Saturday, May 19, 2012

Apa ada di Kota Kinabalu (formerly known as Jesselton)

Hujung minggu ini nampaknya kena kerja lagi. Nampaknya juga kena keluar dari ibu kota lagi. Dan kali ini kena merentas Laut China Selatan. Saya akan terbang menggunakan sayap besi untuk ke Negeri Di Bawah Bayu. Kota Kinabalu destinasi dituju.

Dah nak landing


Tujuan kali ini kerana ada perasmian bangunan baru KPKK di Negeri Sabah. Untuk entry hari ni, saya belum nak cerita tentang event ni. Seperti biasa mari kita tinjau dulu, apa yang ada di Kota Kinabalu.

Tentunya antara yang menambat hati para wanita  ialah Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih popular dengan nama Pasar Filipina (Filipino Market). Kenapa nama pasar ini `Filipina'? Orang Filipina je ke yang jual kat sini? Hurmmm?

Dalam Pasar Filipina


Rupa-rupanya, pasar ini ada sejarahnya. Bangunan pasar ini pernah menjadi penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah akibat perang di Selatan Filipina sekitar tahun 1970-an.



Pilih-pilih

Pilihan yg mega banyak


Bersebelahan Pasar Filipina ini pula ada pasar yang jual pelbagai bahan-bahan masakan yang best.

udang kering

sotong kering

Ikan Keropok

Kuda Laut, tapi saya tak makan ye.
Naga laut pun saya tak makan

Tulang ikan Yu, saya tak makan juga

Kaki dah mula lenguh dan penat, hari pun dah semakin gelap. Nak makan kat mana ni? Nak pergi jauh-jauh dah tak larat ni. Tiba-tiba tercium bau makanan yang dibakar. Ada bau ikan bakar, udang bakar, ketam bakar, sotong bakar....

Pilihan ikan

Ikan Jenahak & Ikan Merah
Sotong Bakar


Tak perlu pergi jauh-jauh, kat sebelah Pasar Filipina je tempat ni. Malam-malam memang meriah. Macam-macam Grilled Seafood ada. Kepak ayam bakar pun ada jual. Rasa nya pun ok, harga pun ok cuma tempat ni sangat berasap.  

Kepak Ayam
Fiza

Ikan dan sotong bakar
Kepak ayam

Selesai makan, sambung jalan-jalan kat pasar malam pula... Sunggguh panjang malam ini....

No comments: