Monday, May 7, 2012

Membuat Water Roux

Kalau terjumpa resepi roti yang memerlukan `water roux', anda jangan panik. Sebenarnya senang je nak buat `water roux' ni. Namanya je yang susah nak sebut, tapi bahan-bahan untuk membuat `water roux' ini sangat mudah. Nak membuatnya pun mudah. Sekejap je.

Anda cuma perlukan 2 bahan seperti berikut:

50gm tepung gandum
250ml air




Masukkan kedua-dua bahan ini dalam periuk kecil. Kacau sentiasa di atas api dapur yang perlahan. Bahan campuran ini akan menjadi pekat. Tutup api setelah adunan tersebut pekat.



Campuran pekat ini yang dinamakan `water roux'. Anda perlu sejukkan sebelum digunakan. Boleh juga simpan dalam peti sejuk.

Senang je kan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...