Hari ini saya buat `1/4 Chicken ala Nandos'. Kali ini resepi saya lebih mudah kerana saya tak tambah bawang putih dan halia. Saya cuma perap dengan sos Peri-peri Nandos sahaja. Hasilnya sangat sedap. Lebih sedap lagi, kalau dicicah dengan sos Peri-peri, bertambah rasa kenandosannya.
Saya juga buat 2 sides dishes iaitu kentang goreng dan brokoli. Kentang goreng tu saya gaul dengan Chicken Seasoning, Paprika, serbuk kunyit dan sedikit garam. Memang simple sungguh penyediaannya quarter chicken ni.
Bahan-bahan
3 keping quarter chicken
1/4 cawan sos Peri-peri Nandos (saya guna yang medium hot)
ini je bahan-bahannya.
Gaul ayam dengan sos. Perap semalaman dalam peti sejuk (tapi bukan tempat sejuk beku ye). Keluarkan dari peti sejuk apabila hendak membakar ayam.
Panaskan oven suhu 200 darjah celcius. Bakar ayam selama 35-45 minit atau sehingga ayam masak. Saya terbalikkan ayam setelah ayam dibakar selama 20 minit. Kalau oven anda ada sistem bakar beberapa fungsi, sila bakar guna fungsi yang berkipas.
Dah masak |
Untuk sides, saya rebus brokoli selama 5-10 minit dengan memasukkan 1/2 sk garam dalam air rebusan. Toskan dan sedia untuk dihidangkan.
Kentang pula, saya potong kecil-kecil 2 biji kentang. Kemudian saya gaulkan dengan 1/2sk serbuk paprika, 1/2sk chicken seasoning, sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudiannya saya goreng sehingga kentang masak.
Dan beginilah hasilnya menu dinner kami.
Sangat sedap tau!
No comments:
Post a Comment