Tuesday, April 9, 2013

Step by Step... Lala Masak Masam Manis

Lala adalah sejenis siput. Ada juga orang panggil Lala ni sebagai `retak seribu'. Sebabnya corak pada kulit lala yang kelihatan retak beribu-ribu. 

Lala sememangnya merupakan antara makanan laut kegemaran kami sekeluarga. Lala, kerang, ambal, kupang, memang menjadi pujaan selera. Hari ni saya nak kongsi resepi Lala Masak Masam Manis. 




Masakan ni ada rasa pedas, manis, masam. Memang sedap sangat makan dengan nasi putih. 


Bahan-bahan

1/2kg Siput Lala
6 batang cili kering (rendam buang biji) - kisar
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
1sk gula
sedikit air - untuk tambah kuah
sedikit daun sup- hiris halus

3 ulas bawang merah (kecil) atau sebiji bawang merah (besar) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris


Cara-cara

Basuh lala sehingga bersih, toskan.





Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawah putih dan halia.





Masukkan cili kisar. Tumis seketika sehingga cili masak.





Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.





Masukkan sedikit air untuk kuah. Masukkan lala, kacau sehingga lala masak. Apabila cengkerang lala bertukar warna kepada warna putih pink, dah masaklah tu tandanya.




Masukkan daun sup. Kacau seketika.




Angkat dan hidang panas-panas.





Sekian. 

4 comments:

adda syuhada said...

pengsan...adda memang suka sgt lala masak cmni..

weezana said...

jangan pengsan.. lala tengah banyak jual kat pasar malam :)

sarah mohamad said...

nyumssss sedapnyaaaaa saya suka lala masak serai pun sedap :)

weezana said...

lala memang sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...