Monday, June 9, 2014

Cotton Soft Japanese Cheesecake (with Cream Cheese & Almond Frosting)



Saya dah banyak kali buat kek ni. Masa di US dulu siap dapat tempahan daripada kawan-kawan. Pernah satu malam tu, saya buat 3 biji kek ni. saya pernah buat saiz 9 inci bulat, bentuk petak dan saiz 8 inci bulat. Dulu masa tengah study, saya akan hadiahkan sebiji kek ni buat kawan-kawan rapat pada hari jadi mereka. Setakat nilah semua kawan-kawan memang bagi feedback yang sangat baik. 

Meskipun resepi asalnya kek satu perisa sahaja, saya pernah buat versi marble.Toppingnya juga saya pelbagaikan antaranya topping blueberry, topping cream cheese dan topping-topping yang ready made dari Betty Crocker. Dipendekkan cerita, entah berapa puluh Cotton Soft Japanese Cheese Cake telah saya hasilkan menggunakan resepi Alma di Myresepi

Rupa kek tanpa topping


Kek ni bukan sebarangan kek. Kek ni sangat gebu dan lembut. Rasanya sangat sedap. Kek ni juga tak sesuai dimakan panas. Kena sejukkan sehingga betul-betul sejuk, barulah naik rasa kejunya. Dan buat pertama kalinya ini saya kongsikan buat semua pembaca LifeisColorful, Step-by-Step untuk menghasilkan kek yang menjadi pujaan ramai ini. 

Dan yang istimewanya juga, topping yang saya kongsikan ini merupakan antara topping yang paling sedap dan paling sesuai untuk kek ini. FYI, tanpa topping juga, kek ini boleh dinikmati dengan lazatnya. Selera adalah mengikut tekak masing-masing.

Bahan-bahan (saya guna loyang round 8 inci)

Bahan A
250g cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur (saiz A)
1 sudu besar jus lemon
1/4 sk garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung

Bahan B
140 gula (guna je guna biasa atau gula kastor)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon

Cara-cara

Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. 



Asingkan telur kuing dan telur putih. Seboleh-bolehnya jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih tu. Telur putih letak dalam mangkuk adunan yang lebih besar.



Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Dan kemudian tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja).



Hasil selepas digaul sebati


Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Pastikan sampai bertanduk, kalau tidak kek anda akan bantat okeh. Lama pun takpe sebab memang kena bertanduk.



Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu dan kacau smpai sebati. 


Hasil selepas dikacau sebati menggunakan spatula


Sediakan loyang kek yg bulat berukuran 8 inci. Tuang adunan kek dlm tin kek.



Bakar kek dlm kira-kira sejam (saya memang bakar 60 minit) dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C/325 degrees F. Gunakan rak membakar yang agak bawah. Untuk informasi mengenai kaedah waterbath ini, sila klik sini

kek baru masuk oven

Kek selepas sejam
Hasilnya:

Masih dalam loyang

Dah keluar loyang

Selepas tu kena sejukkan kek barulah boleh buat topping. kalau buat topping cream cheese, bahan-bahannya seperti di bawah:

120gm cream cheese
60gm butter
60 gm gula aising

Putar je semua bahan tu sampai sebati.



Selepas tu sapu dengan berhati-hati atas kek. Kek ni lembut tau, tak boleh kasar-kasar.


buat garisan guna garfu je

Pastu taburkan kepingan badam yang telah digoreng tanpa minyak. Lepas tu simpan semula dalam peti sejuk sehingga anda nak makan kek ni.




Dan waktu untuk potong kek. 



Dan ini nota tambahan dari Alma MyResepi untuk kaedah membalut loyang semasa nak bakar kek:

Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Sekian.

85 comments:

Hayani Nor said...

nampak cantik cheese kek without topping tu.. saya penah try buat cheese cake tp x penah jadi.. huhuhu

Assalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee

weezana said...

Wasalam Hayani, saya mula2 buat kek dulu pun ada sahaja yg tak jadi. tapi kalau ikut betul2 cara yg betul, sebenarnya kita boleh hasilkan kek yang sama jadinya dengan kek yg kita jadikan contoh. Kadang-kala tu kita tersilap step atau kurang fokus. Terima kasih sudi melawat blog ni, nanti saya lawat blog puan.

Inayah bb said...

huhu.. tima kasih sudi share. sy nampaknya dh jadi peminat baru!!

mlm ni ingt nak wat marble kek dh lama nak try. gugle je terus kuar blog ni. ni mmg paling mudah pernah sy guggle. xde mesin, manual tgn aje la.. sedap sgt2.. sy nak try sume resepi la.. he. 1st time baking, bdk baru belajar.. alhamdulillah, anak2 suka.

weezana said...

terima kasih inayah sbb sudi cuba.. hepi dengar yg anak2 pun suka..

niesa yusof said...

