Pagi semalam sebelum bertolak balik ke Ibu Kota, saya ajak Mr. Hubby untuk cari sarapan pagi. Sasaran kami adalah untuk mencari `Nasi Lemak Daun Pisang' yang sedap. Mr. Hubby ajak round di sekitar kawasan Sungai Layar. Dan kami akhirnya berhenti di hadapan deretan gerai makan beratap zink.
Makanan-makanan yang dijual di sini sama sahaja seperti yang dijual di mana-mana negeri di Pantai Barat Semenanjung. Ada nasi lemak, roti jala, mi goreng dan kuih-muih. Tapi, ada sesuatu yang luar biasa.
Pada banner di salah sebuah gerai, ada tertulis perkataan `PEK NGA'.
Pada banner di salah sebuah gerai, ada tertulis perkataan `PEK NGA'.
Hurmmm... `Pek Nga'? Apakah Pek Nga? Maka saya pun memberanikan diri untuk bertanya.
Saya: Pek Nga tu apa?
Tokey: Tepung campuq nyiok. Sedap.
Saya: Hmmm (nada blur)
Tokey: Makan dengan kari ayam.
Saya: Berapa harga?
Tokey: Seringgit sekeping.
Tetiba je saya pun order 2 keping Pek Nga walaupun saya masih tak dapat nak membayangkan apa itu Pek Nga. Maka, tokey gerai tadi mengeluarkan alatan memasaknya dan terus memasak Pek Nga untuk saya.
Rupa-rupanya `Pek Nga' adalah sejenis lempeng. Digelar `Pek Nga' hasil singkatan perkataan `tempek atas belanga'. Kira shortform ler nih. Nak buat Pek Nga tak sesusah mana pun, anda cuba perlu adun tepung gandum, kelapa, air dan garam.
Tapi yang saya beli kat gerai ni memang best lah. Mana taknya, ditempek semasa order dibuat dan dimakan panas-panas. Kari ayamnya pun banyak isi ayam dan kentang. Harganya cuma RM1 sekeping + kari ayam.
Then apabila balik kat rumah My Mom, terus je My Mom tanya `beli apa?'. Saya jawab `beli Pek Nga'. My Mom cakap, `Masa dulu Mak selalu buat Pek Nga.' Malangnya, saya dah tak ingat langsung bila masanya My Mom buat Pek Nga. Nampak sangat itu suatu masa dahulu kala hehehehe...
6 comments:
sblm baca blog ni nurul ingt akk mmg tau pek nga tu apa... hehehe~~ sbb org utara mmg sinonim ngn pek nga. sedapnyaaaaa~~~
hahaha.. tu yg kelakarnya.. memang selama ni tak pernah dengar.
Weezana, sedap nampak Pek Nga. Nak cubalah nanti.
Abg Din, kena cuba tau.. Makan panas2.. sedappp.. :)
kami org utara panggil lempiang..baru soh mak wat ari sabtu ritu...cecah ngan kari kepala ikan...walllahhhh
oh, ada nama lain rupa2nya Pek Nga ni... thanks zila!
Post a Comment