Rupa-rupanya belajar buat roti memang banyak ilmu-ilmu rahsia yang harus didalami. Salah satunya adalah `water roux'. Apabila saya tahu bagaimana nak membuat `water roux' dan berjaya menggunakan bahan ini untuk membuat roti, maka roti yang saya buat sungguh lembut teksturnya. Kelembutan roti ini membuatkan saya sendiri seperti tidak percaya yang saya dapat menghasilkan roti setanding dengan bakery yang menjual roti. Memang lembut babe!
Kalaulah saya tahu betapa senangnya untuk membuat `water roux', dulu-dulu lagi saya dah guna bahan ni. Selama ni saya ingat susah dan cerewet, takut tak jadi. Rupa-rupanya mudah sangat. Kejap je buatnya. Bahan-bahannya pun cuma tepung gandum dan air sahaja. Patutlah ramai blogger yang bercakap tentang perbezaan membuat roti menggunakan `water roux'. Memang berbeza sungguh hasilnya. Meskipun dah dibiarkan lebih 8 jam, roti saya masih lembut dan gebu. Kalau panaskan guna microwave, kelembutan roti yang saya buat seolah-olah baru sahaja dibakar dan dikeluarkan dari oven!
Lepas ni, saya akan tambah `water roux' dan guna resepi yang ada bahan ini. Hari ni saya buat Cheezy Bread atau Roti Keju. Sesuai untuk peminat-peminat keju di seluruh dunia. Resepi ini juga amat sesuai digunakan untuk membuat roti bun pelbagai perisa. Saya juga guna separuh adunan untuk buat bun berinti sardin. Bun comel ini saya masukkan dalam muffin casing. Comel sungguh tau!
Cara buat `water roux' klik sini.
Cara buat `water roux' klik sini.
Bahan-bahan
380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tambah)
Mozarella/Parmesan Cheese dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti
Cara-cara
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tambah)
Mozarella/Parmesan Cheese dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti
Cara-cara
Masukkan semua bahan
kecuali air ke dalam mangkuk mixer dan gaul
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.
Saya guna BM, saya masukkan semua bahan dan biar BM uli dalam 10 minit. Kemudian saya masukkan mentega. Saya biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.
Apabila BM dah siap menguli, saya keluarkan doh dan uli doh ikut bentuk yang saya suka. Oleh kerana doh yang dapat agak banyak, saya buat dua jenis roti:
1. Roti Cheese saiz besar dalam loyang 9 X 9 inci
2. Roti bun kecil yang saya masukkan dalam muffin casing.
Roti bun comel tu saya letak inti iaitu sardin.
Sebelum letak doh atas loyang, jangan lupa sapukan sedikit mentega atas loyang. Taburkan cheese
and gula dan biarkan doh naik lagi sekali ganda. Lebih kurang 40 minit.
Bakar 160 - 170 degree
selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.
5 comments:
as salam sis, thanks for the recipe... sy nak tanya, water roux tu klu smpan dlm pt. ais blh thn brp lama ye? tengkiu..
wassalam Nurul. water roux tu saya pernah simpan dalam 2 minggu. lama dari tu, tak pernah :)
Salam..kalau gne tepung gandum.bley x?
wassalam Faezah,
nanti hasilnya tak sama. tepung roti/high protein mmg khas utk buat roti.
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com.
Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.
Resepi tidak diambil. Namun, kredit dan link kepada blog puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: iluminasi.com/bm/resepi-cheese-stick-paling-gebu.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi dengan kadar segera melalui email: amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
Post a Comment