Salam...sis xpyh gune kertas alas ye...?senang ke nk keluarkan kek 2....?thanks sis.....

weezana said...

wassalam niesa,

saya tak pernah lapik kek ni dengan baking paper. Senang nak keluarkan, tapi tunggu sejuk dahulu.

BedungGallery Wholesaler said...

Assalam
Jika guna self raising flour bg ganti tepung kek tu ok tak?

weezana said...

Wassalam cik bedunggallery, resepi ni x pakai baking powder. tepung self rising tu ada baking powder. jadi saya tak pasti nanti jadi apa.

lebih baik kalau ganti dengan tepung gandum biasa :) saya rasa tak ada masalah.

Norizan said...

Saya cuba buat kek ni pagi tadi...saya guna api bawah sahaja so atas dia x jadi mcm kaler coklat yg puan buat tu...guna api atas bawah ke puan?

weezana said...

Salam Norizan, guna api atas dan bawah. dan saya memang tunggu sampai permukaannya warna coklat begitu, baru saya cuba cucuk kek.

Haizie Suhaiza said...

salam,
jus lemon tu boleh ganti dgn ape2 x? sunquick ke?
teringin nk try.hopefully jd.

weezana said...

Wassalam Haizie,

Saya tak pernah gantikan jus lemon tu dengan perisa lain. Sebab rasa lemon tu amat sesuai dgn kek ini. Selain daripada jus lemon dari buah lemon, boleh juga gunakan lemon estrak yg ada dijual di pasaraya.

Semoga berjaya.

mardiana abu darin said...

Tq ajarkan step by step. Br buat tak jdk, tp bile ngk langkah TDK, dah nampak byk buat kesilapan...tq so much!

weezana said...

Sama2 mardiana,

Ikut betul2 langkah tu, insyaallah jadi. pastikan bertanduk ye pukul putih telur tu.. kalau tak dia jadi bantat macam puding.

mars said...

Salm,I've yrief this recipe once.not as fluffy as I expected to be,quite moist.tp the still tasted delicious
Planning to bake again tmrw
Will try with the icing recipe above with badam yumm

weezana said...

wassalam. mars, guna telur saiz besar n stir the white eggs extra peak :)

cikjulita said...

salam sis.. sy dah buat ikut resepi ni.. alhamdulillah jd n sedap sgt.. sy dh sebarkan resepi sis ni pada kwn2.. mohon share ye sis. terima kasih :)

sue haila said...

Nk try bt la esok..as bday kek my girl...hope mnjdi...

weezana said...

Alhamdulillah cik julita :)
sue haila, semoga menjadi ye.

Honey_88 said...

Nk try tp xda pnimbang kt rumh huhu..ble bg ukuran cwn tk hehe..

weezana said...

Honey_88,

sukatan kek ni kena tepat. beli penimbang yang murah sahaja. saya pun guna penimbang yg tak canggih (bukan digital).boleh pakai sepanjang hayat Insya-Allah..

Norani Nani said...

kalo ganti lemon juice ngan jus limau kasturi blh x yer?

weezana said...

Norani, boleh tu memang boleh... tapi the taste akan berbeza..

hunhan said...

tepung tu bole tukar dgn.tepung laen x . cam tepung gandum ka ?

weezana said...

hunhan, tepung kek tu boleh tukar kpd tepung gandum (ayak 3 kali). tapi tepung jagung, tak boleh.

Syaliz Monaliza said...

jika nak guna telur gred B kena guna berapa biji ye?

weezana said...

Syaliz, lebihkan sebiji..

Cik Yana said...

Dah try buat, alhamdulillah jadi. Cuma nak kongsi fungsi lemon tu. Lemon selain utk cover hanyir telur, ia juga bertindak sebagai penstabil meringue (putih telur) supaya tak kembali cair. Kalau ada cream of tartar pun boleh guna. Tq resepi ni ye. Senang dan sedap.

weezana said...

betul tu Cik Yana.. thanks:)

Zam Zarina Zahid said...

Salam sis. Sy nak tnya, lepas bakar 60min, terus keluarkan dari oven atau biarkan sehingga sejuk di dalam oven dgn pintu oven tertutup? Terima kasih 😀

weezana said...

Wassalam zam.. boleh keluarkan daripada oven selepas 60 min.. yg penting kena masukkan dalam peti sejuk.

Zam Zarina Zahid said...

Okay nak cuba buat ni, terima kasih yer zana

weezana said...

Sama-sama Zam.

Unknown said...

Nk pukul telur tu smpai jadi yg bertanduk tu maksudnya mcm mana ye sis ?

weezana said...

