Friday, June 27, 2014

Roti Pizza yang sungguh soft (meroti sebelum Ramadhan)



Resepi ini adalah antara resepi roti yang terbaik dalam koleksi LifeisColorful. Tekstur roti sangat soft dan sedap dimakan meskipun telah sejuk. Kalau baru dibakar atau dipanaskan, tentunya roti ini sangat-sangat sedap dikunyah. Adunan dohnya yang firm menyebabkan roti ini mudah dibentuk dan diletak inti. Malah, tidak melekat-lekat pun pada tangan.

Menjelang Ramadhan lagi 2 hari ni, wajarlah saya meroti. Ini kerana, sepanjang Ramadhan nanti, tentunya roti sukar untuk mendapat tempat di hati kami sekeluarga. Sedangkan tepung roti masih ada lagi dalam simpanan. 

Justeru, kali ini, resepi Roti Cheese sebelum ini, saya tambah nilai menjadi Roti Pizza. Dan saya guna juga 1/3 daripada doh ini untuk buat bun cheese kosong yang sesuai dicicah dengan kari. Bagi sesiapa yang masih belum tahu cara membuat water roux, boleh klik di link water roux tu.



Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tak letak sebab takde stok, saya letak 1sk bread improver)

Topping atas roti yang anda suka: Mozarella, Cheddar, Italian Herbs (kalau takde, Parsley & Oregano Flakes pun ok), sedikit sos cili dan mayonis, hirisan sosej.    

Cara-cara

Saya masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.




Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 8 bahagian.



Saya griskan loyang (guna mentega). Lima biji doh tu saya canai sedikit (leperkan).



Lebihan 3 biji doh, saya bahagikan dua untuk setiap satu biji doh (total jadi 6 biji). Susun dalam loyang, jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang. 



Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat. Boleh hias doh dengan topping yang anda suka.

Roti pizza yang semakin mengembang

Bun cheese (cuma tabur cheese je atas dia)
yang mengembang dan menjadi rapat-rapat. 

Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. (saya guna 170 darjah dan bakar selama 20 minit). Api atas bawah sehingga roti masak.

Rupa roti pizza yang dah masak

Ini bun cheese


Roti sudah masak. Boleh dimakan atau dipotong sebelum makan. Ikut suka hati anda, asalkan anda gembira.

Roti Pizza


Bun Cheese dengan kari ayam

Sekian.

2 comments:

Mama Eqalicha said...

Kalau tgk gambar2 piza ni mase puasa nnt mesti nangis punye... hihihi

weezana said...

hihihi... jgn tengok siang hari.. tengok di malam hari sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...