga kedai cenderahati Lat yang dijual untuk peminat-peminat kartun ini.
Bersambung di Part II.

Menuju ke Bangunan Little Red Cube |
Sebaik sahaja tiba di Puteri Harbour, kami ambil kesempatan untuk melihat-lihat sekitar kawasan tersebut.
kapal layar mewah |
Seterusnya, kami menuju ke Bangunan Little Red Cube untuk ke taman-taman tema yang terletak dalam bangunan tersebut.
Saya tidak pasti bangunan ini berapa tingkat sebenarnya. Yang saya diberitahu, Hello Kitty Town berada di Aras 1 bangunan manakala Little Big Club di Aras 2 dan 3. Sebaik sahaja menaiki eskalator, pandangan kami tertumpu kepada Restoran Lat's Place.
FYI, restoran ini tidak menawarkan hidangan sepanjang masa sebaliknya hidangan dibuat secara berjadual. Ini kerana pengunjung akan dihiburkan semasa makan. Justeru, restoran ini dibuka untuk makan tengah hari (hujung minggu sahaja) dan makan malam. Kami tidaklah terasa untuk makan di sini, cuma lukisan-lukisan Dato' Lat pada dinding luar restoran ini begitu menarik perhatian Hasya dan Khayra.
Lat's Place |
Juga decor yang bermotifkan tradisional dan kampung.
Terdapat juga kedai cenderahati Lat yang dijual untuk peminat-peminat kartun ini.
Tumbler |
Beg |
T-shirt |
Bersambung di Part II.
No comments:
Post a Comment