Unknown...

bertanduk tu maksudnya, kalau kita tarik pemutar tu.. telur putih tu akan ternaik sama.. ada contoh gambar.. takpun, google utk carian `soft peak'.

wardah janah said...

Salam kak, kalau air tu kita x guna loyang kedua but terus letak air dalam tray yg dalam oven tu boleh tak? Akan ada effect ppe ke pada kek? Thanks :)

weezana said...

Wardah janah,

wassalam, boleh. asalkan ada air dan air x kering sehingga kek masak.

puteri myra said...

Salam kak..
Springfoam pan tu yg boleh bukak tepi tu kan bgi senang kluarkan kek. Tp sy hanya ada loyang biasa xde bukak tepi tu boleh pakai tak? Or sy kena beli jugak springfoam pan tu?

weezana said...

wassalam puteri myra,

guna loyang biasa pun boleh.

farnas said...

Saya gantikan lemon tu dgn sunquick..rasa sedap tapi keknya x berapa naik..mmg kna guna lemon la pasni..

weezana said...

farnas, guna lemon,

kek ni sensitif sikit... :)

karen philip said...

Brapa sukatan untuk tartar cream ye??sya nak buat tp tak ada lemon pla kat rumah???

weezana said...

karen,

saya x pasti sbb saya guna jus lemon.

Wirdiana Wati said...

Salam sis.. Nak tanye. Mcmane nak elak kek dr berkedut di atas? Walaupun sy biar beberapa minit dlm oven selepas masak utk elak kek turun cept.. Tapi Still ade kedut jgk.

weezana said...

Wassalam Wirdiana,

Kek memang akan turun sedikit. Bila kek ni turun, maka akan kedut sedikit. Tapi, taklah sampai mencacatkan rupa dan rasa. Masih ok sangat sepatutnya.

abdul hakim ibrahim said...

As salam... Kek mmg lembab ke dibahagian tgsh2.. Saya da buat step yg betul.. Mmg lmbut dan mudah pecah yea..

weezana said...

Wassalam abdul hakim, kena sejukkan dalam refrigerator.. kek ini akan firm selepas sejuk.

ummi.milk.in said...

Salam sis,
nk tanya..cmne nk kuarkn kek yg dh masak dr loyang tu..cantik je kek sis ni :)

weezana said...

wassalam ummi..

Tunggu kek sejuk, selepas tu terbalikkan atas bekas rata (pinggan rata pun boleh). kemudian terbalikkan sekali lagi atas bekas yang memang kita nak letak kek.

Atau

Guna loyang yang boleh buka tepi-tepinya. lepas tu tolak perlahan-lahan untuk letak atas bekas yang kita mahu.

~~Miss Mirashiko~~ said...

Salam sis..baru nk cube buat resepi ni..tp oven rosak plak.. (T_T) ade care lain x sis? Kot bly kukus ke..??

ummi.milk.in said...

Salam sis,
oo, kena tunggu sejuk dulu ye..mmg x lekat eh kt base tu?
ok, sy kena try g next time.
nway, thanks for sharing..

putri_nian said...

lemon tu bole digantikan dgn cuka mskan kan sis.. 1sk cuka msakan shaja dah try wat.. soft kek ni

putri_nian said...

lemon tu bole digantikan dgn cuka mskan kan sis.. 1sk cuka msakan shaja dah try wat.. soft kek ni

weezana said...

Miss Mirashiko, tak tahulah boleh kukus ke tak.. takut jadi puding pula.

weezana said...

Wassalam ummi, guna loyang yang non-stick.. tak pun lapik dengan non stick baking paper.. untuk menambah keyakinan kek tak lekat.

weezana said...

Putri nian, saya tak pernah substitute dgn cuka masakan.. memang selama ni guna lemon :)

~~Miss Mirashiko~~ said...

Salam sis..punye la smangat nk cube resepi kt blog sis...sanggup bli oven baru.. dah try 2 - 3 resspi dlm blog sis..mmg terbaik sis..thanx coz sudi share resepi2 menarik kt sini..n bnyk lg nolk cube lepas ni.. =D

weezana said...

Wassalam Miss Mirashiko...

Alhamdulillah.. terima kasih juga sudi baca dan cuba resepi2 di blog saya ya.. salam kenal.

asHTia Collections said...

Salam sis.. Sebelum keluar kan dr loyang kena sejukkan dlm peti ais dulu ke.. Sbb sy keluar jadi pecah2... Potong pun kek pecah2... 2x dah buat jadi mcm tu... Sy tak sejukkan dlm peti

weezana said...

wassalam.. kena sejukkan dulu. nanti teksturnya akan jadi firm.

Chubby Gurl said...

