Saturday, May 26, 2012

Cerita Tentang Limau Bali & Mentor-Menti

Limau yang besar


Sebenarnya saya bukan peminat limau bali. Saya juga tak sangka suatu hari nanti saya akan menulis tentang limau bali. Nampaknya hari tersebut hadir jua dan saya sedang menulis tentang limau bali.

Isi Limau Bali


Terus-terang juga bahawa saya tak tahu yang limau bali (English: Pamelo) ada nama panggilan yang lain. Rupa-rupanya limau ini juga dikenali sebagai `limau tambun'. Maka, seperti mana namanya, limau ini memang banyak ditanam di Tambun, Perak.

Kenapa tiba-tiba saya tulis tentang `limau bali'. Sebabnya, tanpa dirancang saya dikelilingi oleh Citrus Grandis ini. Nampaknya, lokasi saya adalah di Tambun, Perak. Atau lebih tepat saya berada di Hentian Limau Tambun.

Replika Limau Bali


Sign Board Hentian
Deretan kedai


Di hentian ini, ada barisan gerai limau bali yang menjual pelbagai saiz buah ini. Ada yang digantung menggunakan tali dan ada juga yang disusun atas lantai.

Limau Tambun yang digantung
Disusun atas lantai


Kemesraan peniaga di sini


Peniaga di sini akan menyambut anda dengan penuh mesra sambil mempelawa anda untuk merasa kesedapan limau tambun ini. Selepas rasa, kenalah beli ye.


Puan Mis sedang merasa buah Limau

Hati Puan Mis sudah terpaut


Walau bagaimanapun saya tak terasa untuk merasa limau ini. Entahlah kenapa, saya memang tak berapa minat dengan limau bali. Oleh itu saya tak beli.




FYI, saya singgah di Hentian Limau Tambun ini semasa perjalanan pulang dari Kursus di Ipoh. Kursus Mentor-Menti.

Takde kena-mengena dengan program Mentor kat TV3 tu


Tapi yang hadir ni semuanya Mentor.

di Sky Lounge MH Hotel



Kami belum tahu lagi siapa yang bakal jadi Menti kami. Kami juga tak tahu sama ada Menti kami adalah Menti Emas, Hijau, Biru atau pun Jingga:)

First Batch Mentor Jabatan Penyiaran 2012

Sekian.

No comments: