Sunday, May 13, 2012

Step by Step... Muffin Coklat Kasih (Selamat Hari Bonda!)



Jangan berfikiran sempit, anda tidak perlu jadi seorang ibu untuk menyambut hari ibu. Sebaliknya, semua orang boleh menyambut Hari Ibu kerana semua orang ada ibu masing-masing. Tak ada sesiapa yang lahir di dunia ini tidak beribu. Tak pernah saya dengar bayi lahir `tanpa ibu', kalau `tanpa bapa' tu pernahlah juga dengar.

FYI juga, insan yang memulakan sambutan Hari Ibu ni namanya Anna Jarvis. Anna lahir di sebuah pekan kecil di Webster, West Virginia. Anna memulakan sambutan Hari IBu pertama pada tahun 1908 dan menjadi sambutan komersil sekitar tahun 1920-an.

Fakta yang anda perlu tahu juga:
Anna Marie Jarvis tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak.

Justeru, kasih sayang itu tiada batasan. Saya punya ibu dan anda juga punya ibu. Sayangilah ibu anda setiap hari. Selamat Hari Bonda kepada ibu saya Puan Sharipah yang sangat penyayang, tabah dan sentiasa memasak makanan yang sedap untuk saya.

Mom is such
A special word
The loveliest
I've ever had...




Maka dengan jutaan kasih sayang, Life is Colorful mempersembahkan Muffin Coklat Kasih sempena Mother's Day ini untuk santapan ibu-ibu tersayang. Resepi hebat dari Yani di MyResepi. Saya cuma cantikkan lagi sikit Muffin ini. Resepi ini sungguh chocolatey. Penggunaan tepung juga amat sedikit berbanding kuantiti coklat. Sungguh special untuk penggemar-penggemar coklat.


Bahan-bahan (saya dapat 17 muffin, guna bekas kecil)

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum (saya guna tepung kek/superfine)
1 sudu kecil baking powder             


Nota: Untuk hiasan saya tambah sedikit Biskut Oreo yang telah dikisar dan kepingan badam.

Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boil.


Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Tutup api. Ketepikan.


Dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Saya pukul pakai spatula je.


Masukkan coklat cair tadi dalam mangkuk telur. Kacau sebati lagi. Panaskan oven 170 darjah.


Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.


Saya sudukan adunan dalam bekas comel untuk cupcakes. Saya letak 2/3 isipadu bekas.


Susun atas loyang pembakar.


Kemudian, saya tabur serbuk kisaran biskut oreo dan letak 2 keping badam slices pada setiap bekas comel.


 
Bakar sehingga masak tapi jangan terover baked. Yani masak 20 minit sebab muffin cup dia besar. Sebab bekas saya kecik, saya bakar cuma 15 minit. Jangan bakar lama nanti kek jadi tak best. Yani kata, kalau lembik sedikit pun takpe, nanti bila sejuk dia akan keras sendiri.

mula-mula masuk

Tu dia dah naik semua!

Apa-apapun, Muffin Comel saya memang naik dengan cantik dan menawan. Memang mewah rasa coklat dan ada crunchy2 sikit sebab saya tambah serbuk sekut Oreo. Sebabnya, dalam hati saya memang ada taman. Muffin ini sungguh cantik rupanya dan sungguh sedap rasanya. Dah la nak membuatnya pun mudah sahaja.



Sekali lagi dari blog yang sungguh berwarna-warni ini saya tujukan `Selamat Hari Bonda' kepada semua wanita-wanita di seluruh dunia. Jadilah wanita yang tabah, berguna, bijak dan berwawasan. Peace....

3 comments:

Unknown said...

Kak wee effa buat tak jadi la... dia kembung naik tapi bahagian tengah dia jadi lembik... lepas 15 min angkat je jadi kempis pastu bahagian yg lembik tu tak masak. Huhukhuhukkkkkkk 2 kali effa buat 2 kali tak jadikk.. huhuhuhuuuu

weezana said...

oven panas sangat tu. oven lain2 sebenarnya. jadi kalau cuba lagi, kurangkan suhu dan lebihkan masa pembakaran. masa bakar tu dia memang naik, tapi dia akan masak.

Unknown said...

lama effa tunggu kak wee reply hihihiii... ok2 nanti try lagi sekali. tq kak..