Sy dh buat ikut cara di atas tp bila cucuk tester di tgh2 kek masih lg basah/berair. Mcmn nk buat ye?

weezana said...

Chubby Girl, kek ni memang moist (lembap sedikit). tapi kalau dicucuk tu dia tak lekat pada penyucuk, kira dah masak. masuk dalam refrigerator, kek ni akan keras.

airwansah juhansah said...

Alhamdulillah... da try resepi nya.. jadi jga.. First try... jadi.. sya gantikan batter dgn mayonis... bab batter time sya buat ni x ada kat umah stock.. so.. jadi jga la..

Unknown said...

Kalo x gune jus lemon tu tapi gune cream of tartar boleh kan??

weezana said...

boleh rasanya.. sebab saya pun pernah jumpa resepi yg guna cream of tartar.. tapi saya memang guna jus lemon :)

Afif Akmal said...

nak tanya apa maksud gunakan rak yg agak bawah...

weezana said...

Afif,

kalau guna oven yang agak besar, ada beberapa tahap rak (dalam 4-5). Jadi, jangan guna tahap yg tinggi sangat.. bawah2 sahaja (tahap ke 3-4).

Sue Zan said...

Maaf..boleh sy tahu.. sebelum adunan tuang dalam loyang tu.. Nk letak baking paper tak.. (loyang saya biasa punya.. bkn non stick

weezana said...

Sue Zan, lebih senang nak keluarkan kek kalau lapik dengan baking paper.

ummu mumu said...

kak nk tnya . kenapa kek yang syaa buat makin lama makin mengecut and kedut2

weezana said...

ummu, mmg akan mengecut sedikit dan berkedut...

fariza ismail said...

Salam sis,Saya dh.buat byk.kali.kek.ni,setiap kali.buat mesti merekah semekar2nya,jd bila mengecut jd kurg cantik.Pernah letak aluminium foil pun.begitu jgak..ada apa2 tips tak?

weezana said...

wssalam fariza,

saya nak cakap pun, saya tak pasti kenapa. saya memang takde tips nak beri. memang kek ni mengecut sedikit tetapi taklah mengecut sangat.

Nana said...

Nak cuba tp takot jd mcm mengecut sume tu huhu..
Sbb penah cuba newyork cheesecake, dia x gebu dan mendap. Tp mgkn sbb lepas bakar sy biarkan dlm over dlm keadaan pintu di buka..

TheMyneem said...

Salam sis.. sy da try resepi ni.. 1st time buat.. dr segi rupa n rasa da cntik da.. sedap sngt.. tp texture kek ni x berapa nk set sngt la.. bila dipotong agak pecah2.. da sejukkan dlm peti sejuk da.. tp x keras2.. adakah lepas masak 60 mint tu kna trus simpan dlm peti sejuk or mcm maner.. sbb sy biakan sejuk kek tu dlu bru masuk dlm peti sejuk..

weezana said...

Wssalam Themyneem, masa cairkan krim keju tu kalau boleh jangan berketul-ketul. Biar creamy dan sebati. Kalau berketul-ketul nanti dia berkumpul setempat.

Unknown said...

Salam,nak tanya kalau cheese kek ni adunannye terlupa letak garamakn menyebabkan kurang rasa ke..

Juliana Sahbudin said...

Salam,nak tanya kalau cheese kek ni adunannye terlupa letak garamakn menyebabkan kurang rasa ke..

Mar Suliman said...

Kek ni mmg ade lembab dan basah ckt ke? Dh buat 3x, teksturnye tetap sme. Wlpn dh sejukkan 1 mlm dlm peti ais stil ade lembab2..ke mmg cmtu? Bkn mcm span, ble tekan kembali bentuk asal.

weezana said...

Juliana Sahbudin, akan jejas sedikit.

Mar Suliman, memang lembap2 sikit. bukan macam kek span.. sebab yang ni banyak krim keju...

nabilahhsyahira said...

Cheesecake ni kalau tak simpan dalam peti ais boleh tahan berapa lama ye ? Lagi satu kek tu biar die sejuk dulu baru keluarkan dari loyang kan ?

weezana said...

Nabilah, saya pernah simpan paling lama seminggu je.

Ya, tunggu sejuk baru keluarkan.

Hanis said...

Sy bru try first time. Klu terisi dulang pembakar tu dgn air room temp mcm mna. Sy bru perasan kt bwh skali tu kata kena isi air panas..huhu

weezana said...

Hanis,

Boleh. nanti air tu akan panas juga.

Unknown said...

Baru je buat kek ni ikut resepi sebijik2. Memang menjadi. Sedap sangat! Lembik sikit sebab tak sabar nak tunggu letak dlm fridge 😂 terima kasih atas perkongsian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...