Thursday, May 17, 2012

Pelam-pelam Harumanis... (Org Perlis mesti manis2)

Ada hari kita akan berada dalam situasi langsung tidak bertuah. Mungkin pada hari tersebut, kita akan dimarahi oleh bos, mungkin akan bangun lambat atau mungkin akan tersekat dalam traffic jam.

Tapi hari ini, saya rasa bertuah sesangat sebab tiba-tiba menjelma sekotak encik-encik Pelam yang datang dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis. 


Apabila sebut tentang `Perlis' tentunya sinonim dengan Mempelam Harumanis. FYI, `Harumanis' dah jadi trademark untuk negeri Indera Kayangan nih. 



Tak sangka pula, tahun ni dapat merasa mempelam yang sangat harum, manis dan sedap rasanya. Baunya sungguh semerbak, sesapa yang berada dalam lingkungan jarak 50 meter persegi pasti akan terbau mempelam ini. Berkemungkinan jika ruang-ruang pejabat tidak ditutup oleh dinding, jarak 100 meter persegi juga akan memberikan impak yang sama. 


Sekotak pelam tersebut bukanlah untuk saya. Sebaliknya My Boss bagi kat kami di opis ni untuk potong dan menikmati rezeki tersebut bersama-sama. Maka Puan Afiza yang cantik dan semanis pelam ini telah mengupas pelam-pelam tersebut.


Ada 3 jenis pelam-pelam. 


Tada.... Beginilah rupanya setelah dipotong.



Sekian, terima kasih.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...